Ahad, 22 Julai 2012

Pangilan Terakhir......



Satu kejutan apabila dia menelefon aku, bagai khabar gembira kerana lama aku menunggu panggilan darinya. Tapi siapa sangka rasa gembira bertukar duka dari senyum kepada tangisan...





Mungkin salah aku, kerana terlalu berhati-hati, sehingga menyakiti hati orang lain dan akhirnya hati sendiri dilukai.

Ahad, 15 Julai 2012

Milik Siapakah Hati Ini



Milik siapakah hati ini

Bagai berkurun lama kesepian ...........



Lirik lagu ini cukup dalam maknanya bagi aku, namun apa yang merisaukan adalah gangguan dan tuduhan yang tak mampu aku terima.


Aku sedar siapa diri ini, dan aku berdiri di atas kakiku sendiri untuk menjalani kehidupan ini. Apa kan daya manusia sememangnya mampu berkata apa jua, walau hakikatnya tiada apa-apa. Aku Redha andai ini juga dugaan-Nya.


Hakikat kehidupan tidak seindah mana, tetapi ia boleh diindahkan dengan pelbagai cara dan usaha. Namun begitu setiap hasrat atau keinginan perlukan pengorbanan. Sejauh mana untuk aku mampu bekorban, sejauh mana mampu aku mengorbankan atau aku dikorbankan dalam sebuah pengorbanan atau aku yang terkorban dalam satu tujuan.


Tiada manusia tanpa keinginan, tiada manusia yang tiada harapan, tiada manusia tanpa impian, namun sejauh mana impian mampu jadi kenyataan.


Apa jua keadaan, aku mengharapkan tiada kesulitan, malah dipermudahkan segala urusan, tidak mahu rasanya gangguan. Semoga Allah mendenggar dan sesungguhnya juga Allah yang lebih mengetahui.


Moga aku temui pelengkap dalam menyempurnakan kehidupan, didalam keredaan dan kerahmatan-Nya.

Khamis, 5 Julai 2012

Kurung Model Kuning Bercorak Batik


lagi koleksi dari peace

Lama simpan baju ni, seperti biasa jika membeli baju bukan tujuan untuk di pakai tetapi di simpang sehingga ada majlis yang sesuai untuk dipakai. Lagi koleksi dari peace Kurung Model Warna Kuning Corak Batik ini cukup aku sukai, Design yang simple ditambah dengan jahitan manik yang ringkas di hujung lengan dan manik-manik besar dibahagian dada baju...... cukup menarik bagi aku.


Kuning juga warna kegemaran ku

Jom kita baca sedikit pengertian disebalik warna kuning :

Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang akan menyebabkan kita sentiasa ceria. Warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai warna kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan.




di Puteri Golf Resort Pasir Gudang


SESEDAP RASA