Jumaat, 16 Mei 2014

Peti Pertolongan Cemas



first aid kit ramai yang tak fikir benda ni penting tapi pada aku sangat penting. Walaupun mungkin hanya sekadar hiasan, tapi sekurang-kurangnya ada kat rumah. Bukan kita mintak sesuatu yang buruk berlaku tapi bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Tak perlu cakap orang la. Aku pun kadang2 siang ikan pun terkena tangan. ada la ubat kuning untuk ceringkan luka dengan cepat. ada la dattol untuk cuci luka. 

eeemmm...    Betul la, tiba2 teringat. Masa asyraaf luka terjatuh main basikal, aku sapukan ubat kuning supaya cepat kering lukanya yang agak besar di lutut. Aku suka buat sesuatu sambil bercakap dengan asyraaf apa fungsi atau apa tujuan, benda ubat atau makanan.   Setiap apa yang aku buat aku cakap kat dia. Kadang makan pun aku cakap sayur vitamin blah....blah... saje. Untuk pengetahuan dia je.

1 hari aku luka, tak terfikir nak sapu ubat ke apa. Aku kalau sakit ke apa memang jarang nak makan ubat. Tapi tiba2 asyraaf ambik ubat kuning sapu kat luka aku. Alahai terharu. Memang betul la. Kepimpinan melalui teladan. Kita adalah role model kepada anak-anak. Anak-anak i dia la racun dan dia la madu. Eemmm.... Cerita pasal Asyraaf banyak perkara yang aku risaukan tentang dia....

2 ulasan:

  1. bagusnya IDah...siap first aid dalam rumah..saya ubat ada juga kat rumah macam minyak Yu Yee, Minyak Kapak, Panadol tapi semua bersepah-sepah...nak guna baru lah kelam kabut mencarinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. minyak yuu ye pun ada.... saje misah. rumah saya alat pengesan kebakaran pun ada hehehe saje2.... keselamatan keluarga pun d utamakan...

      Padam