Selasa, 3 Januari 2017

Penghapus Dosa Kecil


Setahun aku sakit, haaaa gituww... mana tidaknya hujung tahun 2016 bersambung awal 2017. Alhamdulillah sakitkan penghapus dosa. Dari sakit tekak, hilang suara, sakit belakang, demam sekejap2, batuk, selesa pun sekejap, last kene ceret beret. Peh!!!! pekej sakit untuk setahun hahahaha.
Tapi memang mencabar jugak la bila kene ceret beret. Ini kes paling teruk berbanding sebelum ni. Melebihi 12 jam walaupun makan ubat, tetap lambat baik. Sempat jugak lapor diri di KKMM. Bila perut masih rasa tak selesa, memulas-mulas. Aku ke Klinik lepas lapor diri.

Alhamdulillah dapat MC. tapi bukan untuk sedap-sedap. Aku kene tegur Doctor, sebab tak makan. Aku takut terceri beri... lagi. So balik dari klinik aku pun terus cari makan, bungkus je makannya kat rumah. dapat la makan, tu pun x habis, makan sikit2. Terlepek je la seharian di bilik. 

Nak kata makan banyak tak jugak, tak lalu tapi tiba petang terburai muntah. Penuh satu toilet. Aku tinggalkan je dulu. Makin tak larat badan. Eeemmm.... macam ni la aku kalau tak sihat. memang terlepek je macam da nak mati beno. Tapi sebenarnya aku pun dah lama tak sakit.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan