Isnin, 5 Jun 2017

komersilkan air tangan


Tak sangka sebenarnya, masakah aku iaitu daging deng deng laris bila 1st aku jual di ramadhan ni. Alkisahnya. Kawan di Pejabat lama suka bercerita mengenai aku yang suka memasak ke masak sedap macam tu le lebih kurang. Sampai le ceritanya ke pejabat ni haaa. 

Ah!!! sudah ada pulak yang order suruh masakkan, dia tak pernah makan tapi da kata sedap. Masak le jugak ada la 2 kali, 1 kali kawan tempah untuk majlis sambut ramadhan dalam office jugak. 

Masing-masing suruh buat deng deng. Sudahnya aku buat jugak masak daging deng deng 3KG. dengan RM10 seberat 200g. Dapat la 17 mangkuk, dan kesemuanya habis Alhamdulillah rezeki.



Ada jugak yang tak dapat, so buat untuk kali ke 2 tapi 3KG je daging muat2 kuali besar aku tu. Tapi masak daging dalam jumlah yang banyak ni aku tak tumbuk bahan2. Semua blend, kalau tak bertahun tak siap. untuk daging 2KG dapat la 11 mangkuk, Alhamdulillah habis jugak. 

Aku terfikir, adakah rezeki ini kerana aku solat dhuha, ye rajin sikit andai ada kesempatan memang aku solat dhuha, ramadhan ni la hahahaha kalau tak malas tak payah cakap. Dhuha itu memang untuk peroleh rezeki. memang terasa lancar je, aku sendiri sebok tak sempat nak promot kat kawan2, tapi ada jugak yang nak beli. 

Buat sekadar suka-suka je, tapi notbed la, memang ada untung. Buat pun masa hujung minggu, hari biasa tak sempat. tak mampu dan tak larat. Terasa jugak nak promot untuk di luar office, tapi kene susuh strategi la.... biasa la, cari kawan2 luar jadi jabatan. 

Tapi itu la aku ni rancang nak menjahit, lom ada rezeli untuk itu, setakat ni. In shaa Allah nak Ikhtiar dapatkan mesin tahun ni jugak. In shaa Allah, kene rajin dhuha selalu hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan