Isnin, 28 September 2009

Ikan Gerut Masak Stim Stail Ida


BAHANNYA :

1. 1 EKOR IKAN GERUT
2. 1 BIJI BAWANG PUTIH - dihiris
3. 2 BIJI BAWANG BESAR - dihiris bulat
4. 2 INCI HALIA - dihiris bulat
5. 3 BATANG SERAI - dihiris bulat
6. 4 TANGKAI CILI API - dihiris bulat
7. 3 BIJI LIMAU KASTURI - dihiris bulat
8. 2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
9. 1 SENDUK SOS TIRAM
10. 2 TANGKAI DAUN SALERI – dihiris serong
11. 1 MANGKUK AIR
12. GARAM DAN GULA SECUKUPNYA


CARANYA :

Gorengkan ikan terlebih dahulu. Masukkan air didalam kuali apabila mendidih masukkan bahan-bahan 1-10, garam dan gula secukupnya. Apabila kuah sudah masak atau menjadi pekat. Masukan ikan kedalam bekas yang sesuai dan tuangkan kuah ke atas ikan dan siap untuk dihidang.

P/S : Resepi ini sesuai untuk ikan kerapu. Oleh kerana tersalah beli ikan, ikan gerut pun, ikan gerut la. Rasanya pun sedap. Kalau makan di kedai mahal juga tapi kalau buat sendiri lebih jimat, rasanya pun tak jauh beza dengan masakan dikedai. Ini resepi ciptaan sendiri, hasil daripada mencuba makanan dikedai malah masak sendiri lebih sedap kerana ada tambahan cili padi masam-masam pedas gituk.

6 ulasan:

  1. trima kasih untuk resepi ini. :)

    BalasPadam
  2. saya dh buat smlm..sedap suami ckp..cuma sy xletak daun seleri tu..kedai kt sini jual byk sgt seikat tu..kompem mbuang je nnt..hehe.. nway, tenkiu eh bg resepi..

    p/s: if kte bt 2 ekor ikan, bhn2 tu kali 2 jgk eh? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. w/come, pahala untuk saya, pahala juga untuk puan, masak sendiri lagi baik dari makan di luar.

      Padam
  3. Idah, ikan gerut tu ikan apa? tak pernah jumpa pun. Sellau saya masak stim ikan sembilang. Masak stim ni bagus utk kesihatan. kurang kalori nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikan ni mcm siakap misah, saya beli kat econsave, setiap ikan kan ada tag... " ikan gerut" namanya.... so caye je la tapi memang ada ikan tu....

      Padam