Khamis, 17 Februari 2011

Aku Jadi Benci

Kenapa la kadang2 orang yg ada jawatan sekadar jawatan, tapi tanggunjawab tak ada, sehingga membebankan kakitangan bawahan. Kekurangan boleh diatasi dan boleh diperbaiki tapi kalau kebodohan sengaja ditunjukkan dimana agaknya kredibiliti sebagai Ketua dalam satu2 organisasi.
Zaman sekarang sekadar cakap tidak memadai perlu serba boleh dari pelbagai segi, kelulusan tinggi tahap ijazah pun belum tentu boleh bekerja kalau tak cuba cari pengalaman. Kerana ijazah itu tarap pendidikan seseorang tapi kemahiran perlukan sama kerana ia akan jadi pengalaman.
Bercerita tentang pengalaman, adalah lebih baik pengalaman itu contoh terbaik untuk diikuti oleh orang bawahan.
Aku jadi benci dengan apa yang aku lihat, benci dengan sikap yang tak sepatutnya ditunjukkan kepada aku, aku benci persekitaran umpama berat sebelah, yang paling aku benci perlu buat kerja yang bukan kerja aku, malah x de kaitan dengan senarai tugas aku.
Aku tidak sombong, tapi perlu faham bila aku terlalu banyak kerja, jangan la ganggu kerja aku kerja yang memang bukan kerja aku pun. Apa yang aku buat orang tak nampak, jadi orang x percaya bila aku kata aku banyak kerja kerana kerja yang aku buat bukan arahan dari negeri tapi tugas2 di daerah, sebenarnya semua boleh buat, tapi kalau harapkan aku sorang je yang buat memang tak mampu, mana sama kalau ramai staf dengan seorang staf, aku pun perlu berehat, kerja dengan keadaan terkejar2, tercari2 tergesa2 MasyalAllah aku tak mampu. Aku pun manusia bukan robot bukan jugak mesin. Aku pun ada rasa hati dan perasaan. Tak salah kalau sara itu membenci, kerana aku juga ada hak sebagai manusia biasa, tapi siapa lah aku, dan siapa lah yang tahu. Adakalanya aku sedih yang amat.......... hanya kerana sikap manusia yanglepas tangan.
Andai aku diperlukan teruskanlah hayatku, andai hayatku menambahkan kemudaratan kau ambillah nyawaku...........

Khamis, 10 Februari 2011

Tension !!!!!!!!!!!!!


Masyakallah, tak tau dari mana nak mula untuk aku katakan rasa macam nak terjah je aaa.. Tapi yang nyata aku rasa tertekan sangat dengan kerja yang bertubi-tubi dari sana, sini dan situ.


Sebenarnya apa yang berlaku adalah pengajaran untuk aku supaya lebih bersedia dan perlu sentiasa belajar agar tidak menjadi seorang yang "pandai cakap, tak pandai kerja".


Dalam kerjaya semestinya aku nak buat yang terbaik. Tapi kadang2 perasaan lain mengganggu untuk aku melakukannya. Sama ada suka atau tidak terpaksa buat kerja yang bukan kerja sendiri, dan terpaksa buat kerja yang bukan aku sendiri punya kerja. Sampai bila agaknya aku mampu bertahan, setakat ini pun rasa dah x boleh tahan. Tersangat la benggang, terkejar sana sini, tapi kerja sendiri x siap.


Aku da dapat baca da, pada awl bulan selalunya memang banyak kerja yang sedia ada aku memang cukup maklum. Masalahnya kalau kerja yang tidak terduga. Kenapa la aku rasa jadi macam x tahannya....


Bosannnnnnnnnn.............................

SESEDAP RASA