Kebelakangan ni aku sangat risaukan Asyraaf, selalu fikirkan dia. Bila call dia mula sedih dalam nada sedih, merenget merongot dia suruh call abahnya, ada la tu nak mintak itu ini. Sememangnya sejak pindah ke Putrajaya aku belikan handset untuk dia senang nak berhubung, selalu call pengubat rindu.
Sekarang aku terpaksa balik 2 minggu sekali, nak save butjet, maklum la, gaji baru masih tak dapat lagi, kos untuk dia je lebih 6-7 ratus belum mainan, jajan dia lagi, lom tambang balik kampung lagi dan terbaru dia da pandai mintak top up. Bila balik sesekali, tak sampai hati pulak nak menolak apa yang dia nak, tapi dia faham bila aku cakap, "ibu kene jimat, nanti ibu tak de duit", dia memang anak yang baik pada mata aku, bukan kerana dia anak aku. Tapi aku bandingkan sikap dia dengan sedara mara atau budak2 lain, bila aku dah besarkan mata, dia faham la, tak perlu nak nakal2, buat perangai memang kene la.
Setiap tutur kata atau perbualan aku dengan dia, banyak yang aku berpesan, nasihat, dan sentiasa mengingatkan, walaupun dia masih kecil, aku bercakap dengan dia tak pernah anggap dia kecil atau muda dan istimewanya memahami dan tidak menyusahkan, mungkin sebab aku sentiasa cakap perkara yang sama, sama ada masa jumpa atau dalam telefon. Cuma budak-budak, kadang2 hati memberontak, hidup dia tak macam orang lain, orang tersayang ada dekat depan mata, dia terpaksa berdikari pendam perasaan sendiri, saat bermain lupa, tapi bila malam, bila sakit, bila dimarah, tak de orang dia nak bermanja.
Semenjak dua menjak ni, bila aku balik nampak Asyraaf lebih dengar kata, suruh la itu ini dia buat aje, mungkin sebab nak ikut ibu dia pindah Putrajaya agaknya sebab aku cakap "perangai elok2 kalau nak ikut tinggal di Putrajaya", yang aku tak boleh tahan dia suka usik susu cap gantung dia, sesuka hati dia, dekat mane2 dia rasa nak pegang dia akan pegang, meleset2 macam anak lembu nak menyusu hehe. Orang tua-tua kata kalau anak lari rumah, bacakan beberapa ayat Al-Quran (serah pada yang pakar), balingkan susunya kebelakang, nanti anaknya akan balik.... bila Asyraaf mcm tu aku teringat dan fikir betul jugak anak akan rindu.... Agaknya la....
Bila aku siap2 buat kerja nak rehat, nak tidur, dia bersama aku tengok TV, tak bermain macam biasa, paling sedih bila dia ingat aktiviti bersama dia nak ikut solat sama, dia suarakan itu yang buat aku rasa terharu.... semenjak aku tinggalkan, dia agak terbiar, kuku kotor, kerja sekolah tak buat, kadang2 tak nak mandi, tak nak gosok gigi, tidur pun dimana2 bergelimpangan alas sedia ada yang memang nipis, aku terpaksa sabar dan bertenang.... Masa aku ada, aku sangat menjaga dia, baik makan, pakaian, pelajaran, mandikan dia terutama sekali masa pergi sekolah, kadang kala berdukung, aku selalu kejut dia, sambil bergurau pagi2, tapi sekarang!!!! Sungguh dia rasa kehilangan. Bila aku mandikan ada step by step nya.... Tapi sekarang asalkan mandi jer.....Nak marah2 semuanya darah daging.... budaya kami mendidik anak2 berbeza walau dari darah yang sama. Aku sangat cerewet dan menjaga setiap aspek kerana semuanya penting.
MasyakAllah!!!!!!!!!!!, banyak betul cabaran untuk aku. Apa yang aku mampu buat dahapi dengar sabar, cuma keadaan masih tak mengizinkan untuk dia ikut aku. Aku pun tak tau le, sampai bila keadaan terus macam ni....
Hati ibu mana yang tak risau dengan anaknya. Anak tu sebahagian daripada hidup kita sebab lahir dari rahim kita. Awak pulak terpaksa berkorban dan berjauhan dengan anak kerana tugas dan tanggung jawab...Kalau saya pun tak sanggup untuk berjauhan dengan anak-anak saya Idah.
BalasPadamterpaksa misah, sementara ada peluang dan sementara solo ni, senang nak buat keputusan, cuma ada yang terpaksa dikorbankan. In Sya Allah, niat untuk keluarga... mudah2an ada hikmahnya...
Padam