Jumaat, 10 Januari 2014

Ada-ada aje!!!!

macam2 orang pun ada

Ha!!!!!!!!!!!!!!! ini da 1 hal, dalam keadaan aku huru hara, haru biru,  lintang pukang, tungang langgang, caca marba, kintang kintung huhuhu... apa lagi... tetiba pulak ada kertas ni.


Memang aku tak tau siapa orang yang tepat, tapi aku boleh agak siapa cuma tak pasti rumah yang mane 1, yang aku pasti orang ni sama level di tingkat 1. Memang ada orang lelaki yang lalu lalang kat depan umah maklum la lalu tangga, beberapa kali terserempak tak kerap pun sekali dua je. itu pun kebetulan sebab aku mengemop lantai kat depan umah. Orangnya kecil2 jer.... Bila aku post di FB, MasyakAllah banyaknya respon di luar dugaan. 

Sebenarnya bukan senang nak jumpa jiran2 kat sini, ada time nya dan  waktu pagi kebiasaanya, masing2 nak hantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja. Itu pun tak tau rumah yang mane 1 sebab nampak kat depan umah dia orang turun guna tangga, rumah aku sebelah tepi memang dekat dengan tangga aku sendiri pun malas nak naik lif. Turun bawah je dah tempat letak kenderaan. 

Berbalik kepada cerita tang surat ke nota ke tu kan... apa2 je la.  Aku memang tersangat2 tak sangka, tak terduga. Pindah tak sampai seminggu, dan aku masih tak jumpa orang @ jiran lagi, tub2 ada helaian ini yang aku terima. Terjekut!!! dalam hati berfikir ada orang marah aku sebab letak motor tempat letak dia ke apa? rupanya lain pulak. Alhamdulillah la bukan... 


pening kepala....

Tak kisah le kalau dia memperkenalkan diri dia sebagai jiran baru, atau ucap selamat datang ke apa. Ini tidak nak kenal dan tak kisah walaupun isteri orang. Mak!!!! ai!!!! tak agak2. Bukan nak buruk sangka, tapi nampak sangat niatnya tu tak baik, so aku pun abaikan. Tetapi note tu aku masih simpan, no phone dia pun aku simpan tujuannya aku nak tau siapa orangnya, senang je kalau orang tu ada wechet @ whatsapp nampak la pic dia. memang ada, tapi dia letak pic budak, mungkin anak dia. 


Apa yang nak aku katakan, disini, sebenarnya aku tidak mengharap bantuan orang atas urusan peribadi aku, aku akan gunakan khidmat berbayar contohnya nak kemana2 lebih baik naik teksi daripada aku mintak tolong kawan2, sebab keikhlasan orang kita tak tau di mana tahapnya yang penting aku tak nak ada ungkit mengungkit, dan tidak terhutang budi. Paling penting aku tak ganggu hidup orang lain, tak ganggu keluarga orang, laki orang, tunang orang. 

Sebenar2nya aku yang selalu terima gangguan. Oleh itu apa salahnya aku????? jangan kerana status!! seseorang itu harus di perlekeh, diperkecilkan seolah-olah seperti tunggul yang tak berguna. Aku pun ada perasaan, kadang2 aku terasa tapi uat tak tau je, anggap la mereka hanya bergurau, walaupun diri dipersenda.

Sepatutnya orang lelaki malu dengan aku, kerana walaupun aku sendiri aku mampu uruskan anak, mampu bekerja dengan baik tanpa menimbulkan masalah, mampu hidup dengan pendapatan sendiri tanpa bantuan orang lain dan berbelanja mengikut kemampuan dengan kewangan yang terhad, pendek kata pengurusan keluarga walaupun keluarga kecil aku ibu aku bapa....

2 ulasan:

  1. Ketabahan Idah buat saya kagum dengan Idah. Saya pun tak setabah IDah...Semoga Idah dan anak bahagia di tempat kerja yang baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemm.... ini lah hidup misah saya pun x sangka saya boleh berada d tempat sekarang, berbanding dulu nak buat apa pun takut. Tapi pengalaman bayak memberi pengetahuan untuk mengatasi hidup sekarang dan yang penting bersesdia menghadapi apa pun ke mungkinan di masa akan datang..... apa yang penting masalah itu adalah ujian, dan ujian yang diberikan memberi kita peluang untuk membuat keputusan walaupun merangcang dalam masa yang singkat...

      Padam