Jumaat, 20 Mac 2015

Aku Bukan Along!!!!!! Aku Tak Boleh Tolong.....



Bulan ni terlebih pulak belanjenya, simpanan pun dan berkali2 dikeluarkan, harap2 ni kali terakhir la, sayang duit aku!!!!!!, puas menahan sabar dan menyekat perbelanjaan, semata-mata untuk menyimpan.

Tapi itu la, kita hanya merancang tuhan yang tentukan, hujung2 bulan le ada tugas, ada kursus le, hadoi yai!!!! Kadang2 rasa Nak maki je penganjur, buat la servay, orang kerajaan gaji da la jarak jauh melebihi sebulan, hujung2 bulan duit x berapa nak ada, Nak tinggalkan rumah, nak kene  tinggalkan duit juga untuk isi rumah, yang Nak pergi kerja @ kursus pun nak guna duit, jauh keluar kawasan lagi banyak belanje.

Alhamdulillah mujur la da ada simpanan boleh tarik nafaz lega, tapi sedih jugak, bila duit da tak dok terpaksa keluar simpanan. Simpanan untuk kecemasan, syukur alhamdulillah, walaupun tak de OT, tapi aku mampu mengawal perbelanjaan, kalau duly tiap2 weekend keluar, sekarang weekend duk rumah, dulu selalu makan kat luar sedap2, sekarang selalu masak, kadang2 makan di luar. Dulu seminggu 2 kali p pasar malam sekali p RM 100 ++ terbang, sekarang seminggu sekali, belanja yg penting2 je, tak de jalan2 kat baju2 n tudung2. Belanja yang penting terus balik.

Salah 1 sebab aku menyimpan kerana takut kalau2 ada kecemasan terutamanya melibatkan duit. Aku berkawan tak de masalah tapi masalah masing2 sendiri tanggung, terutamanya duit. So kalau masalah kewangan sekali pun memang aku tak cari kawan. So bila ada duit, rasanya hidup lebih tenang. Tak susahkan orang. Simpanan pun untuk diri sendiri bukan untuk orang lain, setakat ni kalau sesiapa pun nak pinjam, aku tak akan kasi, konsep aku senang, aku tak pinjam orang orang pun aku tak kasi pinjam.

eemmmm..... Walaupun aku segan nak pinjam duit orang, tapi aku ni da ramai jugak le yg meminyam duit aku, sedihnya tak ingat nak pulang, dikira2 RM 1K pun ada kot, tapi x pe la, halalkan aje. Mudah2an Allah kurniakan rezeki yang lain untuk aku, amin!!!!!!

Cerita pasal pinjam duit ni pun menjadi sebab suka jadi sebaliknya,  ramai lelaki yang aku kenal, suka nak pinjamnduit duit. Aku tak faham betul, kerja ada conform ada gaji, ada yang Siap cakap besar, gaji ribu rib an tub2 tak de duit Nak pinjam, pasal tak de duit Nak pinjam aku, ini memang betul2 jangan tak berguna. Mujur le aku tak ada duit masa tu, memang tak le Nak Bantu.



 Tak tau le aku ni nampak macam orang senang ke. Aku ni senang ke tak senang ke sama je, releks je. So bila kenal lelaki yang Nak ambik kesempatan Nak suruh aku lone bank bagi ra saya memang tak sesuai bukan jadi calon tapi jadi kawan pun tak perlu, kalau sayang pun aku masih waras. Orang yang suka pinjam2 duit orang ni memang spesis tak tau malu, pinjam pulak dengan pompuan, memang senjaga menunjukkan ketidakkemampuan. Tinggalkan je la.

Bagi aku duit ni seperti maruah diri, kalau muka tak tahu malu serupa diri tu barangan pasar malam, orang kalau ada harga dari dia seperti barangan di pavvilion, hanya orang yang mamou dan berduit ke akan ke sana, sebab barang branded.

Aku ni hidup sendiri tanggung, gaji bersih pun tak sampai 2K lagi, hutang tak usah cakap bukan keliling pinggang, malah 1 badan. Tapi alhamdulillah, cukup makan pakai, duit aku, aku yang control supaya cukup makan pakai sebulan. Duit belnja sekolah Asyraaf pun RM 6 sehari, aku makan pun RM 4 sehari, tapi sekali makan la. Kadang2 sarap kat rumah so jimat belanja.

Biar papa pasal bergaya bukan cara aku, aku pakai baju tak mahal, makan masak sendiri. Pendek cerita semua terurus dan diuruskan sendiri. Orang lain kadang2 mengeluh sampai ke FB, walhal kali Bini kerja, anak tak beso mana pun, sorang je mcm anak aku ni ha..... Tapi tak cukup duit, pergi melancong ada pulak duitnya, kan pelik.

Hampir 12 tahun aku bekerja, masa bujang duit kelim aku simpan, dah kawin sebelum ada anak duit yg suami kasi aku simpan, orang kata berkat, dapat la beli perabot rumah, guna duit sendiri bukan share, tapi selepas ada anak, selepas beli rumah, duit cukup2 makan je, sampai la tahan lepas.

Tahun ni mula simpan semula, walaupun ada kereta, perlu di isi minyak, alhamdulillah masih boleh menyimpan, walaupun tak de kelim macam mana di office lama, cuma banyak bende yang aku control, beli barang keperluan dapur dan makanan je. Kurang berjalan. Kurang makan yang sedap2 @ makan luar. Tak de baju2. Yang penting sekali bagi Mak, tak banyak sikit pun jadi la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan