Khamis, 28 Januari 2016

Niat Tercapai..



Memandangkan si bujang tiada disisi, aku mula mengisi ruang kekosongan khususnya pada waktu malam dengan melepak di Masjid kegemaran aku, sampai sebelum magrib balik selepas isyak. Tetapi setiap Khamis malam jumaat seperti biasa akan diadakan yasinan dan tahlil selepas magrib malah disediakan air mineral selepas tahlil boleh diambil oleh jemaah. 

Rabu, 27 Januari 2016

Ahkirnya Kini Pasti.......


Alhamdulillah akhirnya terjawab sudah penantian. Walaupun hati ni tak berapa rela untuk pergi menghadapi cabaran tugas yang masih tak pasti, tapi aku akan melangkahkan kaki jua. Hidup ini satu perjuangan, perjuangan perlu pengorbanan, pergorbanan yang diredhainya pasti akan ada ganjaran andai kita ada kesungguhan in shaa Allah.

Isnin, 25 Januari 2016

Tamu Tak Di Undang

Pada hari Ahad lalu, selepas selesai solat Asar aku tengok phone belek2 caj masuk ke tidak, maklum le tab aku bermalasah beberapa bulan ni, macam nak mintak ganti. Tiba2 aku di sapa seekor kucing yang senang menjengah aku dari pintu bilik, masyak Allah terkejut monyet aku, mana datang pulak kucing ni, betul-betul kucing ke? jelmaan ke?, pintu tak pernah dibiarkan terbuka, tingkap sentiasa tertutup, tempat sidai baju pun dah dipasang jaring, jangan kata kucing, nyamuk pun x boleh lepas.

Rupa-rupanya.. dia masuk dari balkoni, pintu sliding door terbuka luas, biasa la aku kalau hari cuti dan bila ada di rumah baru dibuka balkoni tu. Aku bagi la makan, makanan kucing yang aku beli masih tak habis lagi. Nak aku tangkap kucing ni agak liar n takut orang.

Khamis, 21 Januari 2016

iron panasonic



Tadaaaa..... Itu dia hijau lagi warna yang menjadi keutamaan dan kegilaan aku buat masa ini. Seperti biasa jenama pilihan tak lain tak bukan Panasonic. Telah meyakinkan sejak berkurun LA Anya. Ceh!!!!! Ayat ni kalau Panasonic baca mesti jadikN aku model dia hahahahahaha.....

Isnin, 18 Januari 2016

NZ Lamb Chop

Bersama anak-anak dara, maka berjalan la untuk meraihkan office mate yang nak bertukar, tak jauh pun tukar bahagian je. Memandangankan team kami yang dulu 5-6 orang tinggal la 3 orang geng bergossip.

Ahad, 17 Januari 2016

Berkurung

Buat apa datok harimau, buat bodo hahahaha.... itu la aku sepanjang 2 hari bercuti. Memang best rehat-rehat buat apa yang aku suka. Kat mana datuk harimau??????? rumah aje hahaha, jimat sesangat, duit tak keluar, kereta tak jalan aku keluar buang sampah je, aku memang suka duk rumah.  

Jumaat, 15 Januari 2016

Menunggu Keajaiban Nya


Bila diberi peluang ke langkawi dan terlibat secara langsung bagaimana aktiviti YB. Aku dah boleh merumus bahawa bekerja dengan dia memang pasti akan sentiasa out station. Kerja yang sangat rencam dan ada cabaran yang bakal menanti, maklum la kerja di Pejabat Timbalan Menteri.

Khamis, 14 Januari 2016

Jom Kita!!!!!




Syukur Alhamdulillah, walaupun Asyraaf tiada di sisi, aku masih ringgan kaki untuk ke Masjid. Kalau dulu aku ke Masjid untuk hantar anak mengaji setiap Isnin, Selasa sebelah malam dan semp[at untuk Jemaat sama ada Magrib kalau tak sempat Isyak sahaja manakala mengaji pada hari Sabtu sebelah pagi, jadi aku tak masuk Masjid, tunggu di kereta je. 


Rabu, 13 Januari 2016

Jadi Gaduh

Kesinambungan mengenai anak yang masih tak selesai lagi. Hidup baru dia memang la sedih. Mungkin bagi dia indah khabar dari rupa. Nak buat macam mana ini lah dinamakan kehidupan, dan semestinya hidup kita ini tak mampu menjadi sempurna. 

Isnin, 11 Januari 2016

Cerita Duka Si Anak Teruna

Nampaknya 2016 merupakan episod duka dan sukar bagi Asyraaf. Kemasukkan dia ke Tahfiz mengubah 360 darjah aktiviti sehariannya, dari sitem pembelajaran, kawan-kawan, tempat tinggal, tempat makan, tempat tidur, tempat mandi dan lain-lain.

Khamis, 7 Januari 2016

Tahun Baru Nan Sunyi

Masih tak terlewat lagi masuk ke 2016. Dalam keadaan yang berbeza pada tahun ini, untuk saat ini. Aku sendiri memandangkan Asyraaf dah belajar di tahfiz. Rasa janggal dan tak biasa lagi. Memang kurang aktivitinya, malah lebih senyap dari biasa.

Rabu, 6 Januari 2016

Kaya hahahaha...............

Apa azam tahun baru anda??? Aku nak kaya hahahaha..... macam gila kan. Nak kata keturunan bangsawan memang la tak, nak kata anak jutawan pun tak jugak, anak GETAHWAN je, itu pun dulu la ni  da x dok jugok. Nak kata berlaki orang kaya, lagi la tak kan, laki pun tak hadoooo.... ko hadoooo... hahahahaha biol sekejap.

Hahahaha.... banyak2 bende kaya pulak aku nak fokus. Ye la. Kalau kaya boleh buat masjid ke, rumah orang tua2 ke, bukak rumah anak yatim ke, bukak tahfiz ke, bantu orang susah ke.

Selasa, 5 Januari 2016

Sekolah Baru


Pertamanya untuk 2016 ucapan syukur Alhamdulillah kerana niat untuk masukkkan Asyraaf ke tahfiz telah pun selesai hari ini. Selepas beberapa insiden yang " macam lucu je macam kelam kabut je" telah berlaku, memang sungguh meletihkan, apa pun semuanya telah selesai iaitu urusan pembelian keperluan sekolah Asyraaf.

Namun ini bukan jalan penyelesaiannya, atau masalah belum selesai kerana esok lusa masih tak tahu perkhabaran si bujang senang hamba, sama ada boleh meneruskan atau sebaliknya. Tetapi tinggi harapan aku supaya dia boleh menuntut ilmu khususnya tahfiz Al-Quran, kalau tak sehingga ke Al-Azhar khatam Al-Quran pun jadi la.