Ahad, 1 November 2015

Asam Pedas Ekor Lembu





Bahannya :

1. Minyak Masak Secukupnya
2. rempah penumis

3. 2 ulas bawang putih  
4. 3 Biji bawang merah
5. 1 1/2 inci halia 
6. 2 senduk lada kisar
7. 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
8. 1 mangkuk air 
9. 3 batang serai diketuk 
10. Garam dan gula secukupnya
11. 500 g ekor lembu (siap direbus)
12. 10 tangkai bendi @ ikut suka nak letak atau tak





Caranya :


Bahan 3-5 ditumbuk /kisar lumat. Panaskan minyak, masukkan rempah penumis dan tumiskan bahan yang ditumbuk, bila dah naik bau masukkan lada kisar dan batang serai, kacau untuk beberapa ketika atau biarkan lada agak garing atau masak. Kemudian masukkan air asam jawa, beserta air sekali, garam gula secukupnya biarkan kuah sehingga mendidih baru dimasukkan ketulan-ketulan ekor lembut serta bendi, biarkan seketika supaya ekor sebati dengan kuah atau lebih mudah perhatikan sehingga bendi cukup masak. Maka siap dimasak dan sesuai untuk dihidang.


P/s : menu asal di letak mangga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan