Ahad, 26 Julai 2015

Long Dress Raya


Ini adalah baju raya yang pertama aku beli, sejarahnya seawal bulan 3 aku membelinya, masa restival belon di putrajaya dan jalan2 dengan si bujang senang, mula2 tengok2 je, ah sudah!!!! terberkenan pulak dengan baju ni walaupun designnya macam langsir scallop hehehehe.... cuttingnya sesuai pulak dengan body aku, hiasan batu yang ringkas di pinggang dan pergelangan tangan, dan berbutang bulat di bahagian tangan mcm tag line sekarang "mesra wuduk" gitu. ha!!!  bila dah tertarik dalam keadaan tak ada duit dalam wallet, aku p keluar duit aka duit simpanan dan pergi semula ke festival tu semata2 nak beli baju ni, aje le kan. Ini le dinamakan nasfu.



Bila raya maka pakai la aku di raya ke 3, aku puas hati cuma labuh baju ni di potong sikit, aku tak suka baju labuh2 setakat nak buat lap lantai & jalan nak buat sembahyang susah sebab baju long dress bukan baju pasang,


Bila le aku nak bertaubat kan, suka pakai baju cutting body hehehee.... In sya Allah mudah2an terbukak hati nan keras ni, buat masa ni, tambah amalan mudah2 dulu, pasal baju ni, kadang2 je aku pakai baju cutting mcm ni. Kebiasaanya aku berbaju kurang, bertudung pun biasanya tutup dada, kadang2 je agak singkat alasannya nak cepat, nak mudah memang nak dosa le tu hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan