Selasa, 9 Jun 2020

Apam Balik Homemade



Selama ni asyik beli je kan. Ini kali la try buat sendiri jimat dan sedap,lagi pun boleh tambah jagung banyak- banyak ikut suka kita tak kena caj.



Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan air.
1/3 cawan gula.
2 biji telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
1/2 sudu kecil esen vanila.
1/2 sudu kecil garam.
Sedikit pewarna kuning telur.

Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)

Caranya :

Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang. Masukan baking powder,yis ,minyak, garam, pewarna dan  air blend lagi. Kemudian masukkan tepung dah siap. Biarkan 1 hingga 2 jam @ Sekurang- kurangnya 1-2 jam. Funakan kuali non stikc dan tak  perlu guna minyak.

Tuangkan tepung adunan tadi ikut saiz dan ketebalan yang diingini, biarkan dengan api kecil atau sederhana. Apabila tepung mula membantu lubang- lubang kecil dan berubah warna itu tandanya tepung sudah masak. Sapukan majerin, kemudian tuangkan jagung ikut suka nak letak banyak mana, taburlan kacang tanah dan gula, biarkan seketika. Siap untuk diangkat dan dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan