Rabu, 14 Januari 2015

Tom Yam Lala Buluh


BAHAN :
1.  1 bungkus Lala buluh (Jual siap bungkus)
2.  1 bungkus Perencah tom yam
3.  1 bungkus kiub Tom Yam 
4.  1/2 inci  halia
5.  2 ulas bawang putih
6.  2 biji bawang merah
7.  5 tangkai cili merah
8.  1 biji bawang merah besar (potong bulat)
9.  2 biji tomato
10. 3 batang serai
11. 1/2 biji lobak merah (potong ikut suka)
12. 4 helai daun limau purut
13. 2 biji limau kasturi
14. 1 mangkuk air asam jawa
15. Garam dan gula secukupnya
16. Air secukupnya





CARANYA :
Bahan 4-7 ditumbuk, kemudian jerangkan periuk berisi air, bila mendidih masukkan bahan yang ditumbuk. Masukkan juga serai, perencah tom yam, lobak merah, perahan air limau nipis, setelah mendidih lagi masukkan bawang besar yang dipotong bulat, tomato dan lala buluh. Oleh kerana lala buluh spesis siput, so masaknya tak perlu lama, agak-agak dalam 30 saat, lala cukup masak.

Siap untuk dihidang. Mudah saja bagi yang suka memasak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan