Jumaat, 17 September 2010

Cap Cai Cara Ida


Bahan-bahannya :

1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dipotong separuh bulat)
1 biji lada merah (dihiris)
1 batang kacang panjang (dipotong memanjang)
2 batang putik jagung (potong ikut suka)
1 ketul daging ayam (dipotong kecil dan diambil isi)
2 ekor sotong (dipotong)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala)
1/2 biji lobak merah (potong ikut suka)
2 sudu kuah lada kisar
3 sudu kuah sos tiram
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit air


caranya :

Setelas minyak dipanaskan tumiskan bawang putih yang telah dikisar, bawang merah. kemudian masukkan pula lada kisar dan biarkan seketika agar lada masak dan masukkan sedikit air agak tidak kering atau hangus. Masukkan pula sos tiram dan perasa garam dan gula, kacau sebati masukkan pula ayam dan sotong di paling-paling agar daging masak sekata, masukkan pula udang dan sayur-sayuran. Apabila udang kekuninggan dan sayuran separuh masak ia sudah siap untuk dihidang.

Isnin, 19 Julai 2010

Sambal Telur Hancur



Bahan :


1. 1 biji bawang putih
2. 2 biji bawah merah kecil
3. seruas halia
4. 1 biji bawah merah besar (dipotong bulat)
5. 3 senduk lada kisar
6. 4 biji telur ayam
7. sedikit air asam jawa
8.1 1/2 senduk kecil minyak masak
9. perasa garam dan gula secukupnya


Caranya :

bahan 1-3 diksar. panaskan kuali dan panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi, apabila naik bau masukkanbawang besar yang dipotong bulat tadi, kemudian masukkan pula lada kisar kacau dan biarkan seketika masukkan pula air asam jawa. Masukkan perasa dan kacau lagi, biar sambal naik minyak. Setelah itu kecilkan api dan pecahkan telur sebiji demi sebiji biarkan telur cukup masak dan palingkan. Apabila telur sudah cukup masak, tutup api dan siap untuk dihidangan.


p/s : telur boleh dihancurkan semuanya atau sedikit hancur, terpulang kepada masing-masing.

Ahad, 18 Julai 2010

Kacang Panjang Belada Cara Ida


BAHANNYA :

1. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
2. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dihiris
3. 2 BIJI BAWANG MERAH – dihiris
4. IKAN BILIS SECUKUPNYA
5. SEDIKIT BELACAN
6. 3 SENDUK BESAR LADA KISAR
7. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
8.10 TANGKAI KACANG PANJANG


CARANYA :

Tumis bahan 2-5 bila sudah naik bau, masukkan lada kisar serta masukan garam dan gula. Setelah minyak pecah masukkan kacang panjang sehingga setengah masak dah selesai.

P/S : Bahan 2-5 boleh juga dikisar.

Selasa, 15 Jun 2010

Sambal Udang Masakan Ida



BAHAN :
1. 1/2 KILO UDANG SEDERHANA BESAR
2. 1 ULAS BAWANG PUTIH
3. 2 ULAS BAWANG MERAH
4. SEDIKIT HALIA
5. LADA KISAR SECUKUPNYA
6. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
7. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
8. SEDIKIT AIR ASAM JAWA

CARANYA :
Bahan 2-4 ditumbuk, kemudian panaskan kuali setelah kuali panas masukkan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk. Setelah naik bau masukkan lada kisar, setelah dikacau-kacau masukkan pula air asam jawa dikacau lagi agar lada dan air sebati. Masukkan perasa garam dan gula secukupnya dan biarkanseketika kemudiam masukkan udang pula dan biarkan sambal dan udang betul-betul masak.

Siap untuk dihidang. Mudah saja bagi yang suka memasak.