Isnin, 21 Disember 2009
Tenggiri Masak Kari Cara Ida
BAHANNYA :
1. 1 ULAS BAWANG PUTIH
2. 2 ULAS BAWANG MERAH
3. 1/2 INCI HALIA
4. 1/2 SENDUK LADA KISAR
5. 1/2 SENDUK SERBUK KARI IKAN (dibancuh dengan air)
6. 1 MANGKUK KECIL SANTAN
7. 1 EKOR IKAN TENGGIRI (potong ikut citarasa)
8. SEDIKIT AIR ASAM JAWA
9. MINYAK SECUKUPNYA
10. GARAM, GULA SECUKUPNYA
TAMBAHAN :
LOBAH DI POTONG BULAT
BENDI
CARANYA :
Pastikan bahan 1-3 dikisar, kemudian panaskan minyak tumiskan bahan 1-3 yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan lada kisar dan serbuk kari kacau biar sebati. Biarkan lama sedikit agar lada benar-benar masak, kemudian masukkan air asam jawa dan santan serta garam dan gula, kacau sentiasa kuah agar santan tidak pecah, masukkan juga bendi dan lobah sebagai tambahan. Setelah kuah mendidih masukkan ikan pula, perlahankan api agar kuah tidak kering, apabila ikan sudah cukup masak tutup api, lauk sudah siap untuk dihidangankan.
Isnin, 14 Disember 2009
Ikan Sumbat Masakan Ida
BAHANNYA :
1. 3 EKOR IKAN CARU
2. 2 BIJI BAWANG MERAH
3. 1 ULAS BAWANG PUTIH
4. 1 INCI HALIA
5. 1 BATANG SERAI
6. 3 SENDUK LADA KISAR
7. SEDIKIT AIR ASAM JAWA
8. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
9. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
CARANYA :
1. 3 EKOR IKAN CARU
2. 2 BIJI BAWANG MERAH
3. 1 ULAS BAWANG PUTIH
4. 1 INCI HALIA
5. 1 BATANG SERAI
6. 3 SENDUK LADA KISAR
7. SEDIKIT AIR ASAM JAWA
8. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
9. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
CARANYA :
Ikan dibelah dibahagian belakang dan di buang isi perut. Setelah dibersihkan ikan tersebut dilumur dengan kunyit dan garam. Kemudian digoreng dan di ketepikan. Manakala untuk membuat intinya pula, kisar bahan 2-5 sehingga lumat.
Tumis bahan yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan lada kisar kemudian masukkan air asam jawa serta garam dan gula secukupnya. Biarkan lada masak menjadi kering.
p/s : Pastikan sambal tersebut kering dan garing.
Khamis, 3 Disember 2009
Manik Pintal 3 Warna Berbunga
Rabu, 2 Disember 2009
Manik Pintal 2 Warna Dengan Bunga
Langgan:
Catatan (Atom)