Isnin, 11 Januari 2016

Cerita Duka Si Anak Teruna

Nampaknya 2016 merupakan episod duka dan sukar bagi Asyraaf. Kemasukkan dia ke Tahfiz mengubah 360 darjah aktiviti sehariannya, dari sitem pembelajaran, kawan-kawan, tempat tinggal, tempat makan, tempat tidur, tempat mandi dan lain-lain.


Sebelum ni semuanya urusan dibawah tanggungjabwab ibu dia, balik sekolah mengadu dan bercerita dengan ibu dia, makan disediakan dan memimpin bacaan doa, nak mandi pun tunggu ibu dia jadi tarzan terjerit-jerit, nak tidur pun dengan ibu sama2 mintak maaf, sama-sama baca doa tidur, nak bangun tidur pun ibu dia yang kejut sambil bergurau baru bangun tidur mood OK, kalau kene marah mula le nak nangis, potong kuku pun ibu dia buatkan lagi, mandi pun kadang2 ibu dia yang sentalkan badan tapi sekarang semuanya dah tak de, ibu pun dah jauh.

Aku hanya mampu berdoa sehingga tak sengaja menitis air mata supaya dia sentiasa cekal, tabah, sabar, hanya itu yang aku mampu bila berjauhan begini. Ye!!! nampak macam zalim, dalam usia muda belum pun mencecah 10 tahun dia perlu belajar berdikari. Tapi untuk ke tahfiz pada usia begini la sebaik-baiknya. Dengan minda yang belum dicemari dengan anasir-anasir tidak sihat.

Memang sedih apabila jumpa dia, seperti biasa aku nak dia bercerita pasal keadaan baru dia, semua tak best, nak tukar sekolah la, tak de kawan la, kene cubit dengan mak tiri la maklum la tak duduk asrama minggu lepas, sempat tidur semalam je di asrama, bapaknya dah bawak balik, sebab dia tak biasa.

Lebih mengharukan bila nak kembali ke tahfiz semula, dah sampai , nak sarapan la, nak jalan-jalan la, rupanya tak nak masuk sekolah dengan macam-macam alasan pulak. Berejam jugak aku memujuk, sampai aku terpaksa ugut, baru dia takut. Biasa la dia bukan tak tau bila ibu dia naik hantu kang haaa... lebih hantu daripada hantu.

Apapun semoga dia mampu menjadi tahfiz, kalau tidak pun khatam al-Quran. Aku ingin melihat dia menjadi anak berilmu dan beramal. Mudah-mudahan jalan yang aku pilih ini diredhai olehNya amin!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan