Ahad, 19 Januari 2014

Tongkeng Bercili



Bahan-Bahan :

1. 1 inci halia
2. 2 ulas bawang putih
3. 2 ulas bawang merah
4. 8 tangkai cili  merah
5. 2 tangkai lada basah
6. 1 mangkuk kecil air asam jawa
7. minyak untuk menumis
8. aram dan gula secukup rasa
9. Kacang panjang 2 tangkai 
10. Tongkek ayam 1/2 kilo
11. Serbuk kunyit


Caranya :

Tongkeng ayam yang telah siap dibersihkan digaul dengan kunyit dan garam.

Kemudian goreng tongkeng ayam tersebut dan ketepikan.

Bahan 1-5 ditumbuk@dikisar bersama garam dan gula. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api sederhana sehingga naik bau, masukkan pula kacang panjang. Kemudian masukkan air asam jawa. Setelah bahan yang ditumis cukup masak dan cukup rasa masukkan tongkeng yang telah digoreng. gaul sebati dalam 5 minit, masakan siap di hidang.

p/s : bagi mereka yang tahan @ suka pedas hanya perlu lada cili sahaja tanpa perlu menggunakan lada basah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan