Isnin, 1 Januari 2018

Festival Lampu 2017 & Sambutan Tahun Baru 2018

Festival Lampu 2017 dah bermula pada hari khamis, tetapi hari rabu malam aku ke bank. Bank in duit member nak pinjam. So dapat la merakamkan aktiviti utama tayangan digital yang dipancarkan ke bangunan Istana Kehakiman, sebelum majlis rasminya. Masa majlis perasmian hari khamis lepas balik dari masjid memang dah nampak pun terlalu banyak kenderaan. Asyraaf suruh singgah, tapi malas la esoknya kerja. Tengok keadaan pun memang tahu ramai lautan manusia. So baik la balik rumah, terus tidur.


Memandangkan dah cakap dengan Asyraaf umpama berjanji dia menuntut dah kata nak datang pada hari Ahad kerana ada bunga api sempena tahun baru maka aku pun bawak la dia. Lepas Magrib kami pun bergerak. Tak jauh mana pun 3 KM je. Tetapi jalan sudah mula sesak dengan kehadiran orang ramai. Alhamdulillah aku dapat parking dengan mudah.

Asyraaf suka la, beli la skaf lampu sorang 1. Lain-lain aku tak layan apa yang dia nak. Hanya makan aje boleh. Ye... makan pun di situ je memang banyak food truck disediakan, malah food area pun ada, bermacam-macam pilihan makanan. Asyraaf dah makan dulu, itu pun air teh aku terjatuh ke jalan, dek kerana dia tak pegang betul-betul. Mujur da rasa tak le kempunan. Aku pulak order mee wantan  di food truck yang berlainan lambat le pulak, lepas tu bagi orang lain dulu. Sudahnya aku tinggalkan je. Tak layan sudah banyak lagi makanan ditempat lain.

Berjalan la dengan lautan orang, memang ramai, pengaraca pun ada umumkan seramai 50,000 orang yang hadir. Jadi ambil la gambar sebanyaknya kerana banyak masa sementara nak menunggu detik 12 malam,  memang banyak monumen-monumen yang dibuat pelbagai bentuk, design dengan idea yang berkonsepkan lampu dan cahaya. 

Puas la berjalan rasanya 10,000 langkah dah lebih agaknya hahaha.... Saje bawak bujang tu, kalau jauh memang tak akan aku pergi la. Tak kuasa nak bersesak-sesak. Lepas beli makanan dan dah puas berjalan cari  la port nak duduk, mujur ada ruang sedikit untuk aku 2 beranak, kami tengok la balik tayangan digital lampu ni. Sambil makan kambing golek hehehe...

Selesai majlis aku tunggu dulu tak terus bergerak, sesak jalan. Kemudian bila dah gerak Asyraaf pulak nak buang air, singgah toilet lagi, wah!!!! ramai macam nak terima wang BR1M kikikiki.. Rupanya tak habis disitu, Sesaknya sampai kenderaan tak bergerak. Ya Ampun 3KM je kot. Yang pelik semua yang keluar ada pulak yang nak masuk. Lagi la tak bergerak kenderaan.

Sampai di trafic light, aku pun turun kereta, tak tahan da lama sangat tunggu, mereka yang menghala nak masuk tu aku tanya 1 persatu buah kereta, mereka nak kemana, ada yang nak balik, ada yang baru sampai. Aku bagi laluan terus, suruh balik majis dah habis. Aku tanya nak kemana suruh lalu jalan yang sama. Masuk jalan yang ditutup buat apa semakin sesak jalan dan kerana itu kereta dari arah aku tak bergerak.

Kemudian baru la lepas, rumah tak jauh pun 3 ke 4 KM je. Tapi dekat 3 ke 4 jam atas jalan. Baru aku percaya yang kehadiran orang ramai memang mencecah 50,000 bila keadaan begiti rupanya.

So lain kali tak payah  la pergi tidur kat rumah lagi baik. pembuangan masa sangat rugi dan membazir masa dan tenaga hahahaha....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan