Isnin, 14 Disember 2009

Ikan Sumbat Masakan Ida

BAHANNYA :

1. 3 EKOR IKAN CARU
2. 2 BIJI BAWANG MERAH
3. 1 ULAS BAWANG PUTIH
4. 1 INCI HALIA
5. 1 BATANG SERAI
6. 3 SENDUK LADA KISAR
7. SEDIKIT AIR ASAM JAWA
8. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA
9. MINYAK MASAK SECUKUPNYA


CARANYA :

Ikan dibelah dibahagian belakang dan di buang isi perut. Setelah dibersihkan ikan tersebut dilumur dengan kunyit dan garam. Kemudian digoreng dan di ketepikan. Manakala untuk membuat intinya pula, kisar bahan 2-5 sehingga lumat.
Tumis bahan yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan lada kisar kemudian masukkan air asam jawa serta garam dan gula secukupnya. Biarkan lada masak menjadi kering.

p/s : Pastikan sambal tersebut kering dan garing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan