Isnin, 28 September 2009

Ikan Gerut Masak Stim Stail Ida


BAHANNYA :

1. 1 EKOR IKAN GERUT
2. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dihiris
3. 2 BIJI BAWANG BESAR - dihiris bulat
4. 2 INCI HALIA - dihiris bulat
5. 3 BATANG SERAI - dihiris bulat
6. 4 TANGKAI CILI API - dihiris bulat
7. 3 BIJI LIMAU KASTURI - dihiris bulat
8. 2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
9. 1 SENDUK SOS TIRAM
10. 2 TANGKAI DAUN SALERI – dihiris serong
11. 1 MANGKUK AIR
12. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Gorengkan ikan terlebih dahulu. Masukkan air didalam kuali apabila mendidih masukkan bahan-bahan 1-10, garam dan gula secukupnya. Apabila kuah sudah masak atau menjadi pekat. Masukan ikan kedalam bekas yang sesuai dan tuangkan kuah ke atas ikan dan siap untuk dihidang.

P/S : Resepi ini sesuai untuk ikan kerapu. Oleh kerana tersalah beli ikan, ikan gerut pun, ikan gerut la. Rasanya pun sedap. Kalau makan di kedai mahal juga tapi kalau buat sendiri lebih jimat, rasanya pun tak jauh beza dengan masakan dikedai. Ini resepi ciptaan sendiri, hasil daripada mencuba makanan dikedai malah masak sendiri lebih sedap kerana ada tambahan cili padi masam-masam pedas gituk.

Ahad, 27 September 2009

Sayur Campur Hitam Manis Cara Ida


BAHANNYA :

1. 1 TANGKAI LADA MERAH
2. 1 ULAS BAWANG PUTIH
3. 2 ULAS BAWANG MERAH
4. 4 EKOR IKAN BILIS (belah dua)
5. 1 SENDUK KICAP
6. SEDIKIT BUNGA KOBIS
7. SEDIKIT LOBAK MERAH
8. SEDIKIT KACANG PIS
9. SEDIKIT CENDAWAN TIRAM
10. SEDIKT SOON
11. MINYAK MASAK SECUKUPNYA
12. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Tumis bahan 1-4 dengan minyak yang telah cukup panas. Kemudian masukkan bahan 6-8, masukkan pula bahan 9-10 dan kicap, garam dan gula secukupnya. Apabila cendawan tiram kelihatan masak tutup api, lauk sudah siap dimasak.
P/S : Sebenarnya yang jadi lauk ini hitam manis kerana kicapnya. Bagi yang tidak makan kicap. tak perlu letak kicap, oleh itu jadi la sayur campur biasa.

Khamis, 17 September 2009

Sambal Sotong Kegemaran Ida

BAHANNYA :

1. 1 EKOR SOTONG BASAH
2. 1 ULAS BAWANG PUTIH-kisar
3. 3 ULAS BAWANG MERAH-kisar
4. 2 INCI HALIA-kisar
5. 4 SENDUK BESAR LADA-kisar
6. SEDIKIT AYER ASAM JAWA
7. MINYAK SECUKUPNYA
8. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Panaskan minyak, tumiskan bahan 2-4, bila naik bau masukkan lada kisar, garam dan gula secukupnya dan biarkan lada sampai pecah minyak, masukkan pula air asam jawa dan kacau. Apabila pecah minyak sekali lagi atau lada separuh masak masukkan sotong yang telah siap disiang. Setelah digaul dengan lada biarkan sotong mereneh dengan api yang sederhana. Apabila
sotong kelihatan masak atau berubah warna tutupkan api, sambal sotong pun siap di masak.

P/S : Bagi yang suka makan belacan, maka ia boleh juga ditambah sebagai perasa didalam sambal ini.

Rabu, 16 September 2009

Brokoli Masakan Ida

BAHANNYA :

5 ULAS BAWANG PUTIH - DIKISAR
1 POKOK BROKOLI- DIPOTONG
1 SENDUK BESAR SOS TIRAM
1/2 BIJI LOBAK MERAH
SEDIKIR AIR
MINYAK SECUKUPNYA
GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Apabila minyak cukup panas tumiskan bawang putih , masukkan gula dan garam serta sos tiram, masukkan pula sedikit air dan kacau. Kemudian masukkan lobak merah kacau dan biarkan seketika. Kemudian masukkan brokoli kacau dan di paling- palingkan jangan terlalu lama, kemudian tutup api.
P/S : Semasa hendak memasak pastikan api tidak terlalu besar biarkan dalam keadaan sederhana, jika tidak mahu lobak merah pun tak.

Selasa, 15 September 2009

Sup Tulang Stail Ida





BAHANNYA : 

1. ½ kilo tulang
2. 2 bii bawang putih
3. 7 biji bawang merah ( 2 biji untuk digoreng)
4. 5 inci halia ( 2 inci untuk merebus )
5. 2 biji kentang
6. 1 tangkai daun bawang - dihiris
7. 1 tangkai daun saderi - dihiris
8. 1 bungkus rempah sup tulang adabi
9. Rempah penumis
10. Air secukupnya
11. Garam dan gula secukupnya


CARANYA : 

Daging direbus terlebih dahulu dengan 2 inci halia yang telah dititik dan garam, bila mendidih masukkan bungkusan sup tulang adabi dan kentang yang telah dipotong 4. Bawang merah 2 biji dipotong bulat dan digoreng kemudian diketepikan. Bahan 2-4 dikisar terlebih dahulu kemudian digoreng dengan rempah penumis dan dimasukkan ke dalam daging yang direbus kemudian biarkan beberapa ketika. Apabila sup sudah masak, masukkan daun bawang dan daun saderi. Masukkan sup kedalam mangkuk taburkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang dah pun siap.

P/S : Nak lagi sedap buat sambal kicap atau sup diperahkan dengan air limau, sedap. Cuba dulu baru tahu.

Isnin, 14 September 2009

Spaggetti Cara Ida

BAHANNYA :

1. 1 CEKAK SPEGGETTI
2. 5 BIJI BEBOLA DAGING
3. 3 POTONG ISI KETAM
4. 1 BIJI TELUR
5. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dikisar
6. 5 BIJI BAWANG MERAH - dikisar
7. 1 SENDUK LADA KISAR
8. 1 SENDUK TOMATO PURI
9. 1 SENDUK SOS SPAGETTI
10. 1 TANGKAI DAUN BAWANG
11. 1 TANGKAI DAUN SADERI
12. MINYAK SECUKUPNYA
13. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Rebuskan spagetti, bebola daging dan isi ketam tuangkan sedikit minyak masak kedalam air rebusan, apabila sudah masak atau spagetti sudah lembut tos dan ketepikan, asingkan speggetti dan bebola daging dan isi ketam. Seterusnya tumiskan bahan yang dikisar, apabila naik bau masukkan lada kisar dan apabila lada sudah garing masukkan tomato puri dan sos speggetti, garam dan gula, apabila pecah minyak masukkan telur dan kacaukan sambal agar telur hancur, kemudian masukkan bebola daging dan isi ikan supaya ia sebati dengan sambal. Kemudian masukkan speggetti, daun bawang dan daun saderi kacau ratakan dengan sambal gaul dalam 2-3 minit sudah sesuai untuk dihidang.

P/S : Datangnya idea untuk membuat resepi ini bermula dari pizza hut, sedap pulak tu, apalagi, cubalah cari bahan-bahan di pasar raya, Alhamdullilah menjadi percubaan ini dan anak juga suami turut mengemarinya.

Ahad, 13 September 2009

Cau Cin Cau Ida




BAHANNYA :

1. AIR SECUKUPNYA
2. CINCAU SECUKUPNYA
3. 1 CAWAN KECIL GULA MERAH @ GULA MELAKA
4. GULA SECUKUPNYA

CARANYA :

Mudah saja, bancuhkan air dengan gula dan gula merah @ gula melaka, bila gula sudah hancur masukkan cincau sudah siap. Sesuai untuk hidangan panas atau sejuk untuk berbuka di bulan Ramadhan.

Daging Dengdeng Ida


BAHANNYA :

1. ½ KILO DAGING LEMBU
2. 2 BIJI BAWANG PUTIH
3. 5 BIJI BAWANG MERAH
4. 3 INCI HALIA
5. ¼ INCI LENGKUAS
6. 4 BATANG SERAI
7. 4 SENDUK LADA KISAR
8. 3 SENDUK KICAP
9. 2 SENDUK MINYAK MASAK
TAMBAHAN :
Peria katak
CARANYA :

Daging direbus. Apabila sudah empuk atau lembut, toskan air dan perapkan daging dengan kicap kemudian ketepikan. Seterusnya kisar bahan 2-6. Untuk memasak, tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau. Kemudian masukkan lada kisar sehingga pecah minyak. Seterusnya masukkan daging yang diperap tadi, beserta dengan lebihan kicap serta peria katak dan biarkan daging dengan api yang kecil, sehingga daging yang berkuah itu menjadi kering. Daging tersebut sudah siap untuk dihidang.

P/S : Rebus daging dengan halia dan garam. Halia dititik dan tidak perlu hancur. Kuah daging ini tidak digunakan lagi, setelah merebus daging selesai. Jika mahu hidangan berkuah, jadikan air rebusan gading ini sebagai sup. Pastikan juga kicap yang digunakan adalah kicap kipas udang – pekat manis, masakan ini tidak perlu ditambah lagi dengan perisa lain, kerana rasa dari kicap tersebut sudah cukup sedap.

Jumaat, 11 September 2009

Sambal Belimbing Ida




  
 


BAHANNYA :

1. 9 Biji Belimbing Buluh
2. 7 Tangkai Lada Cili
3. 1 Biji Bawang Putih
4. 2 Biji Bawang Merah
5. Sedikit Belacan
6. Garam Dan Gula Secukupnya


CARANYA :

Tumbuk bahan 2-6 hingga lumat, kemudian masukkan 5 biji belimbing ditumbuh tidak terlalu lumat, belimbing yang lebihnya dijadikan hiasan atau ulaman.