Ahad, 8 November 2015

Bekas Kapas Muka



Akhirnya dapat jugak aku memiliki bekas kapas muka yang telah lama aku idam-idamkan. Memandangkan kapas muka tu berbentuk bulat, maka terbekenan pulak dengan bekas ni bila window shopping di Index Livingmall di IOI City Mall Putrajaya. Tengok kan nampak sesuai dengan bekasnya...eemmm... seronok.....


RM25 harganya, oleh kerana beli one-off seumur hidup @ selagi tak jahanam maka beli je la pejam mata, memang rasa harga tu mahal, tapi sebab dah terasa susah dan bersepah atas meja solek dengan kapas muka ni dek kerana tiada bekas yang sesuai, bekas yang ada pun limited untuk menyimpan kapas muka tu, sampai kan 1 masa tu ingatkan dah habis, maka beli la lagi, rupanya simpan di tempat lain. Nabis baik barang yang digunakan maka tak la membazir.



Sebenarnya dari hari ke bulan, aku mengharap harganya akan turun atau ada offer, tapi memang mendukacitakan. Barang yang ada pun macam tak luak. Kebiasaannya barang offer bila jualan dah melebihi separuh, maka saki baki yang tinggal akan di offer ehhh!!! ye ke? bukan ke konsep menjual apabila barang banyak yang murah, bila dah sikit atau limited baru harganya mahal!!! ah!!! apa nak kisah.... Ini kedai bukan aku yang punya, yang peting dia dah untung sebab aku dah beli, siap tolong promosi kat blog lagi ni haaa.... patunya dapat komisyen.. kikikikiki.....


Sekarang senang, nampak kemas dan bekasnya memang cantik, mudah nak ambil kapas muka tu, tak perlu buka tutup, ambil je dari atas. Rasa lega sekarang. Alhamdulillah dapat jugak, kita merancang, la ni Allah izinkan setelah rasa ada kepentingan untuk membelinya, ruang diatas meja solek pun boleh diletakkan barang yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan