Sabtu, 7 Januari 2017

Terus Terang


Siapa sangka tiba-tiba kawan-kawan lama membuat kemunculan kembali. Bukan seorang bukan dua. Malas rasanya nak aku coretkan disini, bimbang ada manusia yang suka dan sengaja buruk sangka dan menuduh membabi buta. Tapi dimana lagi tempat aku luahkan rasa hati ini jika bukan disini.

Penghujung 2016 memang aku tak menduga bila kawan-kawan lama muncul kembali. Ye lah,  mungkin boleh dikatakan sebagai takdir, perjalanan hidup kita kan telah tertulis di luh mahfuz. Aku sebagai pelakonnya melalui dengan cukup redha, aku dah tak mengharap untuk rapat dengan mana-mana lelaki.

Tapi itu lah hakikatnya, yang patah tumbuh hilang berganti. Orang lama yang aku kenal di Cari Jodoh pada tahun 2013 dulunya terhenti sekarang wujud kembali. Suratan atau kebetulan bila aku baru terperasan, mesej-mesej lama dalam FB. so aku pun balas la mesej satu persatu, ada yang aku kenal ada jugak yang aku tak kenal. Termasuk la mamat ni, dan sorang lagi, follower blog hakak pun hadoo.. beb.


Siapa tahu bila dia begitu teruja dengan hubungan ni. Lelaki pertama kot yang aku kenal dan duduk dekat dengan aku, Bangi je. Masih bujang dan belum pernah kahwin, hahahahaha memang le kan dan sebaya sebenarnya. Tinggi dan kurus orangnya, kulit hitam manis, berkaca mata. 

Aku tak kisah la kalau nak kawan, tapi dia ni lain macam sikit. Ke mana aku nak pergi dia nak tau aku ke mana, dia selalu tanya "hang p mana, hang p mana, hang p mana" hahahahaa tak le gitu, tapi memberi maksud yang sama. Rupa-rupanya teknik nak ikut aku keluar. Bila hujung minggu je, mula tanya aku nak ke mana. Aku kan..., biasa la ikut kepala aku. Rasa nak keluar bersiap terus keluar.


Dia pulak asal aku keluar kalau boleh nak ikut. Nak ke kedai perabot pun dia nak ikut. Adoi!!! kalau ikut bayarkan sekali best jugak kan. takat jadi bodygruad tak ya, tak selesa orang nak ngurat aku pun tak jadi nanti bhahahaha ade ke?????

Dah jadi satu kerja aku nak kene tunggu dia. Kalau aku gerak je kan da senang. Pernah jugak la aku bawak ke tahfiz Asyraaf. Adoi hai!! pergi balik aku bawak. Dari Putrajaya sarap di RNR kat sini pun buat aku panas hati, aku bertatur suruh dia cari tempat duduk dia boleh tak cari. Alasan ramai orang.

Macam-macam la bila dah kenal jadi tak berkenan, mengenai kerja aku tak kisah sangat. Tapi bila banyak perkara dia tak tau aku rasa pelik. Jauh sangat la dia dengan aku. Aku da banyak pengalaman hidup. Dia Still duk CC main game, Allah macam budak-budak.


Siap nak merajuk-rajuk. Aku memang tak layan la. Lama-lama aku tak nak jumpa. Mesej dia aku malas nak balas, sampai la satu hari dia tanya. Ingatkan aku merajuk. Memang mintak maaf la, aku hanya merajuk dengan orang yang aku sayang je. Siapa mungkin selepas jadi suami baru ada episod itu. Setakat kawan dengan lelaki aku tak suka aku reject terus. Kan!!!!!! senang je.

Aku akui dia memang baik orangnya, solat tak tinggal. Masa jalan-jalan dengan dia aku beli apa-apa dia yang nak pegang kan. Menarik perhatian aku jugak. Tapi itu lah, aku dengan dia memang tak sekufu. Dia boleh tanya kenapa aku tolak dia. Senang je jawab aku ada orang lain. Hakikatnya aku memang nak jauh diri dari dia.

Aku tak selesa bila kerap berjumpa, jadi lemas la, biasa bergerak sendiri, ikut masa sendiri, tiba2 nak kene tunggu orang. Aku dah siap orang tak sampai. Tak peke dan tak ada hasrat untuk mencuba. Sedang aku telah banyak pahit manis hidup dah aku telah, apa jua dugaan dan cabaran suka atau tidak harus tempuh, bukan beli alasan, aku tak boleh terima alasan kerana apa pun yang aku lalui aku mencuba. 

Tak apa lah, moga dia temui yang sekepala dan boleh terima dia seadanya. Aku tak mampu nak beralasan setiap masa semata-mata untuk mengelak dari berjumpa. Walaupun hakikatnya terpaksa melukakan lagi hati seorang insan bergelar LELAKI. Mana mungkin aku memilih semuanya. Hati ni tak mampu menipu. Aku perlu memilih dan memutuskan siapa pilihan aku, hanya berserah pada takdir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan