Rabu, 27 Disember 2017

Mee Tarik Warisan Asli


Ini merupakan kali pertama saya mencuba atau makan  mee tarik original di Mee Tarik Warisan Asli Bangi ni. Memang sangat kenyal & sedap dikunyah, seolah-olah rasanya seperti magie malah rupanya juga cuma tidak kerinting je, tapi lagi sedap dan semestinya lebih berkhasiat. Istimewanya mee tarik ni dibuat di depan mata malah dibuat oleh warga cina dan ini semestinya satu perkara yang unik bagi Saya.



Saya order Mee Soup With Braised Beef, Sup dia biasa saja, warna gelap kuahnya, tapi menjadi sedap kerana mee tariknya, sungguh kalau makan tu macam kita makan magie belesup-lesup masuk molot, rasa tak puas selagi tak habis haaa gituwww.... hahahahaaa percaya sangat!! tapi sungguh begitulah perasaan saya apabila menikmatinya. Dah habis baru puas hati.







Manakala anak saya pula, makan Mee With Special Soup, mee yang sama hanya kuahnya berbeza, kuahnya agak pekat dengan gabungan daging hancur, cendawan dan hurisan kacang panjang, seakan-akan kuah spahgetti rasanya pun cukup rasa dan tidak pedas, dan semestinya mee tarik la pembuka seleranya.




Airnya pula macam biasa saje saya minum Teh O Cina, sebelum order saya order saya tanya manis ke tidak, dia kata ada letak gula, sekali sampai hwaaa... tawar, saya alergik... Manakala anak bujang saya minum oren juice. Dengan cawan yang dicetak khas kedai tu, termasuk la pinggan dan mangkuk.





Manakala persekitaran kedai ni agak bersih juga, lebih menarik kelihatan hijau saujana memandang hahahaha. Tempat solat juga disediakan bagus kan!!!! jarang-jarang jumpa selain kemudahan lain seperti tandas dan tempat cuci tangan. Ada ruang untuk VIP juga tetapi terbuka. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan