Khamis, 11 Januari 2018

Servis Berbayar



Berakhirnya servis kereta percuma dari produa setelah tamat tempoh 3 tahun pada tahun lepas. Makanya dari hari ini dan seterusnya kosnya agak tinggi berbanding sebelum ini. Walaupun ada pilihan untuk servis di tempat lain dan mungkin juga lebih murah tapi saya masih memilih untuk terus servis disini.

Macam biasa la kalau nak servis sama ada ikut tarikh yang ditetapkan Ceh!!!! sekarang nak servis main whatapp2 je beb, hahaha dasyat. Memandangkan kali ini semuanya berbayar, saya servay la harga servis bagi sebuah kereta. Untuk sediakan duit, bimbang duit tak cukup nak bayar nanti payah jugak kan 1 lagi bimbang harganya terlalu mahal.

Sebenarnya dah selesa, walaupun terpaksa menunggu lama di pusat servis. Dapat la payung percuma, walaupun dah dapat payung malah tak gunakan pun. Orang da bagi ambik je jangan banyak sangat cakap hahahaa... 

Bayangkan sebelum-sebelum ini, saya hantar je servis, apa yang dia servis saya tak pernah kisah, tak pernah tengok pun bill, tak tahu apa yang mereka servis. Baru sekarang ni nak ambil tahu  huhu. Kata nak buat itu dan ini, aku pun tak faham, mintak persetujuan kita, bersetuju dengan harga yang dikenakan  barulah proses servis kereta dilakukan. 

Siap tinggal bayar je dengan jumlah yang telah di sebut msa perbincangan tadi. Aku masih blurrr sebenarnya. Apa pun tak tahu pasal kereta. Yang aku tahu isi minyak, isi angin... alamak da lama kereta tak isi angin, haha dan servis kereta. Harap-harap kereta aku tak meragam la gamaknya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan