Selasa, 10 November 2015

Faham



Kadang-kadang aku terfikir, bila cerita pasal kawin. Perkara utama adalah memahami dan menerima. Boleh ke orang faham dengan aku yang pada dasarnya tenang dan lembut, sedangkan hakikatnya hantu pun kalah dengan aku hahahahaa.


Aku dengan perangai aku yang keras hati, dengan angin yang tak tentu hala barat daya timur laut ribut bagai, belum lagi dengan suara aku yang tak payah guna microfon pun dah kuat umpama petir, lom lagi dengan ketawa yang kuat ditambah dengan mengilai-ngilai macam pontianak dibam-dibam, haaa.... paling trajis...  rajuk yang susah nak pujuk makan berhari-hari lebih-lebih lagi tak dipujuk...... sedih kalau dapat manusia yang tak tau memujuk.. hwaaa....

Kadang-kadang dengan hidup sendiri segala urusan dilakukan tanpa perkongsian tugas, jadi lebih berani menghadapi pelbagai dugaan, berani dan perlu sentiasa bersedia melangkah dan berhadapan dengan apa jua yang datang. Merancang dalam menguruskan kehidupan dan kewangan sendirian. Malah sendirian menanggung rasa saat sedih terutamanya cuma istimewanya tiada yang campur tangan memberi peluang 100% membuat keputusan tanpa halangan dari sesiapa melainkan kata hati berubah atau faktor kewangan.

Dengan setiap hari, minggu dan bulan selesanya berpanjangan setiap malam tidur dengan lena tanpa gangguan, atau pendek kata mandi wajib sebulan sekali je hahahaha..... Emm.... bestnya.... ye la realiti. Jimat sangat bil air yang sememangnya murah.

Perkara yang lebih penting adalah tak sakit hati , tak kecil hati ,  tak terasa hati, tak bengkak hati, tak makan hati, tak iri hati, tak sedap hati, tak busuk hati, hati bebas tanpa tekanan  perasaan melayan kerenah lelaki yang belum tentu tau akan tanggungjawabnya.

Terfikir adakah orang yang mampu bersabar memahami aku, dannnn..... mampu ke aku nak memahami dan melayan kerenah manusia yang belum tentu se simple aku. Adakah aku seperti dulu.... atau lebih tegas dalam peranan dan tanggungjawab. Hakikatnya lelaki memang tak boleh di bagi muka, tanggungjawab mereka, sememangnya mereka yang galas. Aku memang tak boleh kompromi.

Belum lagi dengan dressing aku yang kadang-kadang memang terancam dan mengancam makhluk Allah iaitu kaum adam. Eeemm.... itu bila kepala gila-gila aku datang la, berani semacam je, memang menjadi-jadi. pakai baju yang ada cutting bagai. Tapi tu la nak buat macam mana, aku memang suka bergaya, kadang2 tak perasan tapi bila dah ditegur atau di pandang depan belakang aku sendiri yang cuak. Sebab tu kadang2 je berani biasanya. Penampilan aku biasa2 je yang orang tak payah nak pandang 2 ke 3 kali. Aku yang lemas. Memang aku selamba tapi dalam masa yang sama memang rasa diri menjadi ancaman bila ada yang terancam. hahahaa....

Aku memang nak berubah, sekarang pun semakin kurang bergaya bagai tetapi kalau di control aku memang tak boleh, aku akan berubah dengan sendirinya. Memang aku nak berubah cuma hati belum rela 100%, memang la kalau dihitung pasal dosa, mana ada manuia yang tak berdosa, dosa ni macam2 cabang. Makanya bila orang begitu jangan dipandang hina, kerana pahala juga bermacam-macam cara untuk diperolehi. Sekurang-kurangnya niat telah ditanam dalam hati. Semoga Allah memberi taufikdan hidayahnya.

Aku tetap manusia biasa yang sememangnya tak sempurna, mencari pasangan untuk kesempurnaan hidup pun bukan harapan masa hadapan, biar takdir yang menentukan, cuma harapannya biarlah memahami.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan