Rabu, 4 Mei 2022

Raya Raya Raya... Selamat Hari Raya

Setelah sebulan Ramadhan dilalui, tiba lah masanya semua menyambut hari raya. Walaupun ramai dalam keadaan terkejut kerana awal sehari dari tarikh yang diramalkan, apa pun raya tetap raya. Aku seperti biasa beraya dengan baju raya yang berhelai-helai banyaknya dengan tema tahun ini hijau, yaaa... walau baju tak hijau tapi tudung aku tetap hijau, itu le aku. 

Bagi tahun ini aku banyak membazir sebabnya aku banyak beli baju online off line huhu... yang terbesar terkecik... halahalahala dalam nak berjimat cermat berlaku juga pembaziran. Tapi yang kecik tu bagi anak buah je. Yang besar tu simpan tahun depan je la hahahaha... pecah rekod juga tahun ni baju paling mahal 200 lebih,. kos beli baju sahaja hampir 1K dan hampir 10 pasang... ada yang  beli tapi tak semua untuk raya... adeeeelaaaaaa.... 

Soal harga atau mahal tu kerana baju aku ni kebiasaanya tak sampai pun 100. Lebih 100 itu pun dah rasa mahal, itu juga la yang jadi baju tema utama. Yang lain-lain beli yang murah je... sebab tu setiap tahun baju raya banyak, sebabnya murah, kadang-kadang offer, kadang-kadang beli awal-awal bila dikumpul jadi le banyak. Bukan macam orang lain baju mahal-mahal 2-300 sepasang. OK la abaikan je semua tu. Apa pun semua boleh pakai. The moral of the story is.... tahun-tahun akan datang mesti beli baju sama-sama dengan Asyraaf, kalau tak jadi keadaan macam tahun ni, beli baju dia dulu kemudian susahnya nak cari baju warna yang sama untuk  aku, gara-gara nak sedondon dan kerana aku ni memang cerewet huhu.... Mana tidaknya baju Asyraaf aku beli online, mujur le dia muat dan dia suka  huhu.

Selain itu, seperti biasa juga sudah bertahun-tahun yang aku lalui, i still single bertahun-tahun juga lamanya. Soalan tak de siapa pun tanya bila lagi ke apa . Soal pasangan orang dah tak tanya. Anak aku pun dah besar, dan aku pun dah tua, walaupun masih comei bhahahahahaha.....

Cuma untuk tahun ni persiapan tak la serancak dulu, beli kuih pun untuk buat bouquet. Ini sahaja la kelainannya untuk tahun 2022. Bagi mak duit raya bersama bouquet, tapi kuih aku yang belasah hahaha.. Duit aku suruh simpan siap-siap kikkiiki. Lucunya kasut raya pun aku cari tak de yang berkenan di vincci sudahnya ke brand lain, Alhamdulillah rezeki, kasut offer aka tinggal 1 je. memang muah la x kene dengan jenamanya. kasut raya i RM35 je. Baju raya ke dua harganya RM20 je huhu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan