Jumaat, 17 September 2010

Cap Cai Cara Ida


Bahan-bahannya :

1 biji bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dipotong separuh bulat)
1 biji lada merah (dihiris)
1 batang kacang panjang (dipotong memanjang)
2 batang putik jagung (potong ikut suka)
1 ketul daging ayam (dipotong kecil dan diambil isi)
2 ekor sotong (dipotong)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kepala)
1/2 biji lobak merah (potong ikut suka)
2 sudu kuah lada kisar
3 sudu kuah sos tiram
minyak masak secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit air


caranya :

Setelas minyak dipanaskan tumiskan bawang putih yang telah dikisar, bawang merah. kemudian masukkan pula lada kisar dan biarkan seketika agar lada masak dan masukkan sedikit air agak tidak kering atau hangus. Masukkan pula sos tiram dan perasa garam dan gula, kacau sebati masukkan pula ayam dan sotong di paling-paling agar daging masak sekata, masukkan pula udang dan sayur-sayuran. Apabila udang kekuninggan dan sayuran separuh masak ia sudah siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan