Khamis, 19 Disember 2013

Gulsan Nar Eksisi



Ceritanya bila budak 1 opis jual jus ni, aku pun cari la apa khasiatnya, maklum la nak tau juga apa kebaikannya. Bila da baca dan tau, aku berminat untuk membeli, tu sekali beli dua, untuk setakat ni sebotol masih tak habis lagi. Makan hanya sebelum dan selepas bangun tidur sebelum sarapan pagi sesudu besar je. Selain tu boleh di buat pati minuman, alamak sangat masak rasanya. Macam tak perasan ada apa-apa kesan untuk setakat ini, tapi habiskan je la. 


KHASIAT PATI DELIMA GULSAN

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Pati Delima Gulsan Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.


Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah :
  • Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  • Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita.
  • Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan.
  • Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan.
  • Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout.
  • Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala.
  • Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas…InsyaAllah…
  • Dikenali sebagai “Viagra Semulajadi” iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
  • Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  • Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim.
  • Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam.
  • Awet muda.
  • Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis.
  • Menghapuskan kahak dan meredakan batuk.
  • Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua & dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah.
  • Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.
  • Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah, mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.


Additional info khasiat tambahan :
  • Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah.
  • Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal.
  • Membersihkan hati dan urethra.
  • Memperkuatkan sistem penghadaman.
  • Membuang lemak-lemak berlebihan.
  • Meningkatkan tenaga Mencegah ‘morning sickness’.
  • Membantu menyesuaikan hormon ketika haid.
  • Mencantikkan dan mencerahkan kulit.
  • Membantu menyembuhkan penyakit diabetes.
  • Boleh meghilangkan kahak.
  • Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin.
  • Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua.



 - See more at: http://www.rizi-biz.com/delima-gulsan/#sthash.to67WOqB.dpuf

Selasa, 17 Disember 2013

Bedak Thanaka




Sebenarnya aku pun tau apakebendanya, tapi housemate aku beli dan pakai, katanya untuk putihkan kulit, sekatakan tone kulit bagai. masa dia pakai dia ajak aku, so aku dan sorang lagi pun joint sama pakai bukan muka je, tangan dan kaki pun habis di sapunya, dia punya pink @rose, memang wangi, bau rose. 

Ada 4 warna pilihan yang mempunya fungsi yang berbeza tapi aku rasa semuanya sama je bau je yang berbeza, yang warna krim tu lagi la bau setanggi @ dudha sembahyang huhuhuhuhu...... seram rasanya. 

Mula2 aku beli warna pink yang saiz kecil mahal tu RM 25, beli kat tangkak, nak putih kononnya, nak raya huhuhuhu..habis sebekas, bekas je besar tapi isinya suku jer... 

Kebetulan masa jalan2 kat muar aku beli lagi warna pink jugak baru RM15 jer.., saiz yang sama sekarang ada kat kampung, jadi hiasa hehehe, macam mane nak pakai aku kat putrajaya.





Yang aku pakai sekarang warna hijau, saiz besar baru RM 20 beli kat anjung KKMM, ada masa yang rajin baru aku pakai, tak nak pakai pun tak pe sapu di tempat bekas jerawat dan gosong beberapa ketika dan basuh atau sapu menyeluruh di kawasan muka, bangun pagi buang dan terus mandi.






Sedikit info bedak THANAKA:


Hijau (Lemon) - sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dankulit pucat.

Pink (Rose) - sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat.

Krim (Original) - sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit.

Putih (Jasmine) - sesaui untuk merawat ruam,sesuai juga merawat ruam bayi,kulit kering dan gatal-gatal.




Bedak THANAKA diperbuat daripada kayu tanaka yg sangat berkesan untuk: -


- Kecutkan jerawat 
- Haluskan kulit 
- Cerahkan kulit
- Hilangkan jeragat 
- Lembutkan kulit - Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka
- Pelindung cahaya matahari
- Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan 
- Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation 

Tanaka Powder adalah berasal dari pokok tanaka yg digunakan oleh orang - orang Myanmar sebagai penjagaan wajah dan badan mereka dari jerawat, jeragat dan sinaran matahari.


Isnin, 16 Disember 2013

Puplum Calor Blog


Ini satu-satunya puplum dari peace, walaupun sepasang tapi warna baju unggu kain kuning atau calor blog. Sangat tertarik dengan baju ni kerana taburan manik di bahagian tangan, pinggang dan kaki baju. 



Puas mencari tudung untuk dipadankan dengan baju, Akhirnya jumpa jugak, murah je tudung tu, cukup le baju je mahal sikit, maklum le beli untuk raya, walaupun banyak pilihan semasa nak membeli tapi berkenan dengan design ni, rasanya masih tak ada lagi koleksi calor blog. Jadi ini sebagai koleksi la. 


Beli untuk beraya tapi tak pakai pun, nak tunggu ada majlis jabatan jugak baru nak pakai. Akhirnya ini la baru pakai di majlis hari jabatan. Memang baju ni membuatkan aku kelihatan besar, kerana baju yang kononnya puplum tu kembang, tak pe la dah beli.



Ahad, 8 Disember 2013

Tak marah, cuma terkilan.....



Aku di Putrajaya ni da lebih 6 bulan, kerja pun boleh tahan macam2 pengalaman, tak kurang dengan tugas-tugas yang baru belajar. Tetapi apa yang menyedihkan gaji masih lama. Segala simpanan yang tak seberapa telah habis di guna, maklum la kerja banyak out station. Memang sangat sedih.

Ahad, 1 Disember 2013

Dress Maxi Jazz Flare Jersey



Baju ni da lama beli, tak tau nak pakai bila so disimpan je la, itu perkara biasa bagi aku. Beli baju bila berkenan bukan sebab nak pakai, tapi tunggu majlis yang sesuai. Satu lagi nak pakai baju kalau tudung tak de pun aku akan peram je dulu baju dalam almari dan ada tudungnya baru fikir2 nak pakai bila. Ada yang sampai bertahun tak di pakai...

Akhirnya  baju ni aku pakai untuk beraya ke rumah mak2 sedara.... rumah busu je tak pergi masa tu sebab dia tak de kat umah.. dekat je  kat kampung  ..... 

Masa ni badan aku agak berisi pakai baju ni pun macam sarung nangka sikit.. tapi nangka yang sedang masak ranum dan belum busuk huhu.... 








Kalau ada sesiapa yang berminat boleh beli online harga pun murah pergi je ke : 



SESEDAP RASA