Selasa, 30 Jun 2015

Persiapan Ke Masjid

hijau segala hahahaha...

Inilah persiapan aku ke Masjid seawal Bulan Rejab lagi. Tergerak hati untuk buat begini kerana selalu ke Masjid menghantar Asyraaf mengaji setiap malam Isnin dan Selasa kebiasaannya solat Isyak, tapi kalau cepat sebelum Magrib, dan jadi kebiasaan juga kalau balik tu hampir jam 10.00.

Oleh kerana keperluan dah ada so ramadhan ni tak ada masalah, dari sarung kaki @ stokin, Skaff, telekung, sejadah kecil dan besar dan juga beg sekali disediakan. Nampak macam senang tapi bukan senang nak senang, sebab nak mencari mengikut tema warna HIJAU hahaaa. 

Skaaf pun belian yang kedua baru puas hati, hahhaha belian!!!!. Stokin pulak nak jugak hijau, kesana ke mari tak jumpa area putrajaya ke bangi, so 1 tempat yang aku tahu jual stokin pelbagai warna, apalagi balik la kampung tempatnya di Giand Tanjung Agas, Akhirnya dapat jugak, asal nampak stokin aku beli so stock stokin je aku ada 14 helai, hahaha... ini bukan pembaziran namanya tapi keperluan untuk sentiasa bertukar, nak bawak sembahyang, mesti le kene bersih kan!!!!

ini bukan kuih apam tapi stokin yang dibeli di Giand

Tak cukup itu, bila da Berterawih ni terpaksa beli 1 lagi sarung kaki bergetah di bahagian tapak, boleh mengelakkan tergelincir sebab lantai masjid mozek, tapi kalau lantai berminyak tak selamat jugak, maklum la orang ramai makan di merata tempat dan kalau nak jatuh tu jatuh la jugak!!! hahaha... ini sekadar menutup kaki aka jaga aurat didalam masjid, ha!!! gitu... dan sebenarnya untuk cover stokin yang nak dibawak solat, supaya tak kotor, ini pun rasa tak cukup 1, dan rasa nak beli lagi.

Setakat ni aku ada 5 helai telekung, 1 jenis lycra warna hijau lagi!! tapi ada yang kata kainnya menampakkan susuk tubuh so tak boleh la bawak p masjid tapi aku bawak ke Office letak di Surau orang lain boleh pakai aku pun boleh pakai,  sehelai untuk travel pink calour, itu pasal ada stokin warna pink hahaha. 1 helai untuk dibawak ke masjid dan 2 helai telekung ada di rumah aka telekung bertunang itu pun getah kat kepala dah rosak dan 1 dapat masa berkahwin, yang ini je la yang boleh digunkaan bergilir untuk ke masjid kalau 1 di cuci.

Telekung yang dibawah ke masjid ni memang ada je dalam kereta, complet set so kalau ke mana2 tak de masalah untuk aku gunakannya. Tapi bila terawih hari2, aku sendiri pun tak tahan bau acem, berpeluh-peluh badan, tak kan nak pakai sebulan,oowwww....  tak selesa sungguhhh!!!! Aku nak cari jugak telekung baru tapi nak warna hijau, sebab tu tak dapat2, aku ingat nak beli yang mahal sikit lepas ni, In syaa Allah, bukan untuk sesiapa tapi untuk menghadap Allah yang memberi rezeki dari pelbagai sumber, selebihnya untuk keselesaan sendiri In Sya Allah, harap2 jumpa Amin!!!

Kalau ada sesiapa yang membaca dan sudi sumbangkan telekung kepada saya silakan!!!! hahahahaha


Sabtu, 27 Jun 2015

Rabu, 24 Jun 2015

Selasa, 23 Jun 2015

Ahad, 21 Jun 2015

Mustika Ratu


Alhamdulillah sekarang aku menggunakan produk mustika ratu untuk wajah. Bermula dengan mencuba pelembab muka, memang agak kurang selesa jugak la mula2, sebab pelembabnya terlalu cair, dan mula2 guna ada juga tumbuh jerawat, tapi itu untuk kerasikan produk dengan kulit, sekarang ni alhamdulillah.

Jumaat, 19 Jun 2015

Isnin, 15 Jun 2015

Mewangi - Akim & Majistret

Jarang sekali aku pilih lagu nyanyian lelaki, tapi kali ni aku pilih lagu ni. Bukan kerana minat pada penyanyinya, bukan juga suka dengar lagu ni, tapi seseorang nyanyikan lagu ni dan send pada aku. Aku malas nak fikir malas nak tanya kenapa apakah lagu ini untuk aku.

Cuma aku cuba fahamkan lagu ni, aku tak faham, aku hayati liriknya pun tak juga aku fahami. Apa yang aku faham, memang ada niat baik dan aku sengaja mengelak, menolak dan berlari tanpa lari.. Orang lain tak faham tak pe yang penting aku pencatatnya cukup aku je yang faham.

Ahad, 14 Jun 2015

Anti Stretch Mark Sendayu Tinggi



Akhirnya dapat jugak aku memiliki produk ST ni, memang baru beli dan akan cuba sedaya upaya untuk habiskannya. Teruja nak tengok hasilnya. Hilang tak Stretch Mark yang betapa di punggung aku ni. Puas try macam2 jenama.

Selasa, 9 Jun 2015

Bertugas di Sarawak




















Alhamdulillah ini yang dinamakan rezeki, dan kebetulan Asyraaf cuti sekolah. 

Selasa, 2 Jun 2015

Terung Bulat masak Kicap






Bahan-bahan :

1. 2 biji terung bulat
2. 1 biji lada merah
3. 1 biji bawang merah sederhana besar
4. 1 ulas bawang putih
5. 1/2 genggam ikan bilis
6. Sedikit air asam jawa
7. Kicap 1 senduk kecil
8 Minyak untuk menumis

Caranya :

Panaskan minyak didalam kuali untuk menumis, masukkan bahan 2 hingga 5 yang siap dihiris. Lepas naik bau masukkan air asaam jawa dan terung, sederhanakan api dan kacau sesekali. Masukkan pula kicap, tutup kuali supaya terus cukup empuk dan kicap meresap pada terung. Selepas cukup lembut, siap untuk dihidang.



SESEDAP RASA