Selasa, 31 Disember 2024

Sambung Belajar

 Alhamdulillah, masa yang di tunggu pun dah tiba malah sudah pun semelsai walaupun mengambil masa dalam seminggu lebih kurang. Muhammad Asyraaf bin Azman nama diberi kepada anak tunggal aku. Selamat sudah menyambung pelajaran di Koleh Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading Batu Pahat.

Pencarian dan pendaftaran dibuat oleh abah dia. Asalnya memang nak masuk KKTM tu, tapi anak tak mencapai tahan yang ditetapkan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Maka pilihan kedua adalah ILP. Sejurus dapat tawaran dari ILP Dungun Terengganu, yang akan daftar pada 13 Januari nanti. Tiba-tiba KKTM offer untuk anak masuk pulak katanya syarat kemasukan baru bagi budak Koleh Vokasional, guna Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) je.

Ah!!! sudah kan, tak tahu nak pilih mana, dah plan nak pergi Terengganu nak daftarkan anak sambil bercuti. Keputusan pun dah buat untuk kekal sambung belajar di ILP. Tiba-tiba terfikir untuk mencari maklumat. Dapat la jugak, dan sangat membantu dalam membuat keputusan, tanya anak pulak dia tak kisah. Tanya jugak bos, dia kata ILP, tapi pegang apa yang dia kata, sambung belajar ni jangan fikir untuk jadi pekerja, tapi fikir untuk jadi majikan, ah!! gituwww... 

Terus tanya abah Asyraaf untuk masukkan dia ke KKTM. Tiba-tiba, aku pulak yang kene daftarkan anak. 10 Disember decide untuk pilih KKTM, anak pun dapat mesej dari KKTM, masa ada kerja masa tu jugak le nak kene daftar, nak daftar kene pulak buat bayaran ke pejabat MARA, terkejar-kejar dibuatnya. 12 Disember selamat terima tawaran belajar di KKTM sebab tarikh tutup sehungga 14 Disember, print la segala borang yang perlu diisi.  

Masa tu jugak aku kene kerja di Kota Tinggi, sambil-sambil berjalan cari makan. Lepas Balik kije, baru le naik office dan semak satu persatu borang, suruh anak isi, ada jugak borang yang tertinggal. Dalam masa seminggu itu le, kata gambar passpord, background putih. Rupanya nak background biru pulak, kene ambil gambar baru. 

Ke LHDN matikan setem, ke klinik kesihatan untuk buat medical checkup, ke klinik swasta untuk drug urin test, ke klinik semula untuk doktor kerajaan buat pengesahan dan isi borang, dan isi dan isi, asyik salah tak sudah-sudah. Mujur dia sediakan check list. So susun je la dokuman yang diperlukan. 

Belum selesai lagi, daftar online pulak, step bu step, selagi ada borang tak selesai selagi tu x akan sattle le pendaftaran online. Mujur le ibu asyraaf celik IT sikit. Senang le nak buat. Tak tahu le kalau mereka-mereka yang tak biasa guna komputer, tak tau semuanya. eh!! susah leee... Dah isu semua pun ada jugak kuiri, isi semula. semua borang yang original kene csan sebab semua nak dalam PDF. ish... ish.... ish.... sekarang ek. macam-macam. borang fizikal mereka tetap nak semasa pendaftaran, walaupun dah uplode dalam sisitem mereka. Syukur Alhamdulillah walaupun kelam kabut, urusan dari siang bawa ke malam. 

Kita orang sempat jugak tengok teater. Sehari sebelum berangkat ke Batu Pahat, hehehe macam jauh sangat. Siap tidur di Hotel Just BP. semuanya semata-mata untuk memastikan dapat ke KKTM tepat pada waktunya.

Sehingga hari ni dah seminggu lebih juga anak disana. Puas pesan pada dia, belajar suingguh-sungguh. Kalau rasa berat, ada masalah bagi tau ibu. Ibu akan sentiasa mendoakan. Cuma kadang-kala yang dinamakan ibu ni, bukan duduk saje-saje. Banyak urusan terutamanya yang bekerja. di rumah pejabat semestinya bekerja, dirumah kerja jugak. Selagi belum tutup mata. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan