Ahad, 29 Jun 2014

Tefal Cookware


Akhirnya dapat jugak aku beli kuala ni seperti mana yang aku nak ada penutup dan pemegang @ tangkai. Oleh kerana pilihan pertama agak besar dan berat dan!!! macam ramai sangat pulak keluarga aku yang 2 kerat ni kan. So tefal jadi pilihan, Alhamdulillah memang betul la, "alah membeli memang memakai". Rasa selamat semasa memasak, tak melekat dan tak la hangus kalau tinggal kejap pun.

Sebenarnya terlintas untuk beli kuali macam ni sebab bila dah berpindah dan anak ada bersama mestilah aku selalu memasak. Oleh kerana kuali yang biasa aku guna walaupun cantik kuali murah je agak nipis dan bila memasak memang tak boleh tinggal, cepat menghanguskan lauk pauk yang aku masak. 1 lagi bila kuali basah nak keringkan kuali tu tak tahan dan permukaan jadi tak rata dan akhirnya menyebabkan minyak terpercik.... Sebab itu aku berfikir apasalahnya beli yang mahal dah memang aku selalu memasak, tak rugi apa pun.... Mahal memang mahal tapi seronok rasanya semasa memasak... huhuhuhu.....

Bila nak puasa kuat pulak keinginan untuk mendapatkannnya, alhamdulillah tercapai hajat dihati. Terasa nak beli beberapa bentuk yang lain pulak sebagai koleksi, terasa aku jatuh hati pulak dengan TEFAL... In syaa Allah ada rezeki beli lagi....



sepadan dengan dapur aku yang kelabu!!!!!!!! 

Sabtu, 28 Jun 2014

Face & Body Scrub ODEON



Sebenarnya terpengaruh dengan maklumat yang dibaca di media elektronik, kononnya scrub boleh menghilangkan stretch marks. So aku pun dengan rasa teruja beli la bende ni. Dah ini je yang ada dan murah di kedai Presint 9 dolu-dolu, mentang-mentang beli kat kedai mamak, bau dia pun ala-ala indian perfume, ala setanggi hahahaha... dah beli rugi tak guna, nak buang sayang banyak lagi. Sekarang Pakai pun fokus di 1 tempat yang ada stretch marks dan muka je. 

Hampir setahun jugak, tapi tak habis-habis. Guna pun kadang-kadang dan bila teringat, sesekali digunakan juga untuk muka. Masalahnya pakai scrub ni makan masa, nak menyapu dan mengosak untuk hilang daki dll pada badan. Aku pulak tak ada masa, dah tinggal dengan anak keperluan dia di utamakan dulu, untuk aku kalau ada kesempatan. 

Scrub untuk badan atau kawasan kulit yang bermasalah tak pe tapi tak boleh guna hari-hari untuk muka, tak elok, tak silap boleh membuka pori-pori, mencuci muka pun tak lebih 2 kali sehari sebab boleh menghilangkan kelembapan kulit pada wajah, jadi kering la jawabnya... jadi kalau ambik sembanyang tak perlu cuci muka, tapi boleh guna tisu basah untuk lap muka, hilangkan bedak dan kekotoran di wajah. Ceh !!!!!! macam pakar kecantikan pulak.



Selasa, 24 Jun 2014

Kun Faya Kun!!!!!


dah boleh senyum lebak da ni ....... Alhamdulillah!!!!!

Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan Sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya. 


Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia." Al Baqarah:117



Alhamdulillah bila PSM call mengatakan gaji akan di bayar pada Jun, rasa lega dalam hati. Tetapi ada perkara yang menimbulkan tanda tanya bila pegawai yang buat gaji aku kata elaun memangku tak dapat, sebab mereka yang dapat elaun memangku kene pulang balik. COLA pun katanya tak dapat. Eeeemmmm... rasa terkedu seketika. Macam2 dirancang andai kata dapat elaun tertunggak, tapi bila kenyataan tu dimaklumkan, aku agak kecewa sikit, terbantut apa yang dirancang.

Tapi tak berdiam diri begitu sahaja. Aku tanya kawan2 yang lain, mereka dapat elaun memangku tanpa perlu di bayar semula. Oleh kerana belum ada hitam putihnya, aku tetap sabar, aku diam  dahulu. Dah setahun sebulan aku di Putrajaya ni, di tangga gaji yang sama tetapi tinggal di bandar besar. Aku tetap sabar rezeki Allah untuk aku tetap ada dengan TNT dan OT, itu le antara penyambung nyawa, selain sewa rumah dan lain-lain.

Penantian aku berakhir bila slip gaji dah keluar awal dari tarikh gaji. Alhamdulillah kenaikan dalam 700. Apa yang lebih aku tak jangka, aku menerima semua elaun tertuggak selama setahun itu. .  Anggaran yang aku buat hanya dalam 4 ke 5000, tetapi rezeki yang aku dapat melebihi 10 ribu.... Alhamdulillah ini lah yang dinamakan kun faya Kun, Rezeki itu dari Allah bila dia kata ada untuk aku maka inilah dia.MasyakAllah aku bersyukur... syukur yang tak terhingga....

Tetapi aku pulak rasa bimbang, takut-takut KPK tersalah kira atau bayar. Aku rujuk kepada KPK semula, siap dia tanya " gaji bulan ni lebih sikit daripada biasa eh!!!!" Aku jawab... " ini bukan lebih sikit ni, lebih banyak, itu pasal tanya takut nanti aku kene bayar balik."hahahaa


Ini memang betul-betul rezeki untuk raya. Pertamanya rancang untuk selesaikan hutang kuarters yang aku diami selama hampir 7 bulan. Tak lupa juga bonda tersayang sepersalinan raya, luar dalam hahahaha.... niat nak belikan hand beg dan kasut. Duit raya tetap ada untuk dia..... Kalau aku senang, In syaa Allah, emak akan merasa jugak. 

Sekarang juran KAFA Asyraaf pun da selesai. Aku rancang perkara yang penting dulu. Apa yang pasti dah boleh guna sistem menyimpan yang disyorkan iaitu 50% wajib, 30% simpan dan  20%  untuk riadah dll. Mudah-mudahan dapat aku displinkan diri untuk buat macam ni. In syaa Allah.


Isnin, 23 Jun 2014

Results Asyraaf

last day di Sekolah lama...........
Aku sedih dan terkejut. Cikgu dia kata sangat lemah!!! senyum je la nak buat macam mane. Bukan semua mata pelajaran lemah, tapi mata pelajaran yang penting tu yang lemah.... Lepas ni memang kene buat jadual la jawabnya. TV jam 8 - 9 malam je boleh bukak tengok berita. Sekarang memang aku tak mampu jadi macam dulu, semuanya sebab kerja yang selalu out station, jadi tumpuan untuk menjagar dia kurang. Ini pun sebulan dua dah kurang keluar, buat kerja di pejabat.  Sebelum cuti penggal pertama memang aku semak buku dia, siap amaran dari cikgu dia suruh siapkan kerja sekolah. Aduh!!!!! terkejut. Sikit-sikit aku suruh dia siapkan kerja sekolah yu.

Dulu memang aku tumpukan perhatian pada home work, dia dah tau balik sekolah dia akan buat kerja sekolah, sambil aku memasak sambil tengok2kan home work dia. Tapi sejak aku tinggalkan dia kat kampung, memang sikap dia berubah, dah pindah sini pun susah nak ubah. Susah betul nak suruh buat home work. Bila buat home work menitik air mata dia, aku dah macam kene histeria, aku cakap dia cakap, aku cakap dia jawab, ooiiii mana boleh tahan memang kene rotan. Aku memang garang, macam singga betina, molot aku memang lepas je.... Dah macam2 aku larang.... beli mainan tak boleh, jalan tak boleh mintak apa2.... 

Dulu markah ujian dia tak pernah ada 50% tidak2 pun 70% ke atas tapi tak pernah la 100% tapi gred A @ B tu memang dalam tanggan , jadi penat lelah bekejar hantar dia pergi balik sekolah pergi mengaji rasa berbaloi. Sekarang Astagfirullahalazim..... mengucap panjang aku, sedih rasa mata pelajaran yang selalu aku ajar yang lemah, semua gread ada A-E, Bahasa arab dengan sains A pulak, yang aku tak pernah ajar kat rumah ada pun sekali dua kot. 

Tapi aku tengok Asyraaf cenderung pada Pendidikan Islam. Dia lebih pandai baca jawi dari rumi, hebat!!! Aku ajar sikit dia dah tau, faham. Rasanya sesuai masuk sekolah aliran agama je anak aku ni. KAFA pun lulus semua. Adap, Al-quran, Sirah, Ibadat, akidah, Adap, Akhlak, Arab. Kedua-dua cikgu dia cakap sikap anak aku baik. Cuma kesian di KAFA dia kata kawan dia yang tak nak kawan dengan dia. Dia jadi pemerhati je, banyak diam. Asyraaf ni suka nak cari kawan tapi malu, malu tapi mau... Dalam berkawan pun kalau lasak tak tentu arah dia pun tak suka.... Sikit-sikit macam aku jugak. Aku pun bukan berkawan sangat pun. Buat hal sendiri jer..

Tak pe la dia pandai ke tidak, aku tetap sayang dia, perjalanan masih jauh. Banyak benda yang akan dipelajari. Apa yang penting doa dari ibu untuk anak juga akan berpanjangan. Mudah-mudahan sikap perangai dia sekarang tak berubah, dia anak yang baik, cuma ada kalanya memberontak itu perkara biasa.






Rabu, 18 Jun 2014

urgen!!!!

Urgen!!!!  calon suami di kehendakki.... hehehehehe....... tak de kene mengena.... Tiba2 je kan. Buat iklan pisau cukur.... MASKULIN.

Apa yang aku ada kalau bukan kerja. selagi lom tutup mata. kerja, kerja, kerja. Bos tanya profail peserta ujibakat koir, dia bukan mintak pada aku, mintak pada penolong dia, tapi aku jugak yang buat untuk penolong dia tapi apa yang ada pulak tak seperti yang dia inginkan. 

Pening lalat sekejap dia. Kesian aku tengokkan, aku la offer untuk buat. Maklumat peserta koir memang ada pada aku pun hard & soft kopi nya. Tapi tu la, last minit & urgent dah tu jam 5 baru bagi tau. Asyraaf pun 5.30 dah balik sekolah.

Apa lagi bila benda nak cepat, kepala aku pun macam2 fikir. Terfikir pasal makanan, Alhamdulillah kebetulan ada pasar tani di tempat letak kereta dekat dengan KKMM. Ambik Asyraaf balik sekolah, singgah pasar tani beli makanan masuk opis semula. Yang best tu bila cakap dengan Asyraaf nak kene p opis dia boleh pulak nak sayang (cium) aku..... " Yap nak sayang ibu hehehhe rasa macam nak masuk sekolah pulak...." ceh!!!! betuah punya anak, dia memang suka p opis aku, tengok katon le apa lagi.

 Jenuh aku mencari gambar artis, sekarang bukan susah cari je FB dia orang hehehehehe..... nasib la dia orang... ada yang cantik meletop ke deba boom.... ada yang ala kadar je... nak buat macam mane orang yang simpan gambar dia orang tak de di pejabat.

Sampai 11.30 mlm masih tak siap... aku pun tak boleh tahan, balik je la, makanan yang dibeli pun aku tak makan... da mlm masuk freezer je la.... esok sambung.... Esoknya pulak motor tak boleh starts. MasyakAllah dugaan sungguh. Naik bas la... lambat sikit dari biasa... Terus sambung kerja semalam. Siap seperti yang bos nak, kebetulan dia nak  meeting dengan KP jam 3 pm dan nak bawak bersama profail tu, jam 1. lebih siap.... eh!!!!! bos mintak pulak profail dibuat dalam bentuk slied pulak. Aku faham la, buat power point, Alhamdulillah siap jam 2.00 pm... 

Aku tak sangka, dalam sebok aku buat kije, aku tak perasan dengan perut aku yang tak berisi dari malam. Pelik faham2 je perut aku ni kan.... lepas siap, baru terasa badan menggigil.. Aku terus p makan. Apa yang patut aku buat aku tinggalkan dulu...

Selasa, 17 Jun 2014

Tuhan Beri Aku Cinta - Ayushita



Tuhan Berikan Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

 Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta
aaaaa..

Isnin, 16 Jun 2014

Muka buku.....


Dah lama terlintas untuk tutup je akaun FB. Macam dah jemu dan tak de maknenya. Tapi aku fikir!!! dari FB le aku tau perkembangan kawan2, lepas tu rasa nak delete je mereka2 yang tak berapa di kenali nak2 kaum lelaki2 yang ada dalam FB tu, tapi ramai kawan2 1 batch, kawan sekolah dan 1 kampung. Rata2 di FB  adalah kawan2 yang dikenali. 1 Kampung, 1 Sekolah, 1 tempat kerja kilang dulu, kawan2 di jabatan lain dan paling ramai 1 Jabatan la, memang mejoriti orang yang  TERANG kononnya. Yang selebihnya antara yang terselamat dari penyignkiran buat kali ini, apa pun ikut mood aku... rasa nak buang.. buang je la sesiapa pun ikut suka hati..... Salah ke?????? tak salah itu adalah hak masing2.

Akhirnya hari ni aku duk mencantas satu per satu orang yang tak fofular, remove mereka yang dirasakan, eh!!!! bukan rasa tapi memang tak kenal.... Gambar aku pun dah save untuk tatapan aku je.... dengan kawan2 je aku biarkan untuk tatapan mereka sebagai kenangan. Eemm...... agak2 selesai tak ... nanti tengok semula.

Tapi bukan salah besar pun kalau pic makanan, siap aku berkongsi resepi lagi dengan somebody, dapat pahala tau, kalau dia buat dan buat dan buat... Itu pun ada yang komplen. Aku memang menjawab je kijenya... mesti le!!! lawan tetap lawan...walaupun lawan cakap kih..kih..kih... Aku bukan mengata orang, bukan duk kutuk orang perli orang, sindir orang... Apa yang aku share or like pun apa yang aku berkenan, dan sebenarnya boleh tengok semula bila2 masa.



Tapi aku tengok, yg gaduh, yang memaki, orang yang cukup TERANG pun sikit punya kurang ajo bahasa.... Kadang kala aku lepas cakap jugak, tapi bahasa tu tetap ada, kadang2 berkias bagai. FB memang macam2 peel manusia, alahai ketawakan je, tak kuasa nak campur. 

Dulu aku antara yang popular dan aktif le jugak sekarang dah tak kuasa.... Kadang2 post sekadar suka2. Bukan harap orang like @ komen pun..... Suka2, suka hati aku le kan!!!!! Sekarang sekadar skodeng2 je.... aku malas nak post2, sebab ada jugak orang yang duk skodeng aku, nak tau pasal aku perkembangan aku... emmmm..... ramai pemerhati dalam diam, bukan aku tak tau, cuma malas nak ambik tau.... Aku buat hal aku je.... Aku tak ganggu orang. Orang lain pun tak perlu nak ganggu aku. Nak ngumpat aku silakan, ianya memberikan saham pada aku... Alhamdulillah....



Ahad, 15 Jun 2014

Soy Collagen Ratu Perawan






Sebelum ni aku mencuba Nurbeautyline Soy Collagen Premium. Oleh kerana susah sangat nak beli, kat sini habis, kat situ tak de, kat sana tak jual. Akhirnya aku tukar ke Soy Collagen Ratu Perawan, sama jugak produk berasaskan soya, maklum le aku ni pengemar soya. Tapi brand Ratu Perawan ni taksturnya agak kasar, tarasa berkeladak jugak le kalau di minum. Tapi aku tak kisah, yang penting senang nak cari bila di perlukan atau stok habis dan yang penitng yang ini lebih murah cari je kat mydin, melambak2. 

Aku sempat munim 3 kotak, dan masih ada 2 kotak lagi KIV dulu, sebab sekarang mencuba nasib produk yang bukan berasaskan soya. Apa pun, sama-sama boleh baca tentang kebaikan pengambilan Soy Collagen Ratu Perawan, hahaha perawan sangat.... 


Soy Collagen Ratu Perawan

Dengan Extra Collagen di rumus khas daripada pelbagai ekstrak herba terbaik serta menggunakan kolagen laut gred tinggi. Amat sesuai untuk penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh seperti kulit, rambut, kuku dan lain-lain. Selain itu produk ini juga menggunakan gula perang bagi menggantikan gula putih biasa sebagai pemanis.

Khasiat Soy Collagen

  • Menjadikan kulit lebih cantik, tegang, lembut, halus, licin dan gebu
  • Melambatkan proses penuaan
  • Menyerlahkan kejelitaan luaran dan dalaman.
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
  • Mengekalkan keremajaan kulit, wajah yang muda dan kulit yang sihat.
  • Menghangatkan kembali hubungan intim suami isteri.


Kandungan Soy Collagen

  1. Soya – melindungi tubuh badan manusia dari serangan penyakit kanser Prostat, Kanser payudara dan Osteoporosis.
  2. Dextrose monohydrate – Melambatkan proses penuaan.
  3. Oligo saccharide – Memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
  4. Marine collagen – Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.
  5. Pueraria mirifica – Pueraria Mirifica memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul.Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara.
  6. Lobata – Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.
  7. Manjakani – membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  8. Serapat – Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj,  membantu menegangkan payudara, menegangkan dan mencantikkan kulit (awet muda) dan Menguatkan otot dan sendi.
  9. Kacip fatimah – Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

Cara Guna

Masukkan 1 sachet Soy Collagen kedalam cawan berisi air panas (85°C), kacau dan hidangkan.



Khamis, 12 Jun 2014

Beauty Nourishing Dove



Dah lama nak cuba mandian dove ni....  Kawan aku pun pakai ni, memang dah lama pun di pasaran. Aku pulak baru nak try pek percubaan dulu kononnya ... Emm... ternyata sangat wangi.... ditambah pulak dengan Body Lotion In-Shower Intensif nivea selepas guna Dove ni.... fuh!!!!! keluar tandas memang harum semerbak.... Tapi tandas la yang semerbak.... badan aku tak tau le wangi ke dok....heh..

Saja mencuba, shampoo pun aku guna dove jugak... tak tau la kalau jenama sama ke tidak tak pernah pun mengkaji. In syaa Allah Selepas Habis lifebouy.. Aku nak pakai yang ini. Atau pun balik kerja guna livebouy. Nak pergi kerja guna la Dove... macam2 bau lagi best kot.... tak jemu.... ceh!!!! tapi tak best macam tak de identiti.... Aku suka haruman yang lama. Yang namanya identiti tu bila pakai produk yang sama, baunya


Rabu, 11 Jun 2014

Dah seminggu lebih!!!!! risau...


Aku dah perasan beberapa hari ni dari minggu lepas mata aku mengeyet eh!! macam kenyit pulak ek... berkedip2 mata kiri sebelah bawah... Tapi baru hari ni tergerak untuk search internet apa maksudnya. Bila dah tau hati jadi risau pulak..... Nak menangis, nak dapat musibah atau kesusahan. Bukan nak percaya, tapi rasa terganggu. Memang betul semalam aku agak sedih dan menangis.... Tapi itu kerana salah faham. Hati ni kan!!!!

Nak kata kecewa ye jugak, risaukan tablet lenovo yang baru beli rosak. Masalahnya sama dengan hendset lama, tak boleh hidup. Dalam pembaikan. Dah la beli kat KL central, nak kene berulang pulak ke sana... Rasa tertipu pun ada. Ini le sebab tak reti sabar. Rancang nak beli kat Muar, cadang nak beli samsung lenovo pulak aku pilih... Hai!!!! sabo je la, buat masa ni pakai henset Asyraaf. Tak de FB, whataap, wechet bagai. Sepi seketika... Tak tau bila siapnya. Aku siap ke tribunal pengguna... Rosal lagi jage le.... memang masuk court la.....

Tapi itu ke sebabnya mata ni berkedip... Risau jugak... Macam2 la... Ada2 je dugaan untuk aku. Hati ni tak tau apa rupanya, penat dah dengan semuanya.... Tapi andai ada apa2 berlaku rehda je la.... memang lumrah yang hidup pasti akan diuji.... Hanya mampu memohon maaf andai melukai dan memaafkan andai terlukai... 


Selasa, 10 Jun 2014

Siap jugak!!!!!!!!!!!!!!



Huh!!!! jenuh nak hadap akhirnya siap kerja yang sangat penting.... mau tak penting untuk ISO tu, nanti pentarama punya pasal 1 jabatan tak dapat ISO hehehe kene complen... 
Alhamdulillah selesai. Semua dah teratur... macam kat umah aku semua teratur.... kononnya lah!!! haha... Beberapa hari  meja aku sengaja dibiarkan dengan keadaan fail yang berlambak begini. Esoknya datang terus sambung. Agak terkejar-kejar jugak la nak siapkan, sudah terlajak dari tarikh sepatutnya. 1 lagi aku mau cuti seminggu dengan tenang tanpa memikirkan kerja  hehehehe... Dah pun selesai bercuti.... Alhamdulillah.



Bukang senang nak siapkan kerja ni, bila aku nak buat ada kerja lain kene buat, bila nak buat kene kursus, bila nak buat ada show... bila nak buat kene buat lo, bila nak buat kene cari hotel.... alahai!!!! dugaan!!!!. Oleh kerana aku tak keluar dan oleh kerana bos2 tak de memang seribu rahmat untuk aku siapkan kerja ni. Bila semua tak de.... aku layankan kerja ni je, baru boleh fokus.... 

Akhirnya aku boleh tersenyum. Ini part aku sudah selesai hanya meneruskan je cara yang betul sistem fail, ada lagi fail2 yang lain dalam bilik fail nak d apakan pun tak tau, sebab lom tengok. Bab2 fail ni aku memang failed sikit... aku bukan kerani  N = pembantu tadbir aku S = sosial, memang le sosial kerja tang luar je... dalam opis kerja, luar pun kerja. Tapi nak tak nak kene berguru dengan N17 nak tau sistem yang betul. 

Kalau aku jaga fail pun tak pe, tak payah keluar senang hidup aku hehehe....





Isnin, 9 Jun 2014

Hina sangat ke???????????


Bila terdengar orang duk mengumpat kawan yang sama title dengan aku, aku terasa jugak. Sejauh  mana kebenaran cerita yang dikatakan. Aku pun tau juga, cuma hati manusia dan mulut manusia, memang tak mampu untuk di tutup. Buat apa pun semua jadi tak kene hanya kerana title Janda.

Aku tau, aku pun jadi bahan....Aku makan dengan rakan sepejabat di Ledang dulu pun dijadikan isu. Dah nyatanya memang semua lelaki dan aku sorang perempuan. Itu pun nak dijadikan bahan ke? Hina sangat ke janda ni? adik dia? Abang Dia? Suami dia? Bapak dia... kawan dengan janda ke? atau kene kacau dengan janda ke? Atau mereka semua yang mengganggu janda?  

Aku bekerja sememangnya berhubung dengan ramai orang terutamanya lelaki... macam2 lelaki yang aku jumpa. Tapi belum pernah ada hubungan lebih dari urusan kerja. Waima lelaki muda lagi hensem bergaya memandang aku tertarik dengan aku pun... Aku sedar diri aku siapa. Tak ada aku nak terhegeh2 nak tergedik2 dengan mana2 lelaki. Waima orang tak suka pun aku berundur. Ada ke? agaknya la...

Semua orang berhak untuk kelihatan cantik dan menarik, bentuk badan rupa paras itu anugerah tuhan. Salah ke kalau nak bergaya asal tau batasnya. Orang yang macam aku ni, buat apa? pakai apa? memang jadi perhatian, bukan lelaki je, pompuan pun sama. Hinanya janda tu, tak buat apa pun dikata. Pakai cantik pun salah. Habis tu nak suruh telanjang!!!!!Mungkin aku kurang kerana tiada pasangan tetapi lebihnya, aku pakai apa? nak pergi mana? nak makan apa? nak buat apa? tak perlu dengan izin, apa pun aku tanggung sendiri. Yang nama isteri pun belum tentu ikut cakap suami, belum tentu dengan izin suami dan redha suami. Apa ingat macam tu tak berdosa!!! Sekurang2nya dosa orang single ni tanggung sendiri, ada suami kene mintak maaf dan kene nyatakan apa kesalahan. Ramai yang tak tahu.

Dosa itu dikira apabila manusia itu melakukan kesalahan disisi agama, siapa manusia yang hidupnya sentiasa punya pahala tanpa dosa. Makanya yang nama isteri pun punya dosa. Yang namanya isteri pun manusia biasa dan yang pasti yang bergelar isteri pun boleh berelar janda.... segalanya berkemungkinan....

Harus diingat bahawa, tak kira apa pun title seseorang wanita itu, kecurangan tetap berlaku dengan pasangan. Tak kira tunang atau suami. Kenapa???? Tapuk dada, tanya lah mereka sendiri. Yang nama DARA pun belum tentu daranya di zaman sekarang ni. Tengok saje atitutnya, rakannya dan tempat dikunjungi. Tapi Janda juga lebih hina... kan!!!!

Jangan ingat Janda mencari dan tergila-gilakan lelaki yang menghampiri mereka. Tetapi, hakikatnya lelaki yang mencari janda tak kira bujang, duda atau suami orang. Kalau lelaki tak setia bukan salah janda, tai tanyalah mereka dan pasangan mereka.

Kononnya Janda itu kesunyian dan sebagainya. Ah!!!! yang namanya janda itu bukan tempatnya dikubur yee!!!. Hidup dilalui seperti wanita lain. Hiburan ada dimana2 dan merata tempat, bermacam aktiviti boleh dilakukan dan tak semestinya perlu ada lelaki. Seperkara perlu diingat bahawa tak semua janda bergantung harap pada lelaki. Setiap manusia tak kira title ada urusan dan tanggungjawab masing2. Ingat yang namanya janda itu tak de tanggungjawab. Lebih besar tanggungjawabnya sebagai ibu dan bapa. Sedangkan janda itu hanya wanita yang di katakan lemah... Malah janda itu lebih kuat semangatnya, suka duka dirasai sendiri tanpa teman disini....

Ya, suatu masa dulu lelaki jadi penting, malah jadi tanggungjawab dalam hidup wanita. Tetapi apabila tiada, secara automatik lelaki jadi tidak penting. Hidup adalah perjalanan yang perlu diteruskan dan tak semestinya ada lelaki dan tak mati tanpa lelaki. Tetapi lelaki ada isteri pun boleh mati... mati pucuk hahahahaha...

Tahukah bahawa, dalam hati kecil tetap ada rasa rendah diri, dan tak mahu dipersenda. Kerana memikirkan apa kata orang, setiap langkah diatur hati-hati, adakalanya lebih baik mengasingkan diri dan jalan terbaik segalanya usaha sendiri. Kerana itu title itu dirahsiakan. Untuk keselamatan diri sendiri daripada gangguan yang tidak diingini.

Cuma kenyataannya setiap mereka yang bertitle janda juga mahukan pasangan untuk masa depan, bukan sekadar teman malah menutup mulut yang mengata dan menghindari gangguan. 




Ahad, 8 Jun 2014

Aktiviti Sehari...


Eeeeemm... selepas berhari2 di kampung, rumah pun berhari-hari di tinggalkan. Oleh kerana anak tak ada, aktiviti di Hari ahad dari siang sampai ke malam... aku mengemas.... Jadi maid dengan tshirt dan skrit.... hok aloh memang macam indon!!!!.... peduli apa kan.... tak kacau orang pun..

SESEDAP RASA