Ahad, 31 Mei 2015

Khamis, 28 Mei 2015

Ala-ala Hati Perempuan


Kalau sesiapa yang tengok drama bersiri "Hati Perempuan" mesti ingat pakaian pelakon utama Mia Ahmad @ wataknya yuhanis. Dengan kain kilat tudung kilat, fesyen muslimah yang di bawa dalam drama ni, sebab watak utama pelakon wanita bertudung.

Ini kes pengaruh drama la ni haha... memang berkenan tu yang agak mencari jugak tapi kain dan baju ni ,memang baru beli tapi tudung tu dah lama beli, modify and match je.Hehe... aku memang suka bergaya yang ramai tak tahu. 


Tentang pakaian aku memang memilih, pilihan style faminin, itu la aku, memang sesuai dengan diri aku yang agak kasar so seimbang pakaian dengan perwatakkan.

Kalau orang kata aku over,aku tak pernah kisah, aku rasa masih tak keterlaluan. Apa yang lebih penting aku happy.


Isnin, 18 Mei 2015

Tempat Sidai Baju




Ini le rupa parasnya sebelum dan selepas, maklum la baju dah hilang luar dalam pulak tu. Biarpun episot kehilangan tu da lama dan agak lambat aku memasang jaring ni, tetap jugak kene pasang tak nak perkara yang sama berulang.

Akhirnya siap jugak. Hok aloh!!! bukan payah sangat tapi payah le jugak sebab tak biasa, dengan kesempatan yang terhad, aku banyak kije tu!!!!.... ada je yang nak di buat bila di rumah, masa rehat aku itu le... tidur!!!! rehatkan badan sekejap untuk teruskan kerja2 rumah yang lain. 

Sebenarnya tak biasa nak buat macam ni, terpaksa buat, daripada hati rasa tak tenang dan bimbang malah barang pun da lama beli, murah tak de le sampai RM 20 pun. Puas hati bila dah siap, kurang lagi barang yg tersimpan didalam stor.

Tunggu episot akan datang untuk aku mencapai impian untuk buar laundry area disini. Tak sabar rasanya.

Ahad, 17 Mei 2015

Khamis, 14 Mei 2015

Sayangi Dirimu - Fazura

 


Sayangi Dirimu


Ku lihat di sekeliling ku 
Ku dengar kata-kata itu 
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran 
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku 
Jangan gentar jangar biar 
Diriku ini jangan dicabar 
Ini bukan penghujung jalan 
Masa depan ada kejayaan 
Harus tabah percaya dan yakinilah 
Takkan tersusah resah 
Dalam kehidupan ini harus ke depan 
Ku lihat disekeliling ku 
Ku dengar kata kata itu 
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran 
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku 
Just keep loving yourself 
Kasihi sayangi oh dirimu 
Just keep loving yourself 
Cintai sayangi oh dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu 
Jangan gentar jangar biar 
Usah undur pantang dicabar 
Jangan gentar jangar biar 
Usah undur pantang dicabar 
Menyiksakan dan meresahkan mengganggu fikiran 
Tapi aku yakin ku mampu capai impian ku 
Just keep loving yourself 
Kasihi sayangi oh dirimu 
 Just keep loving yourself 
Cintai sayangi oh dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu 
Just keep loving yourself 
Kasihi sayangi oh dirimu 
Just keep loving yourself 
Cintai sayangi oh dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu 
Just keep loving yourself 
Just keep on loving you sayangi dirimu

Ahad, 10 Mei 2015

Mak ooooo Mak!!!!

Hari ibu kan, betul la bila orang kata bila kita ada anak baru la kita tau macam mana perasaan ibu.
Dulu aku ni memang degil sikit, tapi bab nak jaga aku mak tak risau sangat, sebab aku selalu duk rumah, dari pagi sampai tengahari kerja aku mengemas, lepas kemas mandi aku akan tidur. Kalau nak keluar p dating aku mesti bagi tau mak. Pendek cerita aku memang tak berahsia dengan mak... Tapi itu dulu la. Sekarang ni aku cakap benda yang penting je supaya dia tak salah faham.




Khamis, 7 Mei 2015

Jeruk Asam Boi


Bahan :

8 biji asam apple/ asam telur
8 biji asam boi (ikut suka@boleh lebih)
3 tangkai Cili (ikut suka@boleh lebih jika Nak lebih pedas)
2 sudu besar Gula

Caranya :

Buah asam yang Siap dikupas kulit dan Siap Nasib dipotong nipis ikut suka masing2. Masuk ke dalam bekas, tabur gula, asam boi dan cili. Siap untuk resepi sebekas jeruk asam boi. Sedap!!!!! Cukup rasa, masam, pedas, manisnya...

Rabu, 6 Mei 2015

Nuttela Oreo Cheesecake



Bahan-bahan :

1. 500 g cream Chesse
2. 2 cawan whipping cream
3. 1/3 cawan gula halus
4. 1 peker biskut oreo (patah 4)
5. 1 cawan nutella(saiz kecil)
6. 1 sydu kecil perahan lemon
7. 1 peket sederhana biskut tiger (dikisar)
8. 1/2 cawan battur (dicairkan)



Caranya : 

Biskut tiger dan butter digaul sebati. Masukkan dalam loyang dan tekan supaya padat. Biarkan dalam freezer sebentar. 
Putar cream cheese kemudian masukkan whiping cream sehingga gebu. masukkan pula gula dan perahan lemon dan mix kan lagi.
Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian digaul bersama biskut oreo dan tuangkan ke dalam bekas dan simpan ke dalam freezer sebentar. 1 bahagian pula  digaul bersama nutella atau mixkan, kemudian masukkan ke dalam bekas sebagai lapisan kedua. 
Simpan dalam freezer semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam atau setelah adunan menjadi keras secukupnya.




SESEDAP RASA