Isnin, 31 Mac 2014

Nivea - Body Lotion In-Shower Intensif



Ini adalah produk yang   betul2 aku teruja nak cuba. Alhamdulillah dah sebulan dan sebotol ni boleh tahan sebulan. Ini botol yang kedua la kiranya. Mungkin sesuai untuk aku terus menggunakan. Memang nampak ada perbezaan, kulit tak le sekering sebelum ni. Fokus utama bahagian yang kering di betis, tumit, jari kaki, selebihnya tangan dan badan.

Bukan susah pun lepas cuci badan guna shower gel @ sabun pun boleh. Sapukan pulak Body Lotion In-Shower ni, lepas tu bilas. Aku pulak biarkan sekejap, berus gigi dan cuci muka baru la bilas... Senang je. Tapi aku tak sudah di situ. Selepas lap badan, aku akan sapukan minyak zaitun.. Pilihan aku minyak zaitun jenama Safi.

Sebenarnya masa yang sesuai pakai losyen atau minyak zaiton selepas mandi, jadi produk ni memang sesuai dengan aku....

Ahad, 30 Mac 2014

Cuti Sekolah!!!!!

muka selebet je tak pakai apa2hehe

Budak sekolah cuti aku pun cuti jugak, tapi aku cuti mula hari rabu.... 2 hari Asyraaf ikut aku p opis. Apa aku buat selama 5 hari cuti... Hari2 aku keluar hehehee

Aku ke Bank Rakyat, konon2 nak mintak buku bank yang baru, buku lama hilang. Rupanya buka akaun baru terus lama tak berguna lagi... kad ATM pun baru huh....  Kene p LHDN pulak tu untuk mati stem.... Siap aku ambik borang di bank rakyat presint 8, aku pun ke pejabat, untuk dapatkan tanda tangan bos, siap aku pun ke LHDN.

Rabu, 26 Mac 2014

Terkilan

Aku bukan lah manusia yang suka cari masalah atau buat masalah atau mendatangkan masalah kepada organisasi atau jabatan. Tapi aku tetap ada masalah sebagai manusia. Tapi kadang-kadang kita cakap berkali-kali apa masalah kita rupanya umpama mencurah air kedaun keladi.

Isnin, 24 Mac 2014

Online crazy!!!!


Aku ni antara manusia yang tak percaya bayaran online2 ni.... takut ada penipuan. Aku memang susah untuk di pengaruhi apa lagi nak meyampai2. Maaf je la bukan kije aku nak laga-laga kan orang macam sesetengah orang.

Ahad, 23 Mac 2014

Terkejut ke Kejutan...

Tak tau nak memulakan macam mane, tapi sesuatu perkara yang kadang2 agak lucu jugak, malah pernah jadi gaduh dengan seseorang yang memang aku tak kenal. Pasal status!!!! hahahaha.... takkan aku nak cakap status aku 1 dunia. Tak penting pun...

Begitu jugak le kalau berkawan.... sampai 1 tahap aku perlu cakap baru le aku akan cakap. Aku tak tau pada mata orang lain memandang aku, tapi bila aku bagi tau perkara sebenar ada yang tak percaya!!!!! Memang tak di nafikan mereka terima kejutan dan tak sangka apalagi anak dah besar pulak tu.

Jumaat, 21 Mac 2014

Sambal Belacan Adabi



Produk Pilihan aku kali ni Sambal Belacan Adabi. Maklum le dia punya iklan bukan main gempak... serupa macam kat rumah aku orang atas menumbuk guna lesung batu, jangan kata rumah aku yang berhampiran memang dengar la, tang.. tung.. tang.. tung... pagi2, malam2.... memang aku respect la, sebab rajin masak. Tak pe la dia tak kerja, aku yang bekerja pun memasak juga, tapi dia yang duk rumah memasak time orang da nak tidur, aje le peliknya. Aku balik terus ke dapur, maklum ke da kebuluqqq!!! hehe... lambat masak Asyraaf pun padam, penat je aku masak kan!!!.

Alamak aii, panjang punya mukadimah... Berbalik pada cerita asal pasai Sambal Belacan Adabi ni. Boleh tahan la sangat pekat ladanya, tinggal makan je, kalau buat jemput-jemput boleh le buat pencecahnya. Cuma rasanya agak manis sikit tapi tak de le pedas, ladanya memang cukup masak, hitam pekat macam orang tua2 dulu masak sampal.

Isinya macam lada giling yang mentah tu, jadi malau nak sedap lagi atau nak cairkan sikit boleh je tumiskan bawang sekali, buat sambal udang ke... Boleh la kalau nak mencuba. Sediakan duit je. 

Khamis, 20 Mac 2014

Teh 6 Layer Idah



BAHANNYA :

1. 1 - Uncang Teh Lipton
2. 3 - Sudu Teh Susu Pekat Manis
3. 1 - cawan air panas @ secukupnya


Rabu, 19 Mac 2014

Tak Selesai Lagi Masalah




eeemm... apa yang akan berlaku mane kita nak tau. Masalahnya sekarang motor aku dah tersadai kat opis ni dari jumaat lepas. Kebetulan Jumaat lepas ada Dinner Timbalan Menteri Meraih orang kuat dia orang terengganu yang datang ke KL@selangor PRK ler tu.  Tak boleh starts itu le masalahnya, balik dari dinner tu try jugak, owww,, x mau hidup le dia. Malas aku nak fikir aku tinggalkan je kat opis, Isnin aku try.... sebab sabtu aku nak balik kampung.

Selasa, 18 Mac 2014

Macam Budak pulak!!!!



Agak terkejut jugak... bila terima teguran aku "macam budak budak"... Adeh!!! Semacam tamparah hebat rasanya. Ade ke patut cakap aku macam budak2, agak2 le kan. Walhal dia yang budak. Ini mesti nilai dari sikap aku yang ala-ala loya buruk... bio la memang aku macam ni. Apa yang penting happy.

Isnin, 17 Mac 2014

Bukan Wanita Sempurna - Ning Baizura


   


 Bukan Wanita Sempurna

Hati diam membisu
 Menduga mencari tahu 
Ada apakah denganmu
 Hati makin curiga
 Mendengar sebuah cerita 
Ada apa kau dengannya 
 Aku bukan wanita sempurna 
Aku pastilah ada kurangnya 
Tapi ku setia
Tak mencuba ke lain hati 
 Aku merasa dia curang 
Aku merasa ditiadakan 
Aku sakit hati 
Sakitnya setengah mati 
Jangan anggap cintaku tiada


Lagu ni nak kata ada kene-mengena aku pun tak pasti tapi yang penting aku suka dengan 2 rangkap liriknya "Aku bukan wanita sempurna, Aku pastilah ada kurangnya", begitu la aku adanya...agak terharu aku mendengarnya. 

 Lagu ni tema bagi drama "romi cinta julia" bila aku terberkenan dengan sesebuah lagu aku pasti akan cari sampai dapat. Bila aku dah dengar, aku rasa penulis lirik ni sangat terus terang @ jujur  tak percaya baca lah liriknya.... itu yang aku minat 2 rangkap liriknya selebihnya, macam tak sesuai!!!dan aku rasa lucu dengan lirik "Aku sakit hati, Sakitnya setengah mati"... dengar je la.... Bila di layan lama-lama sedap jugak....

Selasa, 11 Mac 2014

Rindu Kat Mydin pulakssszz!!!!!

tengok le sekali borong........

Orang kata sambil menyelam minum air, dah kebetulan aku ke Pudu urusan membuat Lesen selesai sangat cepat, lepas makan aku 2 beranak pun merayap ke Mydin. Dalam banyak2 mydin, mydin di Pudu paling aku suka dan sebenarnya da lama aku nak ke sini, suka dengan suasananya serba-serbi lengkap, memang tak sama dengan tempat lain dan sebenarnya inilah mydin pertama yang aku pergi. Itu pasal la macam jatuh cinta pandang pertama hehehehe.

Ahad, 9 Mac 2014

Lesen Berwajah Baru




Eeeemmm..... Seronok pulak tengok lesen memandu baru aku hehehehe.... macam cantik je.. macam moden je.... heheheh macam jakun je kan. Aku memang tak tau lesen sekarang da macam IC. Pemandu teksi yang bagi tasu.

Nak buart lesen pun susah, UTC ni tempat ke tiga aku pergi, mula2 p Alamanda pejabat pos mini, punya le lama aku tunggu giliran tiba masa petugas tu cakap x de line nak cek.. Balik je la. 

Rabu, 5 Mac 2014

Antara Masalah Atau Dugaan



Dalam kehidupan, kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang, walaupun kita merancang tidak semestinya akan jadi kenyataan. Namun hakikatnya yang telah berlalu itu adalah kenyataan, sejarah yang menjadi kenangan suka duka itulah kehidupan. Nasib antara kita tidak akan sama, dugaan juga tidak serupa.

Tak semua antara kita rehdha dengan apa yang berlaku, apa yang dilalui, apa yang dirasai. Hakikatnya tiada seorang manusia yang tidak pernah rasa kecewa, terluka, merana, sedih dan sering kali kita lupa dengan rasa gembira, bahagian, sayang kerana yang namanya manusia lebih suka mengenang dukacita dari sukacita.

Sememangnya apa yang datang tanpa diduga, menduga kita tanpa sedia, namun setiap yang datang pasti akan pergi, setiap masalah pasti akan selesai dan setiap yang bermula pasti akan berakhir. Hanya masa yang menentukan segalanya.

Aku antara manusia yang mempunyai pelbagai kisah dan cerita, menangung pelbagai rasa, mengharung pelbagai dugaan, merasa nikmat disebalik ujuan dari-Nya. Apa yang aku pelajari hidup ini harus redha, malah perlu yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kita hanya manusia, dugaan dan masalah pasti akan datang selagi nyawa dikandung badan.


Selasa, 4 Mac 2014

Antara Keperluan Dan Kepentingan



Alhamdulillah dari rezeki yang di kurniakan aku pun bersiap sedia dengan strategi untuk memberi barangan keperluan rumah. Apabila kata keperluan maknanya tidak boleh tidak, penting la tu kan!!!. So aku pun beli lah frezeer and Washing Machines. 



Rancang nak beli freezer dengan dinig table jer, sebab itu ler yang paling penting bagi aku, tapi kesian pulak kat mak aku, bila aku out station dia basuk baju especially baju anak. Dah tu beli je la Washing Machines sekali kan!!! beli auto jer da seronok guna washing machines auto kat rumah sewa sebelum ni.

Terung Masak Kicap


Ahad, 2 Mac 2014

Rezeki Di Bulan Kelahiran..


Sebenarnya bulan Februari ni aku menunggu juga BR1M dan Gaji baru. Tapi kedua2nya masih belum dapat. Tapi Allah Beri rezeki yang lain pulak. Tuntutan Faraid yang di buat amanah raya telah pun selesai. Kebetulan aku bertugas di Muar ada show 3 hari. Sambil Menyelam minum air, urusan kerja dan uruskan Cek untuk adik beradik dan mak.  Cek aku la yang di cash kan dulu huhuhu... Alhamdulillah. 

Ceritanya bila duit ASB arwah ayah telah terkumpul dalam 10 K jugak la masa tahun 1996 aku da uruskan tapi Mahkamah Rendah Syariah Muar tergantung begitu saja. Dari tahun ke tahun ASB tu semakin bertambah. Mak aku la desak suruh uruskan. 

Jadi untuk dapatkan duit tu bukan kerja senang, ambil borang di Amanah Raya Berhad, belum apa2 dah RM50 untuk buka fail di mahkamah syariah tujuan untuk dapatkan sijil faraid, dah terpaksa turun naik mahkamah , kos angkat sumpah, masa dan tenaga memang terasa penatnya. 

Hakim pun pening, dia kata kes aku la paling susah. Mana tidaknya arwah ayah kawin dua, so nak tahu yang pertama masih isteri atau dah berpisah, dan meninggal pulak tu, tapi kes selesai sebab dah berkahwin lain, tapi kene angkat sumpah. Akak pulak binti nya tak sama dengan aku dua beradik @ anak mak siti (mak aku le tu huhu) kene angkat sumpah lagi. kos angkat sumpah pun dekat RM100.00. nasib baik kes berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Ledang, kalau kat Muar memang penat aku di buatnya.

SESEDAP RASA