Isnin, 23 November 2009

Manik Jurai di lengan Dan Tabur di dada

Inilah antara jahitan yang terkini, sangat memuaskan hati, apabila kerja tangan sendiri terhasil. Fokus di berikan di bahagian lengan dan dada.

Manik urai ini hanya dibahagian lengan



baju yang kosong dihiasi dengan manik irau ini kelihatan lebih menarik.



Jahitan manik tabur pula di tumpukan pada bahagian leher, jahitanya pula lebih labuh ke bawah dan sesuai untuk yang memakai tudung.



Khamis, 19 November 2009

Manik Pangkah

Jahitan manik nie dah lama juga, tapi ini antara kesukaan aku, kerana ia menarik dimata aku, walaupun tak terdapat pada oang lain yang menjahitnye kerana ia adalah idea sendiri.


Seperti biasa jahitan manik kebanyakannye hanya di bahagian lengan sahaja.











Rabu, 18 November 2009

Juraian Manik

Jahitan manik ini tertumpu di bahagian lengan yang mempunyai 2 lapisan kain. Kain merah yang dibahagian dalam yang lebih panjang dihiasi dengan jahitan manik pintal dengan 2 warna iaitu merah dan kuning.



Manakala lapisan ke 2, kain kuning di hiasi dengan jahitan manik separuh bulat dengan 2 juraian menggunakan 2 warna berbeza.





Yang terakir sekali jahitan ini diakhiri dengan jahitan naik panjang sebaris, dan inilah hasilnya. Idea dari melihat surat khabar majalan, kemudian terhasilnya jahitan ini, khas untuk bahagian lengan.







Isnin, 16 November 2009

Melodi Manik Pintal

Jahitan manik ini dimulakan dengan jahitan manik pintal. Apabila siap manik pintal, jahitan di sambung dengan jahitan manik naik turun dengan gabungan 2 warna denganberselang seli. Akhirnya jahitan manik ini aku namakan sendiri melodi manik pintal.

Jahitan ini fokus di bahagian pergelangan tangan







Khamis, 12 November 2009

Manik Pintal

Ini adalah antara jahitan yang terbaru, manik pintal mengunakan hanya 1 warna sahaja. Lebih cantik kalau ada 2 atau 3 warna.









Manik Panjang Bersilang

Jahitan manik yang biasa, seperti biasa dan ia juga idea sendiri.


Jahitan di bahagian pergelangan










Rabu, 4 November 2009

Manik Jelujur

Jenuh jugak nak jahit manik nie. Yang buat susah kerana nak jahit satu persatu. Apa pun bila dah siap, memuaskan. Kenapa saya namakannya sebagai manik jelujur, ini kerana ia serupa dengan jahitan jelujur.


























Ahad, 1 November 2009

Manik Susunan Ringkas

Jahitan manik ini di buat kopi dari baju beli dah siap jahitan manik. Mudah saja dan cepat siap.

jahitan di pergelangan tangan










SESEDAP RASA