Isnin, 29 Januari 2018

Isnin, 22 Januari 2018

Ayam Bakar Cili Padi pedas Meletop Mek Da




Bahan-bahan :

2 Bahagian ayam (Saya pilih thigh)
Garam dan gula secukupnya 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar kicap 
1 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)

Bahan kisar @ tumbuk
1 btg serai 
4 ulas bwg putih 
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi (lebih kan jika nak tambah pedas)
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup 
1 biji kiub ayam 
  
Caranya
campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula. Sapu pada keseluruhan ayam, saya bungkus guna aluminium foil dan perap  semalaman dalam fridge. Kalau nak masak cepat 1 jam pun da ok.
Saya bakar guna pemanggang ajaib, Itu yang isi ayam tu lembab2 sikit dan berjus, jus ayam itu Saya buat pencicahnya.

Kalau nak bakar dalam oven pulak guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok2 api, jangan kering sangat.

Ahad, 21 Januari 2018

Anak saya Sudah!!!!



Alhamdulillah, tak nak lepaskan peluang yang diberikan kerajaan, saya korbankan simpanan sebagai pendahuluan untuk RM500 sebagai simpanan untuk membuka akaun di SSPN1M untuk mendapatkan Geran Sempadan berjumlah RM500 dari kerajaan. Perkongsian dari rakan-rakan buat saya teruja untuk membuka akaun secepat mungkin kerana bimbang terlewat atau habis untuk dapat geran ini,  geran ni hanya untuk 500,000 pelajar terawal sahaja, itu yang saya segera ke PTPTN untuk membuka akaun, dan memang rezeki Anak sebab  hanya anak 7 hingga 12 tahun atau bersekolah rendah je yang berpeluang untuk mendapat iniseatif ini

Rabu, 17 Januari 2018

Aroi Thai


Destinasi Jalan-jalan cari makan saya kali ini di Aroi Thai, semestinya makanan Thailand kan. Terletak di Ayer@8 di Presint 8. Sebenarnya kebetulan ada urusan disini, terpana pulak mata ke arah bunting yang di letakkan di kaki 5 kedai makan ini. Teruja untuk mencuba kerana agak menarik minat dengan harganya.

Khamis, 11 Januari 2018

Servis Berbayar



Berakhirnya servis kereta percuma dari produa setelah tamat tempoh 3 tahun pada tahun lepas. Makanya dari hari ini dan seterusnya kosnya agak tinggi berbanding sebelum ini. Walaupun ada pilihan untuk servis di tempat lain dan mungkin juga lebih murah tapi saya masih memilih untuk terus servis disini.

Rabu, 10 Januari 2018

Selasa, 9 Januari 2018

Beg Galas Vincci


Beg ni saya beli kerana kerja yang banyak bergerak, jadi beg begini lebih fleksibel untuk digunakan dan tidak menggangu tanggan untuk memegangnya selalu, cukup sandang di bahu.

Sabtu, 6 Januari 2018

Khamis, 4 Januari 2018

cat Baru

Sekian lama menunggu masa akhirnya dapat jugak aku selesaikan masalah kereta yang sudah setahun lebih tidak di cat akibat kemalangaan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya. 

Rabu, 3 Januari 2018

Back To Old School

Alhamdulillah selepas menunggu kelulusan pertukaran selesai, keperluan sekolah pun telah selesai lama seawal cuti sekolah bermula, maka tahun ini  Asyraaf kembali ke sekolah lama semula. Dia pun seronok dapat jumpa kawan-kawan lama.

Selasa, 2 Januari 2018

Fizomawar Kitchan


Saya biasa ke Bangi, bila pertama kali terpandang signbort, rasa macam wow!!! kedai makan artis pun ada dekat sini, ceh!!!! jakun, memang laaaaa. Tak jauk dari kedai makan ini pulak ada tudung si isterinya Fareeda. 


Isnin, 1 Januari 2018

Festival Lampu 2017 & Sambutan Tahun Baru 2018

Festival Lampu 2017 dah bermula pada hari khamis, tetapi hari rabu malam aku ke bank. Bank in duit member nak pinjam. So dapat la merakamkan aktiviti utama tayangan digital yang dipancarkan ke bangunan Istana Kehakiman, sebelum majlis rasminya. Masa majlis perasmian hari khamis lepas balik dari masjid memang dah nampak pun terlalu banyak kenderaan. Asyraaf suruh singgah, tapi malas la esoknya kerja. Tengok keadaan pun memang tahu ramai lautan manusia. So baik la balik rumah, terus tidur.