Khamis, 23 Julai 2015

First Anniversary


Bukan aku je nak beraya anak beranak, kereta pun nak raya jugak. Tuu dia!!!!Nak raya road tex expiry pulak. Remainder dari bulan mei hanya melalui sms je, itu dia teknologi sekarang, huhuhuhu... aku buat tak tau dulu. Rugi apa renew awal.

Eeemmm... walau apa pun, aku terima dengan berlapang dada, maklum la dah tau, duit pun lama simpan. Cuma aku buat kije kalut sikit, oleh kerana jumpahnya RM 1121.30 macam mana aku nak bank In, sudahnya keluar duit di amBank aka (akaun simpan duit haha) masuk ke akaun Maybank (bank masuk gaji aka x de duit hahahaha) kemudian aku bayar online. Cuak jugak sebenarnya sebab duit lebih 1K pada aku banyak kalau la jadi apa2 kan.... eemm... semuanya berjalan lancar, beberapa hari kemudian dapat le segala dokumen di bawah ni, Mak aiiiii.... punyanya banyak...



Ini pun sebenarnya dah dapat diskaun 25% sebab ini kereta pertama aku dan tak de kelim sebarang insuran, aku ambik sekali insuran untuk cermin itu yang mahal kalau tak x sampai 1K pun, tapi tak pe la untuk keselamatan. Alhamdulillah aku ni budak baru belajo sebenarnya so agak jakonnn... hahahaaaaa....  Betapa mudahnya sekarang hanya, sms,call, Bank In duit, dapat dokumen.... tak perlu ke bank yang jauh ke KL nun sana tu, mana aku tau nak ke KL.... So balik raya dengan senang hati.

Teringat masa asyraaf mula2 sekolah di putrajaya dulu. "Kawan yap semua p sekolah naik kereta ibu" alahai sedih aku masa tu. Sedangkan gaji aku pun tak naik lagi malah alaun memangku pun x dapat, explain jugak la dekat Asyraaf, tunggu dapat gaji baru.

Syukur Alhamdulillah. Akhirnya niat membeli kereta tercapai jugak. Bertahun aku tanam niat nak beli kereta, 2014 baru dapat walhal kerja sejak 1993. Ada orang dapat kerja terus beli kereta, tak pun selepas setahun, yang gred 17 pun ada kereta, aku siap tunggu naik gred22 baru dapat beli. Rasa malu jugak dengan kawan2.



Dalam hati tu teringin nak beli alza, maklum le keluarga kecik aku ni kalau bawak, anak2 akak aku penuh jugak le berbanding myvi aku yang comel ni, memang tak muat. Bezanya cuma 100 ++ je, tapi kerana bimbang tak mampu membayonya, so myvi je la aku ambil, lagi pun aku 2 beranak je. Tapi bila dah berkereta ni, dah setahun pun rasa ralat jugak tak ambik alza, bila aku tak de masalah kewangan pun walaupun hutang semakin bertambah, dengan duit minyak lagi. Syukur Alhamdulillah. Tak terasa pun terbeban, nak2 bayar pun potong gaji, so tak perlu susah2 p ke bank nak membayonya. Kalau gaji awal pun, aku akan pastikan 500++ mesti tak di ambil. Jadi pembayaran kereta tak de istilah tertunggak Alhamdulillah.



Bila dah setahun aku membeli kereta, makanya dah setahun juga aku memandu, hahahaha.... siapa sangka kampung's girl mcm aku yang kolot, melangkah sedikit demi sedikit merubah masa depan yang lebih baik.Tak ada istilah takut da bila hajat tercapai. Nekad je, cuma mula2 memandu memang sangat berhati2. Pegang setereng kereta pun tak berani lepas, bila kenang2 memang kelako la aku ni kan!!!! sekarang, lepas tangan pun x pe, jalan lurus hahaha.... cuma bila memandu aku memang tak akan main handset, angkat call pun x berani, kalau Asyraaf ada dia le yg mengangkatnya.

Apa pun syukur Alhamdulilah atas rezeki Allah untuk aku, dapat la jugak bawak mak p jalan2, asyraaf  pun p sekolah da naik kereta. Balik kampung pun da tak susah nak berangkat2 beg, bekejar2 naik bas dan tren. Semuanya rezeki dari Alah, berkat sabar menanti gaji selama setahun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan