Bahan-Bahan :
1. 1 inci halia
2. 2 ulas bawang putih
3. 3 ulas bawang merah
4. 2 senduk lada kisar
5. 1 senduk serbuk kari (dibancuh dengan air)
6. 1 mangkuk kecil air asam jawa
7. 1 bungkus serbuk kelapa (dibancuh dengan air)
8. 1 mangkuk gading (yang telah direbus)
9. 1 mangkuk air
10. minyak untuk menumis
11. garam dan gula
Caranya :
Bahan 1-3 ditumbuk@dikisar. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar. Masukkan lada kisar dan serbuk kari biarkan beberapa ketika dan dikacau masukkan pula air asam jawa. Masukkan pula air kemudian masukkan pula daging, tinggalkan ia untuk beberapa ketika supaya daging meresap dengan kari dan kuah menjadi pekat. Apabila daging cukup empuk masukkan pula santan dan serbuk perasa garam dan gula, sambil dikacau perlahan, apabila santan sepati dengan rempah kari dan telah mendidih, siap untuk dihidang.
p/s : setiap orang lain cara masakannya, santan di kemudiankan kerana tak mahu santan pecah dan cair. Sesuai untuk makan bersama roti canai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan