Khamis, 31 Oktober 2013

Hanya Tinggal Rancangan...........



Hati aku berbunga-bunga rancang nak cuti panjang selama 10 hari, tapi hanya perlu mohon cuti 4 hari aje, 4,6,7&8hb Nov ni, 5hb cuti umum Awal Muharam @ Maal Hijrah. Sengaja bercuti untuk luangkan masa bersama anak dan sekarang ni kerja pun tak la sebuk sangat.


Tapi sedihnya mohon cuti 4 hari bos tak lepas, lama katanya, 3 hari jer boleh, aku agak terkilan hanya lebih sehari jer. Jadi 3 hari pun tak pe la...  tapi last2 buat keputusan sehari jer.....pada 4hb. 


Kalau nak di ceritakan pasal cuti ni, aku rasa, aku lagi telus, ikut saluran yang betul isi borang online. Tapi dari mata yang memandang bukan kerana dengar cakap orang, ada jugak yang cuti tapi tak isi borang, tak datang pejabat dan tak mohon cuti. Tak salah aku yang ikut jalan yang betul diberi kelonggaran, bukan tak tahu aku berjauhan dengan anak, tak salah sesekali bersikap prihatin terhadap anak2 buah, undang2 ni kan manusia yang buat. 

Maka tak salah lah, kalau ada yang memonteng sesuka hati, buat hal pun tak dikene tindakan. Tetapi bila kita bercakap perkara yang betul pun tak boleh, seolah2 kita salah, sedangkan yang jelasnya salah, dipejamkan mata, tiada tindakan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan