Rabu, 18 Oktober 2023

Si Kiki

Dalam hati da tak de hati nak ada haiwan peliharaan lagi. Alhaklum la, sedih dan kesian dengan nasib kucing-kucing yang dipelihara tidak dapat layanan sebaik mana kita layan. Selain 2 ekor jantan yang terlepas keluar dari rumah. Seekor yang bernama HERO masih ada di sekitar kuarters kerana dah jadi stray cat dari sebelum pindah lagi. Yang seekor lagi namanya SUN memang tak pernah keluar rumah, tetapi kerana ditinggalkan dia melarikan diri dari tingkap dapur, terus tak dapat dikesan.

Si ibu dan anaknya MOON diberikan kepada ex boyfriend, dia suka rela nak jaga, dia suka sebab kucing tu bulu kembang. Si Moon pun hilang dalam jagaan dia. Mana tak hilang, dikurung je dalam sangkar. Masa aku yang jaga Moon bebas dalam rumah termasuk la bilik aku malah seluruh kawasan rumah dia boleh pergi. Sedih sangat sebab tak dapat jaga mereka sampai hujung nyawa. Hanya sempat lihat dari lahir sampai menjadi remaja. Aku pun berpindah ke Johor Bahru.


Isnin, 16 Oktober 2023

AYAM MASAK BLACKPAPER



 Ini namanya resepi memikat suami, maklum le baru bersuami. Memang susah leee asyik tak kene je dengan selera dia.  Tapi yang ini dia suka, katanya “masak macam ni le hari-hari” dia nak puji sedap tu tak payah la berangan. Yang penting kita dah masak.

Khamis, 12 Oktober 2023

Masak


Masak ni bukan tak biasa bagi aku, malah perkara biasa dan aku suka, terutamanya bila sudah bergelar isteri satu ketika dulu. Masa tu Alhamdulillah aku sentiasa usaha untuk tambah menu untuk family dan salah satu cara aku selalu beli majalah Mingguan Wanita, dimana di tengah-tengah halaman majalah itu di selitkan pelbagai resepi bersaiz A5. Jadi pelbagai resepi aku ada, cuma cari yang mudah untuk cari bahan-bahan dan mudah juga untuk memasak.

Khamis, 5 Oktober 2023

Taste

Sebenarnya yang betul-betul rapat dengan aku sangat tahu taste aku macam mana. Maksud aku lelaki idaman hati hahahaha. Aku sebenarnya suka lelaki yang kurus lebih kurang macam aku. Ketinggian tak kisah, tinggi dari aku atau tidak. Warna kulit aku lebih suka gelap daripada aku. Soal kerja sebenarnya aku kisah tak kisah le jugak. Apa yang penting lelaki tu mampu tanggung aku, bukan aku tanggung dia.