Ahad, 1 Mac 2015

Maaf!!!!


Bila asyraaf semakin besar, antaran lain yang aku ajar adalah mintak maaf, mengelak dari sikap ego dan semoga jadi manusia pemaaf.


Jadi kebiasaannya mintak  maaf semasa nak tidur, diiringi doa tidur dan al-fatihah. Mula-mula Asyraaf rasa jangal dan malu, bila dah jadi amalan setiap malam makanya  dah terbiasa. Langkah seterusnya, aku pesan nak mintak maaf tak semestinya masa nak tidur, kalau dah buat salah terus mintak maaf je.

Nak dijadikan cerita, bila aku suruh mandi banyak sangat cakap dan alasannya, aku cari rotan. Bila dengar je rotan asyraaf memang takut, dia tahu bagaimana rasanya dirotan, belesup masuk tandas, bukan main marah IBU jahat la IBU garang la, geli hati aku.

Nasib baik mood aku baik,  kalau tak memang kene  libas, aku nak cepat nak basuh baju sekolah dia guna tangan, kemudian sambung mesin pulak. Aku malas nak layan peel dia. Aku buat macam biasa je. Masa makan pun buat biasa je. Mujur lah asyraaf bila merajuk tak macam aku, aku merajuk mau berhari, tapi asyraaf sekejap je, buat tak tau je, pandai le dia meleset-leset, tersengih-sengih kat aku.

Selesai mandi aku pun sambung sidai baju pulak, tengah2 buat kerja dia mintak maaf, Allahuakbar!!!!! Terharu rasanya. Apa pun ada le jugak hasil mengajar dia. Alhamdulillah.... Aku pun panjang lebar le bagi tau, ibu maafkan Asyraaf, erdentam berdentum bagi tau..... dia agak sayu, dan peluk aku, so happy le dia selepas tu...... eeemmmm.... Asyraaf... Asyraaf dah pandai naik angin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan