Selasa, 31 Januari 2012

Mencari Penjaga Asyraaf



Ni satu lagi masalah, masih sedang mencari penjaga Asyraaf, mulanya sepupu aku Kak Muna sanggup nak jaga, amira pun ada sekali, jadi Asyraaf pun ada le kawan, tub2 mak amira dah nak berhenti kerja, jadi amira tak di jaga lagi oleh Kak Muna nanti.


Bila amira tak ada, Kak Muna pulak macam berubah hati jer, aku minta dia jaga, dia nak suruh mak aku jaga pulak. Jawabnya memang kene cari orang lain kalau boleh area tempat Asyraaf mengaji senang sikit. Mudah2an ada la orang yang sesuai untuk menjaga Asyraaf.


Ahad, 29 Januari 2012

Dah Dapat Kunci, Kemas Sampai ke Malam...

Emm...... rasa happy je, apa tidaknya aku da dapat kunci rumah sewa. Keperluan yang diperlukan telah pun dibeli sikit demi sedikit.



Alhamdulillah, bila rumah dah bersih rasa tenang bagaikan terapi kepada kepenatan. Akibatnya hari ni awal-awal pagi da terasa mengantuk. Ngantuk sangat-sangat. Apa-apa pun aku rasa puas hati, dengan hasil kerja sendiri, mengemas segalanya menyusun atur perabut yang ada, tinggal nak tidur je belum.



Walaupun ada yang tak lengkap tapi apa yang ada pun sudah cukup selesa, apa yang penting anak kesayangan aku cukup suka dengan rumah sewa tu, walaupun keadaannya tidak begitu sempurna, namun dapat memuaskan hati aku.




Bermula la, kehidupan baru tinggal berdua dengan anak kesayangan. Ada beberapa perancangan apabila tinggal di rumah baru ini, antaranya nak membeli mesin jahit, aku berminat untuk menjahit walaupun hanya sekadar menjahit langsir, aku pun macam nak aktif semula untuk menjahit manik, terutama sekali bila abah Asyraaf ambil dia, selain daripada memasak seperti biasa, (tapi kat rumah mak jarang masak hehehe). InsyakAllah, aku yakin segala niat dan perbuatan yang baik akan di redhai oleh-Nya. Amin!!!!!!




Khamis, 26 Januari 2012

Hati Rasa Bimbang



Hari sabtu yang lalu iaitu pada 21 Januari 2012 aku berkerja, seperti biasa tugas sebagai juruacara sempena Penyampaian Baucer BR1M bagi DUN Serom.



Namun bukan tugas yang aku kisahkan, tapi anak!!! setelah bersiap untuk ke pejabat, seperti biasa aku panaskan enjin motor terlebih dahulu dan kebiasaan itu juga Asyraaf mesti terjaga, katanya ''nak ke sekolah la!!!'' aku katakan pada dia ''sekolah cuti'', kemudian dia kata ''ak mandi'' pulak, aku kata, ''sejuk nak mandi pagi2'', dia nak juga suruh mandikan, ''suka mandi air sejuk pulak katanya'' (walhal sejuk2 dia akan menangis) Dia nak ikut pulak, Apalagi, aku terpaksa marah, aku nak pergi kerja da lambat, tak sempat nak mandikan, nanti kene tinggal dengan JAV, balik nanti aku akan mandikan. Aku terpaksa tinggalkan aje, walaupun dia menangis, melaung.

Sebenarnya sebelum aku balik abah dia da ambik dia, macam biasa abahnya ambik anak, tapi hari tu luar biasa sebab datang siang, tengahari, mungkin separuh hari je kerja, maklum la majikan cina nak sambut Tahun Baru Cina esok harinya, sebab biasanya abah Asyraaf akan jemput dia pada sebelah malam. Aku masih bekerja dan masih belum balik lagi.



Jadi dari hari Sabtu 21hb hingga la hari ni Jumaat 27hb aku tak dengar khabar berita Asyraaf. Call abah dia tak angkat, di luar kawasan la, begitu begini la. Sampaikan Mak Ngah yang ajar mengaji pun tanya kenapa Asyraaf tak mengaji. Bukan apa mengaji pun ambil kedatangan, termasuk hari ni da 4 hari Asyraaf tak mengaji, Aku pening di buatnya. Bertambah pening bila kerja sekolah Asyraaf belum siap lagi, biasanya abah dia hantar balik Tangkak ahad malam atau awal pagi, jadi bila masa nak suruh Asyraaf buat kerja sekolah dia, Aduhai!!!!! Pening!!!!!



Apa-apa pun mudah-mudahan dia selamat walau dimana dia berada, Ahad ini je la keputusan, abah dia hantar balik Tangkak ke tidak, InsyakAllah dia hantar, cuma aku bimbang dengan pelbagai kemungkinan, apa tidaknya Asyraaf la sorang harapan, Anak Tunggal aku, yang jadi teman, yang jadi murid, jadi madu, jadi racun sebagai penglipur lara hati aku, selain jadi tanggungjawab aku, selagi jasad di kandung badan.

Selasa, 24 Januari 2012

Cuti Panjang Yang Cukup Membosankan


Sempena Cuti Tahun Baru Cina, walaupun Sabtu ada tugas, tapi terasa betapa panjangnya cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Da la Asyraaf ikut abah dia, aku sorang2 ketontang-tanting, Ahad aku merayap Tangkak, Isnin merayap Jasin dengan Kawan baiksi Zurina, malam tumpang tidur umah dia sekali, Selasa, duk umah je, da terasa boring sangat, aku basuh motor, baju sebakul pun siap di lipat barang2 keperluan asas dapur yang nak digunakan pun siap di basuh.



Apa yang penting aku da bagi mak duit, undi da bayar, deposit umah sewa pun da bayar, tunggu pindah je.



Jumaat, 20 Januari 2012

Makan KFC

Muhammad Asyraaf Dengan Sepupu dia........


cewah!!!!!! nak bergambar punya pasal!!!!!!



tengok tu, order nak 2 ketul, pas tu makan x abis..... membazir jer.....




ibu pun nak jugak!!!!





tengok le mata tu!!!!!! tak sah kalau tak dengki orang.....


Rabu, 18 Januari 2012

Tak tahu Yang Mana Satu




Sebenarnya niat di hati nak beli kereta, tetapi tiba2 rasa nak pindah rumah, aku rasa da tiba masanya untuk aku keluar dari rumah mak walaupun aku da lama niat untuk berpindah keluar dari rumah mak, tapi sekarang rasa cukup kuat dan nekad.

Lagi pun akak dan tinggal bersama, anak2 dia pun da besar, bila dia anak beranak jer da ramai, terasa bagai aku pulak yang menumpang, aku rasa cukup tak selesa, ada baiknya aku keluar. Bila aku pindah tak le menyusahkan sape2, aku uruskan sendiri diri dan anak aku.

Rumah pun ada, tak jauh pun dengan umah mak. Sekarang yang jadi masalah penjaga anak. Bukan tak nak bagi mak jaga, tapi mak sendiri bukan sihat, meniaga pulak ada ada masa nak uruskan anak aku yang mainnya entah2 apa. Tapi itu lah masih mencari penjaga yang sanggup. Mudah2an Allah permudahkan urusan ni. Apa yang aku lakukan ini untuk kebaikan semua juga.

Ahad, 15 Januari 2012

Rantai Tanggan




Rantai tangan ini, bukan beli baru, tapi tukar barang kemas lama ganti baru, Rantai tangan dan cincin batu lama, jarang dipakai, jadi tukarkan dengan emas 916 dapat la rantai tanggan ni. Lama niat untuk tukarkan, baru ini la baru berkesempatan.

Sebenarnya sebelum sampai ke kedai emas, niat hati nak tukar cincin dengan anting-anting, tapi bila nak cari cincin yang bentuk yang besar hanya untuk jari yang besar, pilih punya pilih, x jadi ambil cincin tukar ambil rantai tangan, Hah!!!! dapat la rantai tangan ni.

Bila da balik, rasa terbayang-bayang pulak cincin berbentuk kelopak bunga tu, tertarik pulak, tapi nak buat macam mana da pilih rantai tangan ni, InsyakAllah kalau ada rezeki lebih selesaikan utang piutang yang ada, ingat nak beli jugak cincin tu, "INSYAKALLAH".....


Dapat beg henset sekali, pink lagi....










Rantai tangan ini, bukan beli bari tapi tukar barang kemas lama, Rantai tangan dan cincin batu, dapat la rantai tanggan ni. Lama niat untuk tukarkan barabg kemas baru la ni berkesempatan.



Jumaat, 13 Januari 2012

Putih Itu Suci

Semasa menjalankan tugas


Warna putih memang bukan pilihan hati, tetapi kerana tugas menghendaki aku berbaju warna putih, dan pakaian yang sedia ada tiada maka, beli baju ini kerana terpaksa. Banyak kedai telah di intai, tetapi di Peace juga pilihan hati, baju ni aku kira mahal juga, kerana melebihi RM 100++.

Aku berpuas hati kerana jahitan manik yang banyak dibahagian dada, bahu sebelah kanan dan juga kedua-dua belah bawah lengan, malah designnya juga menarik daripada koleksi peace yang sedia ada.



jahitan manik yang menarik di bahagian dada dan lengan atas kanan


terasa sangat sesuai dengan badan.


Jumaat, 6 Januari 2012

Hebat!!!!

Asyraaf baru 3 hari sekolah tapi dia belajar cakap Hebat!!!! terkejut di buatnya.....

Rabu, 4 Januari 2012

Suit Blazer Dari Peace

nampak smart dan sesuai dengan tugas lapangan


Sememangnya kehendak kerja untuk membawa imej berketerampilan, bersesuaian dengan aku yang suka bergaya.


Suit blazer dari peace ini memang da lama diidamkan, Alhamdulillah aku telah memilikinya kini, dan salah satu koleksi dari peace kedai pakaian pilihan hati.


Memang sangat memuaskan hati kerana apabila di gayakan terasa sangat sesuai dengan saiz badan, yang sederhana.


Jika ditanya mengenai harga, mudah jawapannya, bagi aku ia sangat berpatutan, hanya RM 79++, emm... puas hati kan kerana ia 1 suit.


Walaupun aku suka bergaya, tetapi dalam bab membeli ada hadnya, kerana ia melibatkan wang oleh itu bijak memilih adalah keutamanya, jika cantik mana sekalipun tetapi mahal harganya, belum tentu aku membeli.


Membeli mengikut kepada keperluan, jika sangat perlu, harga bukan keutamaan, yang penting dapat apa yang dikehendaki, tetapi tetap memilih agar setanding dengan harganya. Sebaliknya jika tidak perlu, tetapi harganya murah dan mampu milik, maka tidak salah membeli kerana itu adalah peluang.







Isnin, 2 Januari 2012

Asyraaf ke Pra Sekolah



Hari ni cuti untuk uruskan Asyraaf ke pra sekolah, sekolah pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Ledang, hahahha sekolah ibu dia dulu tau.....


Alhamdulillah selesai urusannya segala bayaran telah pun di buat selepas selesai taklimat dari guru besar.

SESEDAP RASA