Khamis, 15 Jun 2017

wallpaper



Alhamdulillah sekali lagi aktiviti memasang wallpaper, sekian lama aku menunggu design dan warna yang diminati. Akhirnya tak sia-sia aku ke KAISON di Petaling Jaya, hehe jalan memang tak tau waze aku dah tak percaya. So now aku guna google map je. Sampai jugak. Siap ke My Town Cheras untuk menambah koleksi wallpaper yang ada, takut tak cukup.
Belinya minggu pertama puasa, pasangnya minggu ke 3 puasa, aka masa berehat dari sebarang solat. hehehehe Cuti berganti. Ambil masa lebih kurang 11 jam, termasuk la masa rehat, adoi!! aku  bukan robot. Alhamdulillah kali ni macam lebih mudah berbanding sebelum ni. Wallpaper ni berasingan dengan gam dan agak berkualiti berbanding dengan wallpaper kelabu sebelum ni. Buang wallpaper lama memang senang. Macam sampul plastik yang siap sedia jam just tarik je da tanggal.

Paling susah semasa nak mula iaitu bahagian tepi, ya ampun makan 1 jam ke lebih kurang. Tapi selepas tu, memang seronok, just cantumkan kerawang dia dan gam rapat-rapat tak perlu tindih antara yang lama dengan yang baru seperti mana yang aku pasang sebelum ni. Memang seronok sangat  dan puas hatitak terhingga. Wallpaper murah tapi nampak mewah seperti orang yang jual wallpaper tu.

Ok seterusnya kos, wallpaper ni harganya RM26.90, digunakan lebih kurang 2 suku roll sahaja. Selebihnya gam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan