Isnin, 19 Julai 2010

Sambal Telur Hancur



Bahan :


1. 1 biji bawang putih
2. 2 biji bawah merah kecil
3. seruas halia
4. 1 biji bawah merah besar (dipotong bulat)
5. 3 senduk lada kisar
6. 4 biji telur ayam
7. sedikit air asam jawa
8.1 1/2 senduk kecil minyak masak
9. perasa garam dan gula secukupnya


Caranya :

bahan 1-3 diksar. panaskan kuali dan panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi, apabila naik bau masukkanbawang besar yang dipotong bulat tadi, kemudian masukkan pula lada kisar kacau dan biarkan seketika masukkan pula air asam jawa. Masukkan perasa dan kacau lagi, biar sambal naik minyak. Setelah itu kecilkan api dan pecahkan telur sebiji demi sebiji biarkan telur cukup masak dan palingkan. Apabila telur sudah cukup masak, tutup api dan siap untuk dihidangan.


p/s : telur boleh dihancurkan semuanya atau sedikit hancur, terpulang kepada masing-masing.

Ahad, 18 Julai 2010

Kacang Panjang Belada Cara Ida


BAHANNYA :

1. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
2. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dihiris
3. 2 BIJI BAWANG MERAH – dihiris
4. IKAN BILIS SECUKUPNYA
5. SEDIKIT BELACAN
6. 3 SENDUK BESAR LADA KISAR
7. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
8.10 TANGKAI KACANG PANJANG


CARANYA :

Tumis bahan 2-5 bila sudah naik bau, masukkan lada kisar serta masukan garam dan gula. Setelah minyak pecah masukkan kacang panjang sehingga setengah masak dah selesai.

P/S : Bahan 2-5 boleh juga dikisar.

SESEDAP RASA