Rabu, 10 Jun 2020

Kuih Lapis Pandan



Itu dia, bukan senang ye saya nak buat kuih muih traditional ni, ni pertama kali cuba, alhamdulillah jadi, ikut resepi sebiji-sebiji. Jadi boleh la kongsi resepinya disini, untuk rujukan next time boleh buat lagi dalam kuantiti banyak.


Bahan-bahan :

1. 125 gram tepung beras
2. 125 gram tepung ubi kayu
3. 25 gram tepung pulut
4. 100 gram gula
5. 1 kotak/200 ml santan
6. 300 ml air
7. 1/2 sudu kecil coconut pandan emulco dibancuh bersama 25 ml air @ 25 ml jus pandan
7. 1/2 sdt garam
8. Sedikit minyak @ mentega @ butter

Caranya :

Satukan kesemua bahan kecuali jus pandan. Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan ketepikan, lagi 1 adunan letak jus pandan. Panaskan kukusan, sapukan minyak @ marjerin @ butter pada loyang. Masukkan adunan pandan dan kukus selama 7 minit. Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit lagi. Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik.

NOTA: Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5minit, supaya wap air atas kuih kering dan kuih tak cepat basi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan