Ahad, 25 Mei 2014

Salah siapa????????

eemmmmmm........ sejak dua menjak ni, aku asyik cerita pasal kerja. Banyak tekanan dan bebanan tugas malah tekanan perasaan di buatnya melayan kerenah birokerasi manusia. Dalam istilah kerja, kerjasama sangat penting.... itu yang paling dan lebih penting.

Tapi kat sini lain ceritanya, Ikut kepala sendiri..... Yang aku pening, masalah yang ada tak di ambil kisah, tapi sebok duk memburukkan orang. Cari salah orang, sekali.... dua kali... tiga kali.... Aku boleh le layan untuk dengar... tapi bila dah lebih. Telinga dah letih, mata dah layu... Tak mau tau la semua tu, Sampai bila!!!!!. Yang duk mengata sana sini apa le dapat.... Masalah kije yang perlu diselesaikan. 

Kita yang namanya manusia tak de yang tak buat salah dan silap tetapi sekurang-kurangnya, sayang kan kerja, lakukan kerja dan pedulikan kerja, bukan pedulikan masalah orang seolah-olah diri sendiri sempurna tanpa masalah.

Tugas yang datang untuk dilaksanakan, bukan menuding jari mencari salah siapa. Semua manusia tak perlu menjadi malaikat yang duk mencatit ini salah dia ini salah engkau.... Yang jadi salah adalah bila tak mau bertolak ansur tak mahu bekerja sama. Semua di perhatikan. Orang yang memerhati ada pancaindera, so mereka boleh menilai siapa yang buat kerja siapa yang buat bodoh....

Sampai bila lah sikap begitu nak diteruskan. Aku tak kuasa nak melayan. Selagi aku boleh diam, aku diam la.... tapi bila aku dah bersuara takut ada yang bermasam muka. Memang aku malas nak peduli. Tapi aku tak suka keadaan begini, dan aku adalah sebagaian darinya. Suka tak suka kene hadap juga.... 

Susah agakya nak bekerjasama. bukan ke seronok kalau baik dengan semua, kerja tidak berkira. Nampak sangat orang sekarang nak kerja untuk jawatan, tapi bukan nak buat kerja, bila tak ada kerja cari salah orang.... Aku nak cakap je. contohilah aku, aku tak cemburu Bos dapat cemerlang, itu takdir dan rezeki Tuhan tentukan. Aku tak marah kalau rakan seangkatan keluar out station dan aku di opis menghadap kerja yang rata-rata ramai tak suka nak buat. Tapi aku sanggup buat.Walau aku sebok buat kerja aku tak cemburu kawan seangkatan tidur bersendoooo... 

Aku berada disini, bukan atas pilihan sendiri, tetapi diarah dan ditepatkan. Aku tak suka ditempatkan disini. Tapi aku masih boleh lakukan tugas, masih boleh bekerjasama dan boleh menjalinkan hubungan baik sesama staff, semuanya atas dasar kerja dan tanggungjawab. 


3 ulasan:

  1. Saya pulak lagi suka buat kerja kat pejabat...ada sesetengah staff kat pejabat ni pulak suka kerja luar..kalau sebulan takde kerja luar macam tak sah....kelim setiap bulan semua setengah ribu....saya pulak tak pernah nak mengelim...yer la, dah dok kat pejabat, mana ada kelim.....tapi saya mmg suka keje dlm pejabat la....kerja luar sebagai tukang sibuk jer nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la misah saya suka kije kat opis.... tapi nak buat macam mane OC memang kene keluar....

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam