Ahad, 29 Mac 2015

Tiba-tiba!!!!!!!!



Itu la, tiba-tiba je bukak cerita pasal kawin. Tekejut mak!!!!.... angin tak, ribut pun tak... Aku salah tanya ke???? atau dia sengaja nak try aku. Aku tak rasa pun macam aku ni sedang bercinta, berkawan pun da semakin cuba untuk menjauhkan diri....

Walaupun tak dinafikan ada banyak persamaan tapi susah untuk aku terima, dia macam tahu yang aku macam dah tak layan dia macam dulu.... dah kurang chet apalagi berjumpa, aku memang menjauh hati dengan lelaki termasuk dia. Niat yang baik itu memang aku hargai kerana itu antara tanda orang menerima aku seadanya, tanda keikhlasan dan kesungguhan dalam menjalin hubungan.
Tapi itu la..... Nak kata dia jahat atau nakal, tak de le pulak mesej yang mengarut atau lucah atau nak ambik kesempatan, Alhamdulillah sikapnya baik2 je dengan aku, sebab tu bertahan sampai sekarang... aku pun bukan spesis mengada2, cuma aku tak yakin dengan dia. Tak kisah la kalau dia muda, aku pun lebih suka bujang dari duda  hahahaha dasyat!!!! ada le sebabnya tu....BIARLAH RAHSIA...

Eemmm..... entahlah..... kalau nak cakap jujur nanti dia yang sakit hati, "sakitnya tu disini didalam  hatiku"..huhu... yang sebenarnya aku tak berkenan dengan dia, sekadar berkawan tu no hal la, tapi bila semakin kenal semakin tak berkenan. Entah la bila dah tak berkenan nak buat macam mana, bukan aku je, emak aku pun tegur, tak kan dengan orang tua pun tak reti nak salam, tak kan itu pun nak kene ajar, eh!!!!! tak kan semuanya nak diajar, belajar yang atas katil tu tak pe le jugak opocot!!!!!! terlepas cakap pulak....hahahaha....

Kawin itu jodoh, jodoh itu takdir...... Kalau ada jodoh untuk aku, cukup la bercinta selepas kahwin, tak perlu beriya, Berjumpa, apa lagi untuk mengharap,  cukup mengenali 1 sama lain. In syaa Allah, semoga di redhai oleh-Nya. Itu kalau ada jodoh. Kalau tak de!!! begini la aje hidup aku, menjalani hidup sendiri, usaha sendiri, aku tetap redha, In syaa Allah..... Hanya Allah yang tahu, apa yang terbaik untuk aku.....  Aku hanya berserah.... aku pun tak nak mengecewakan sesiapa atau dikecewakan sesiapa. "sakitnya tu disini didalam  hatiku"hahahhaa....

Khamis, 26 Mac 2015

Jom Zakat...


Aku baru daftar untuk buat pemotongan zakat pendapatan. Al-kisahnya lepas balik kursus aku ambik cuti, kebetulan nak ke Mydin di Presint 15, singgah la ke PPZ aka Pusat Pungutan Zakat, kalau betul la.Tak betul pun x pe bukan exam pun.

Cadangan nak bayar di johor, almaklum le asal johor, rupanya tak elok, lebih afdal bayaran dibuat tempat kita mencari rezeki. So buat la sebelum LHDN cari, hehehehe.... masih belum layak lagi. 

Ada la sikit ilmu aku belajar, kalau macam aku ni kategori bayarannya x sama macam pompuan bergelar isteri aka para isteri bayar lebih sebab anak2 bapaknya yang tanggung. Dikira dari jumlah gaji kasar aka keseluruhan gaji tidak termasuk hutang, jeng..jeng..jeng... Tapi bayaran akan dikurangkan kalau ada potongan KWSP, potong tabung haji, bagi ibu bapa, tapi aku tak simpan di tabung haji secara konsisten, bagi mak pulak walaupun pun konsisten setiap bulan aku tak mau kira, ala sebulan RM50.++ jer. 

Jadi la yang penting sedar diri untuk membayar zakat, slogannya, "Zakat Membersihkan Harta dan Jiwa" in syaa Allah Amin!!!!. Tapi itu la rugi pulak, aku pergi tak bawak Asyraaf, kalau tak boleh dia belajar zakat tu apa???, lepas tu siap la jawapan dari soalan dia yang bertalu2 macam peluru sesat, sebarang je dia tanya, dia ingat ibu dia Dr. Prof. hahahaha....


Rabu, 25 Mac 2015

Sabtu, 21 Mac 2015

Libresse



Hahahaha..... Bila da tunjuk pet ni period le maknanya. Wanita yang period teratur setiap bulan adalah salah situ petanda wanita itu subur. Ceh!!!! Gitu.... tak caya..... tanya perempuan2 yang lambat atau belum ada anak tapi kawin da lama, salah 1 sebab adalah period tak teratur @ tak datang period setiap bulan, ada juga yang kene  makan ubat baru period. Slain daripada masalah dari pihak lelaki atau masih belum ada rezeki.

Sekarang ni librasse jadi pilihan, haaaa tu dia sekali beli 2 jenis bukan untuk siang dan malam tapi awal dan akhir, sebab bila mula2 memang banyak macam hujan lebat,  so pilih maxi night saiznya lebih panjang 32 cm hah kau!!!!! Sampai ke buntut, tak de le risau tembus ke tak dan bila hujung2 da tak perlu risau gunakan yang slim, eemmm..... Gitu le ceritanya, selepas menggunakan libresse.

Bila berubah usia, nak period pun menunjukkan tanda2 yang berbeza, sebelum ni tahun 2014 bila nak period tandanya bengkak atau tegang di dado den, sekali keluar punye le banyak, dan tempo masa pun singkat. Tahun 2013 tak de apa2 tanda standby je le kalau dah lebih 27 hari tapi tempoh period panjang, tapi 2015 ni, sakit pinggang pulak, masih dengan pengeluaran yang banyak di awal period.

Apa pun alhamdulillah, aku jarang sengugut, macam kawan2. Ada yang sampai tak boleh bangun, ada yang terpaksa cuti, eeeee.... Seram..... Syukur alhamdulillah aku baik2 je.

Jumaat, 20 Mac 2015

Aku Bukan Along!!!!!! Aku Tak Boleh Tolong.....



Bulan ni terlebih pulak belanjenya, simpanan pun dan berkali2 dikeluarkan, harap2 ni kali terakhir la, sayang duit aku!!!!!!, puas menahan sabar dan menyekat perbelanjaan, semata-mata untuk menyimpan.

Tapi itu la, kita hanya merancang tuhan yang tentukan, hujung2 bulan le ada tugas, ada kursus le, hadoi yai!!!! Kadang2 rasa Nak maki je penganjur, buat la servay, orang kerajaan gaji da la jarak jauh melebihi sebulan, hujung2 bulan duit x berapa nak ada, Nak tinggalkan rumah, nak kene  tinggalkan duit juga untuk isi rumah, yang Nak pergi kerja @ kursus pun nak guna duit, jauh keluar kawasan lagi banyak belanje.

Alhamdulillah mujur la da ada simpanan boleh tarik nafaz lega, tapi sedih jugak, bila duit da tak dok terpaksa keluar simpanan. Simpanan untuk kecemasan, syukur alhamdulillah, walaupun tak de OT, tapi aku mampu mengawal perbelanjaan, kalau duly tiap2 weekend keluar, sekarang weekend duk rumah, dulu selalu makan kat luar sedap2, sekarang selalu masak, kadang2 makan di luar. Dulu seminggu 2 kali p pasar malam sekali p RM 100 ++ terbang, sekarang seminggu sekali, belanja yg penting2 je, tak de jalan2 kat baju2 n tudung2. Belanja yang penting terus balik.

Salah 1 sebab aku menyimpan kerana takut kalau2 ada kecemasan terutamanya melibatkan duit. Aku berkawan tak de masalah tapi masalah masing2 sendiri tanggung, terutamanya duit. So kalau masalah kewangan sekali pun memang aku tak cari kawan. So bila ada duit, rasanya hidup lebih tenang. Tak susahkan orang. Simpanan pun untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, setakat ni kalau sesiapa pun nak pinjam, aku tak akan kasi, konsep aku senang, aku tak pinjam orang orang pun aku tak kasi pinjam.

eemmmm..... Walaupun aku segan nak pinjam duit orang, tapi aku ni da ramai jugak le yg meminyam duit aku, sedihnya tak ingat nak pulang, dikira2 RM 1K pun ada kot, tapi x pe la, halalkan aje. Mudah2an Allah kurniakan rezeki yang lain untuk aku, amin!!!!!!

Cerita pasal pinjam duit ni pun menjadi sebab suka jadi sebaliknya,  ramai lelaki yang aku kenal, suka nak pinjamnduit duit. Aku tak faham betul, kerja ada conform ada gaji, ada yang Siap cakap besar, gaji ribu rib an tub2 tak de duit Nak pinjam, pasal tak de duit Nak pinjam aku, ini memang betul2 jangan tak berguna. Mujur le aku tak ada duit masa tu, memang tak le Nak Bantu.



 Tak tau le aku ni nampak macam orang senang ke. Aku ni senang ke tak senang ke sama je, releks je. So bila kenal lelaki yang Nak ambik kesempatan Nak suruh aku lone bank bagi ra saya memang tak sesuai bukan jadi calon tapi jadi kawan pun tak perlu, kalau sayang pun aku masih waras. Orang yang suka pinjam2 duit orang ni memang spesis tak tau malu, pinjam pulak dengan pompuan, memang senjaga menunjukkan ketidakkemampuan. Tinggalkan je la.

Bagi aku duit ni seperti maruah diri, kalau muka tak tahu malu serupa diri tu barangan pasar malam, orang kalau ada harga dari dia seperti barangan di pavvilion, hanya orang yang mamou dan berduit ke akan ke sana, sebab barang branded.

Aku ni hidup sendiri tanggung, gaji bersih pun tak sampai 2K lagi, hutang tak usah cakap bukan keliling pinggang, malah 1 badan. Tapi alhamdulillah, cukup makan pakai, duit aku, aku yang control supaya cukup makan pakai sebulan. Duit belnja sekolah Asyraaf pun RM 6 sehari, aku makan pun RM 4 sehari, tapi sekali makan la. Kadang2 sarap kat rumah so jimat belanja.

Biar papa pasal bergaya bukan cara aku, aku pakai baju tak mahal, makan masak sendiri. Pendek cerita semua terurus dan diuruskan sendiri. Orang lain kadang2 mengeluh sampai ke FB, walhal kali Bini kerja, anak tak beso mana pun, sorang je mcm anak aku ni ha..... Tapi tak cukup duit, pergi melancong ada pulak duitnya, kan pelik.

Hampir 12 tahun aku bekerja, masa bujang duit kelim aku simpan, dah kawin sebelum ada anak duit yg suami kasi aku simpan, orang kata berkat, dapat la beli perabot rumah, guna duit sendiri bukan share, tapi selepas ada anak, selepas beli rumah, duit cukup2 makan je, sampai la tahan lepas.

Tahun ni mula simpan semula, walaupun ada kereta, perlu di isi minyak, alhamdulillah masih boleh menyimpan, walaupun tak de kelim macam mana di office lama, cuma banyak bende yang aku control, beli barang keperluan dapur dan makanan je. Kurang berjalan. Kurang makan yang sedap2 @ makan luar. Tak de baju2. Yang penting sekali bagi Mak, tak banyak sikit pun jadi la.

Khamis, 19 Mac 2015

Dan lagi dan lagi.......



Memang tak tahan!!!!!! Bila batuk menyerang sampai berair mata sungguh tak tahan..... Lain betul kali ni, jarang kene batuk tapi kali ni sangat terus...... 

Memang betul-betul batuk bukan main-main lagi ni. Mula-mula dijangkiti selesema dari Asyraaf, rasanya baru baik dari selesema, tub2 plus batuk..... Memang dugaan sungguh. Semoga mwnghapuskan dosa-dosa kecil hendaknya amin!!!

Selasa, 17 Mac 2015

Selasa, 10 Mac 2015

Isnin, 9 Mac 2015

Jumaat, 6 Mac 2015

Khamis, 5 Mac 2015

Selasa, 3 Mac 2015

Kereta le pulak!!!!!!!

Huh!!!!!!! lepas satu, 1 lagi masalah datang. Macam biasa, cukup tempoh untuk servis kereta, walaupun dah terlepas tarikh, yang penting odometer masih tak tercapai 10K KM lagi. Buat alignment & balancing sekali, tak nak buat pun boleh sebenarnya, tapi oleh kerana aku duk terbabas masa nak turun dari dari parking kuarters

Isnin, 2 Mac 2015

Kunci Punya Pasal...........

Alahai nasib..... si labu labi.... hehehehe..... Nak buat macam mana bila perkara tak diduga menduga aku.  Habis Asyraaf jadi mangsa, sebab mendesak aku masuk liff, so aku pun tergese2 dengan barang2 belanja yang banyak, tengah-tengah nak masuk liff kunci terjatuh dah jatuh termasuk celah lubang liff pulak, hadoi!!!!!!!! pening kepala aku duk fikir..... ini le orang kata kalau dah nak jadi!!!! Sabo je la....  Kunci spare ada tapi dalam rak kasut, tapi aku dah ubat letak kedalam pulak..... tak tersampai dek tangan.

barang tak cukup 1 troli......

Call la maintainen 4 numbor 1 je berjawab. Dia maklumkan call hot line ELTA dalam liff, Alhamdulillah dapat, pihak dia akan ambilkan tapi ada caj. Eeemmm... tak kisah la asalkan kunci dipulangkan. So tunggu la, tak lama aku pulak nak terbuang air, hadoi!!!! bergegas la ke petronas, nasib baik petronas dekat, sempat le melabur, solat sekali, n than rehat terus kat situ sementara nak tunggu pihak liff call.



Puas jugak menunggu, sempat berak, sempat solat sempat tidur, akhirnya tak boleh tahan, lepas asar, balik rumah cuba ikhtiar ambil kunci di kabinet kasut. Tak  boleh jadi kalau tak de pihak liff kang mana aku nak tidur????? Try beberapa usaha dibuat, aku suruh asyraaf masuk grill, tak lepas kepala pulak, nak desak2 dia kecik lagi, tengok muka sedih semacam, macam nak nangis. Ambik pulak kayu yang dulunya orang nak curi baju aku kayu yang siap berlilit dengan dawai karat nak buat tarik kaki kabinet kasut, huh!!! tak jadi, dawai halus, kabinet berat......

Tub2 terfikir guna payung, bergegas go to the car nak ambik payung, eh!!!! patah balik, payung dah ada kat grill, terlupa n tak perasan. Jeng...jeng...jeng... berjaya jugak akhirnya. hadoiiiiiii yaiiiii macam 2 hal.

Sebelum kejadian, ceh!!!!! da macam berita pulak daaaa..... Sebelum tu, aku berbelanja di Mydin biasa la beli barang keperluan rumah, macam-macam dibelinya, biasanya sebakul je, kali ini sampai 2 bakul... itu dia!!!!!!!.. mana taknya pisau 1 set aku beli, container yang aku nak beli pun ada 2 lagi tu, so sapu la 1 sebelum di mabil orang. Tak sangka pulak semua barang tu  tak melebihi RM 200 Alhamdulillah.



Sebelum keluar rumah, aku cakap la dengan Asyraaf, nak belanja dia makan Nasi Ayam kat Presint 15, ceh!!!! dia tanya pulak ibu dah dapat gaji ke?? ... ye la gaji dapat lambat.... orang dapat 12.02 aku dapat 26.02..... Alhamdulillah..... Tub2 lalu kat kedai tu, tak bukak pulak!!!! so bawak la dia ke Taman Warisan Pertanian Presint 16, tempat ni agak popular le jugak di Putrajaya. So makan la Nasi Ayam, langgar pantang le pulak.... lepas makan pekene coconut shake, peh!!!!! terasa kesejukkannya ke usus aku, dengan cuara yang panas berdentum wah!!!!! mavorluss jarang2 minum yang berais tu!!! Aku ni berpanrang dari ais!!!! sejuk tu tak boleh nak lari la, tapi kalau boleh selepas makan...





Bila terkandas dek masalah kunci tu rasa kecewa le jugak, banyak kerja terbengkalai, tapi selepas berjaya buka grill n pintu, sempat la aku basuh baju, menyapu lantai 1 rumah, kemas barang yang dibelanja, siram bunga, makan pulak nasi semalamnya masih ada, nasib baik tak basi.... panaskan je....yaa Allah syukur!!!! tak payah keluar makan lagi. Mujurlah aku dah iron baju untuk seminggu hari sabtu, tak de le kelam kabut. Tapi itu la nak mop lantai dapur yang melekit tak kesampaian.






Inilah barang yang siap disusuh, aku memang suka beli barang buat stok, so bila poket kempis barang ada tak perlu risau lagi. Barang da standby, tunggal guna je. Kan senang macam tu. Duit standby untuk isi minyak kereta, duit belanja asyraaf dan duit makan aku. Orang yang gagal merancang bererti mereka merancang untuk gagal. eh!!!! betul ke .... dah lupa.....lebih kurang bunyinya betulnya tak pasti.... hehehehehe


begini le rupa parasnya kaki 5 rumah kerajaan yang aku tumpang berteduh.... Alhamdulillah selesa...

Ahad, 1 Mac 2015

Maaf!!!!


Bila asyraaf semakin besar, antaran lain yang aku ajar adalah mintak maaf, mengelak dari sikap ego dan semoga jadi manusia pemaaf.