Selasa, 26 Disember 2017

Paramount Coffee House



Tau tak berapa punya kali la nak ke sini asyik silap je. Mula-mula nak ke sini, rupanya salah alamat hahaha  ke tempat lain. Ke 2 dah sampai dah duduk, siap da tulis dalamorder  form, tub-tub dia kata dah tutup hang ghase, hempeh beno kecewanya, dah duduk ni tau dah duduk hwaaaa.




Hari ni sekali lagi gigih ke sini semata-mata nak try sesuatu yang baru yang lain dari yang lain yang saya pernah makan sebelum ini. Semuanya percubaan buat pertama kali, Sebab nak tau apa istimewanya menu tu yang buat Saya teringin sangat. 


Hidangan datang satu persatu, seperti biasa la kalau order yang sampai dulu air kan!! Asyraaf order Mango Juice manakala saya order Cucumba Peach Earl Grey. Rasanya wow!!! tak ada gula ke? ini memang baik untuk kesihatan hahahaha. Tapi orang yang seperti aku ni memang tak gemo air yang tak manis selain air kosong, kalau ada warna harus ada rasanya kwang kwang kwang... Rupanya Mango Juice pun tak manis, Alhamdulillah baik tuan kedai menjaga kesihatan customer. 



jadi sesampainya apple crumble saya pun terus makan berdua dengan wajah kesayangan hamba tanpa berlengah. Isi kandungan dibahagian bawah adalah out dengan ice ceam sehingga di atas, curahan sos yang saya sendiri pun tak pasti sama ada sos caramel atau sos epal atau puri epal, selain potongan epal yang nipis dan biskut pretzel.


Kemudian sampai pulak churros with nutella & peanut, ooowww... yang ini panas rupanya, sedapnya. Tertanya-tanya apa bahannya. Memang 1st try beb, harus la jakun, tapi buat-buat macam biasa la kan. Aku kan pandai belakon bab-bab macam ni bhahahahaa.





OK tak sempat nak habis  churros tu sampai la mix fruit waffle. Ini lah yang buat saya teringin sangat nak rasa. Saya suka la sebab waffle ni ranggup, cuma hiasan diatas waffle itulah flavor,dia tak de inti macam waffle biasa yang ada pelbagai flavor. jadi pencecah churros saya buat cicah waffle ni. Waffle ini agak tebal, jenuh nak masuk molut, kene potong kecil-kecil siap-siap untuk makan. OK sesiapa yang nak try dessert ini boleh try singgah sini. Nak bagi tau Tutup jam 10 malam tau, sebab bukak dari pagi. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan