Rabu, 6 Januari 2016

Kaya hahahaha...............

Apa azam tahun baru anda??? Aku nak kaya hahahaha..... macam gila kan. Nak kata keturunan bangsawan memang la tak, nak kata anak jutawan pun tak jugak, anak GETAHWAN je, itu pun dulu la ni  da x dok jugok. Nak kata berlaki orang kaya, lagi la tak kan, laki pun tak hadoooo.... ko hadoooo... hahahahaha biol sekejap.

Hahahaha.... banyak2 bende kaya pulak aku nak fokus. Ye la. Kalau kaya boleh buat masjid ke, rumah orang tua2 ke, bukak rumah anak yatim ke, bukak tahfiz ke, bantu orang susah ke.



 Tapi sebelum tu senangkan family dulu, hajat nak bawak mak p haji tapi aku sendiri pun daftar haji tak lagi.Dapat bawak family kecik aku ni pergi jalan-jalan di pantai pun OK. Tapi setakat ni tak mampu lagi. Tapi dalam kepala macam-macam perancangan.

Yang paling best kalau kaya dah tak payah kerja, duk rumah buat kek ke, masak sedap2 ke, menjahit ke, mengemas ke, tengok tv ke tido ke.... tak pun pegi spa ke..... mak aiiii bukak spa sekali bestnya ... bestnya.... ini teringin je nak ke spa, tapi tak sampai jugak, bukan tak mampu tapi rasa tak ada kepentingan, duit tu boleh disalurkan ke tempat lain yang lebih penting. huh!!!

Tapi tu la orang kaya mana ada tak kerja, sebab kerja dan gigih usaha la baru berjaya jadi kaya. Dah aku ni pun jadi la angan2 je. Cukup je dengan apa yang ada, yang tak de tu usaha la untuk menyimpan supaya dapat memiliki apa yang diingini.

Ye la seperti tahun lepas hajat nak beli sofa dan home teater masih tak tercapai lagi, makanya tahun ni perlu gigih untuk menyimpan dan berjimat cermat. Memandangkan anak pun tak ada disisi, masak pun rasa x semangat. Tapi masak la jugak untuk alas perut paling cepat dan sedap magie je, haaa kooo... senang hidup aku kenyang jugak... kikikiki.... tapi tu la officemate lama ada pesan jangan makan magie selalu, sebab akak dia kene kanser perut kerana makan magie selalu. Tapi aku ni bukan makan saman, makan magie je..., degil tahap babun jugak haha... Tak pe la kalau dah ajal kan, mati itu pasti.

Hakikatnya kaya ni banyak, kaya dengan kesihatan tanpa sakit pun kaya, kaya dengan makanan walaupun tak semewah mana pun Alhamdulillah, kadang kala apa yang kita makan pun ada yang masih tak merasa lagi, walaupun usia lebih tua dari aku. Walau tak kaya pun dapat jugak tidur hotel dapat jugak naik belon aka flight sponser by kerajaan Malaysia hahahaha mana tau akan dapat ke oversea jugak siapa tau kan...


Tapi dalam hidup kita apa yang mustahil boleh jadi tak mustahil, kenapa???? Rezeki itu Allah yang tentu kan, apa yang penting DOA, hidup dalam keadaan seperti ini biasa, malah lebih baik dari dulu itu pun dah bersyukur, yang penting hati tenang, hdiup tak berdendam tak bermusuhan. Namun begitu, jika Allah nak bagi rezeki Luar biasaakan hanya DIA yang tahu..... Aku pun tak tahu hidup aku ni sampai bila.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan