Berlanjutan dari program jabatan iaitu wacana isu semasa, aku pun "wa kena beb".....adeh!!! sakit perut, ceret beret tak pasal2, malam 17hb.10. lepas. Peh!!! dalam keadaan tak stabil aku tetap siapkan kerja buat minit mesyuarat, saip jugak akhirnya. walaupun pun berulang alik ke tandas, sampai tahap kebuluran perut aku bila isi perut dah keluar da lebih 5 kali hehehehe pengotor je hehehe......
Bila saat macam ni la terasa, sayu... sedih..... bangun pagi memang tak larat, tapi digagahkan juga, terasa macam tak de sesiapa yang peduli, tapi alhamdulillah housemate aku tolong hantar kan aku ke klinik kesihatan putrajaya, memang awal jam 7.30 pagi.... dah la sakit, kene cucuk pulak kat lengan, untuk tahan sakit epe ntah, adeh!!!! tambah sakit, lepas tu sakit kepala pulak, siap tambah ubat panadol, dalam jam 9.00 pagi selesai.
Oleh kerana frist time datang klinik tu, aku tak tau nak tunggu bas kat mane, bimbang tak de bas, aku jalan kaki balik ke rumah. Memang nak balik kampung, hari jumaat kan!!! biasa la nak jumpa buah hati aku yang sorang tu. Bila sakit berbelah bagi dibuatnya. Tak larat nak jalan sampai ke Putrajaya Centrel, aku balik rumah dulu, rehatkan badan, nak makan tak de pulak jual makanan. Lapar jugak. Tapi aku tidur je la, nak buat mcm mane, nasib baik beli roti, makan je la buat alas perut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan